Langkau ke kandungan utama

7 November 2009 Yang Berharga...

Saudara Amran adalah 'guru' saya yang paling baik

Pelajar Cina ini amat mencintai bahasa.
Jika orang Melayu tidak berminat pada bahasanya,
izinkan bangsa lain menjajahnya.

Ini bukan pidato politik tuan!!!

Puan Salmiah Ismail (Ketua Juri)


DUA tahun lalu, 2007 pada tarikh keramat ini, saya meninggalkan negara tercinta Malaysia. Berbekalkan azam dan semangat, saya teruskan belajar dan menuntut ilmu semula di Mesir. Saya sambung pengajian yang berbaki di Mesir.

Hari ini selepas dua tahun berlalu, saya di tempat baharu. Suasana baharu. Iklim baharu. Semuanya baharu.

Awal-awal pagi saya telah meninggalkan rumah selepas penat di Rumah PENA pada sebelah malamnya dengan acara Baca Puisi Sasterawan Negara, Datuk Dr Anwar Ridhwan. Dua tahun tidak bertemu sasterawan negara ini. Akhirnya saya bertemu dengan beliau malam tadi.

Pagi ini, tepat jam tujuh saya ke Dewan Banadaraya Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Raja Laut berhampiran Sogo. Pertandingan Sayembara Puisi sempena Bulan Bahasa Kebangsaan Wilayah Persekutuan berlangsung. Apabila mendaftar sebagai orang pertama maka saya adalah peserta pertama.

Aduh! Kecewa rasa dijiwa dengan pihak penganjur yang tidak mewujudkan proses pengundian. Saya berfikiran positif. Pertama bukan bererti gagal. Pertama adalah juara pentas.

Makanya, setelah jam sembilan pagi, kelibat dua orang para hakim masuk ke kamar pertandingan. Saya melepaskan pandang ke arah Puan Salmiah Ismail dan Puan Zaiton Ajmain.

Allah! Betapa dunia ini kecil. Saya bertemu lagi dengan Puan Salmiah Ismail selaku guru saya yang pernah mengajar saya mengarang puisi di Dewan Bahasa Pustaka dua tahun yang lalu.

Setengah jam berlalu, saya diundang sebagai peserta pertama untuk mendeklamasikan sajak. Untuk kali ini saya memilih puisi berjudul 'Jalan ke Ibu Kota' karya Ahmad Sarju. Cikgu Ahmad Sarju saya temu malam tadi di Rumah PENA. Saya mohon daripada beliau untuk membacakan puisinya. Beliau memberikan roh dan nafas untuk saya menyampaikan puisi ini dengan sebaiknya.

2




Selepas pertandingan saya meninggalkan pentas dan ke Kajang menghadiri persandingan saudara saya Abdul Muizz Muhamad (Presiden PMRAM sekarang) dan pasangannya saudari Azimah. Alhamdulillah, kali pertama saya menghadiri majlis perkahwinan ala-ala Islamik. Seronok.

Majlis berlangsung di perkarangan masjid. Ada teman-teman juga saya ketemu di sana.

3


Jam tiga petang saya kembali ke DBKL untuk upacara penyampaian hadiah. Datuk Termuzi Abd Aziz hadir dalam majlis gemilang itu. Saya menyaksikan acara zapin, pertandingan berbalas pantun, seni keroncong, seni program bangsawan dan teater disajikan di dalam Auditorium DBKL.

Satu jam setengah program berjalan, upacara penyampaian hadiah berlangsung. Alhamdulillah, setelah gagal di Putrajaya pada akhir bulan lalu, kali ini saya membawa pulang pingat saguhati. Juara, tempat kedua dan tempat ketiga masih lagi diisi oleh 'otai' lama. Saya mengakui kehebatan suara dan persembahan pentas yang ditunjukkan oleh peserta lebih berumur daripada saya. Barangkali mereka lebih pakar dari saya.

Puan Salmiah berseloroh, "Orang-orang lama ini masih belum bersara."

Ulasan

Syamputra Razali berkata…
salam..
syafiq.. saudra punya keistimewaan tersendiri..

saya pun baru juga menceburkan diri.. bukan lah otai.. yang OTAI.. tempat pertama dan kedua sahaja..

harap kita akan bertemu lagi dipentas deklamasi lagi..

syafiq.. adakalanya seorang guru itu menunjuk ajar baca..
namun.. guru dan lawan.. adalah 2 perkara berbeza..
waspada pada kata... tapis dicorong telinga..

salam aidiladha..

http://noorhisyamrazali.blogspot.com/

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)