Langkau ke kandungan utama

Mahasiswa Pengajian Islam Perlu Diberi Perhatian

Ustaz Hairul Nizam Mat Husain adalah seorang tokoh ulama wibawa masa hadapan

SAYA baru selesai membaca artikel daripada Ustaz Hasrizal Jamil (www.saifulislam.com). Beliau mengulas terhadap seorang teman yang bernama Ustaz Asri atau dikenali dengan Dr Maza.

***

Baru-baru ini negara digemparkan dengan tangkapan seorang tokoh ulama Malaysia iaitu Dr Asri Zainal Abidin. Betapa kecoh, riuh dan pelbagai situasi yang berlaku sama ada di sebelah pihak kerajaan mahupun pembangkang. Dr Asri terus dituduh dengan pelbagai tuduhan yang kadang-kadang munasabah. Isunya mudah, tangkapan beliau kerana tidak mendapat tauliah dan mempunyai sisi pandangan salafi dan wahabi.

Kemudian, tiba-tiba timbul isu baiah cerai talak tiga oleh calon-calon Parti PAS yang sedang hangat diperkatakan.

Jawapan saya mudah.

Kerajaan perlu terhantuk sebentar dengan perkara-perkara ini. Kita perlu lihat bahawa isu-isu agama sebenarnya bukan satu tetapi belambak yang perlu diselesaikan. Sebelum ini isu Nikah Misyar, isu hak penjagaan anak dan banyak isu-isu baharu yang masih memerlukan ulama dan golongan agama menyelesaikannya.

Kita perlu menyedari bahawa golongan agama perlu diberi perhatian serius. Golongan agama dan mahasiswa berpendidikan agama perlu dibimbing, dibantu, diberikan bantuan untuk kejayaan yang lebih cemerlang. Jika hari ini, tiada satu dana pun diperuntukkan kepada mahasiswa pengajian agama sama ada di Mesir, Jordan, Syria, Madinah, atau di dalam negara. Walaupun wujud wang zakat yang disalurkan oleh majlis agama islam negeri-negeri, tetapi ia sekadar 'melepas batuk di tangga'.

Fikir saya, isu agama sudah mula dibincangkan oleh negara pada hari ini. Oleh hal yang demikian, jika kerajaan tidak membantu golongan agama, pastinya ramai mahasiswa lepasan pengajian Islam yang berkualiti tidak dapat dilahirkan.

Pada hemat saya, golongan agama selalu dianak-tirikan. Yang mereka fikir hanyalah merempatkan graduan pengajian Islam ini di dalam pusat tarbiah j-Qaf mereka.

Tambahan :

Gambar di atas adalah Ustaz Hairul Nizam Mat Husain, mantan Presiden PMRAM 2006 dan 2007. Mahasiswa mahasiswi seharusnya menjadikan beliau sebagai model mahasiswa kerana model ini tidak wujud di mana-mana tempat.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)