Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Sunday, November 01, 2009

Cerpendek : Celopar

CERPENDEK
Judul : Celopar

"Encik terlalu bodoh! Apa guna encik dihantar ke sini." Seorang pegawai ditengking di dalam biliknya oleh seorang pelajar.

Kemudian, datang seorang lagi pegawai baharu mampir ke dalam bilik tersebut dengan seribu satu persoalan.

"Apa yang sedang berlaku sebenarnya?"

Pelajar tersebut kali ini cuba menaikkan suaranya, "Encik, jika encik rasa tidak layak bekerja di sini, encik boleh tinggalkan pejabat ini!"

Pegawai itu tunduk membisu. Seolah-olah sedang menerima pelbagai tekanan daripada pelajar itu. Kali ini dia tidak berani melawan. Barangkali sudah masa dia mengundur diri.

Tambahan :

Di dalam Bengkel Menulis Novel Teknik Surah Yusof, latar tidak diperlukan di dalam sesebuah karya. Barangkali peristiwa tersebut sedang berlaku di Malaysia, atau juga di mana-mana tempat yang sewaktu dengannya.

Barangkali menulis novel 'satira' (sindiran) seperti ini boleh membuatkan karya itu benar-benar menyucuk-nyucuk hidung.

Ramai teman-teman memohon agar saya membuka peluang menulis karya satira di PTS Fortuna seperti karya besar Shahnon Ahmad yang berjudul SHIT.