Langkau ke kandungan utama

Teman Perkuliahan

Justify FullTeman sekuliah

SEPANJANG HAMPIR setahun, perjalanan pendidikan dan sistem pembelajaran saya diapit oleh rakan-rakan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Jabatan Syariah Islamiah, Kaherah. Bermula semenjak pengajian semester 1 pada November 2008 lagi, kumpulan inilah dibentuk sehingga terlerai akhirnya beberapa hari sebelum peperiksaan berlangsung Mei yang lalu.

Tahun akhir ini saya bersama Mohd Yazid, Mohd Akhmal, Syed Abdul Hadi, Badrun Nidzam, Sufiyan Sauffi duduk dalam satu meja berdiskusi pelbagai ilmu berkenaan peperiksaan. Dari satu ke satu kitab kami khatami secara berkumpulan setiap minggu dan kadang-kadang hampir setiap hari.

Dari satu rumah ke satu rumah kami singgahi untuk mencari makna dan kemanisan dalam sebuah kitab peperiksaan itu.

Selain itu, rakan luar Ustaz Shahrizan Mohd Hazime (Kedah) tidak pernah ketinggalan bersama-sama menyertai kumpulan kami.

Walaupun kami bertujuh ini satu kumpulan dari team tahun akhir, tidak dilupakan Ustaz Mohd Faiz Abidin, dan Ustaz Muhammad Firdaus Sulaiman yang turut sama-sama sebagai calon peperiksaan tersebut.

Kini, memasuki bulan Ogos. Masing-masing menantikan saat dan detik sebenar keputusan peperiksaan. Apakah kami bertujuh akan pulang sama? Atau akan ada yang akan kekal di dalam kelas pengajian? Ya Allah, kami ingin pulang bersama. Kerana kami baca kitab bersama. Kami jawab soalan yang sama. Dan, kami mahu rasakan kemanisan bersama.

Teringat lagi saat-saat manis menjelang peperiksaan, bahan-bahan (material) rajin diusahakan oleh Sufiyan Sauffi. Ke hulu dan ke hilir beliau mencari bahan-bahan untuk diulangkaji. Mendapatkan khidmat kawan-kawan Indonesia dan mendapatkan soalan-soalan pecutan yang dibekalkan oleh Doktor.

Apa juga yang akan berlaku nanti, kita mendoakan agar Tuhan Amat Adil kepada hamba-Nya yang telah berusaha, berdoa dan kini bertawakal kepada-Nya.

Terima kasih kepada guru-guru yang banyak membantu sepanjang diskusi kami bertujuh ini. Antaranya, Ustaz Masnor (Balaghah), Ustaz Faizal (Qadaya), Ustaz Syed Abdul Kadir (Usul Feqh), dan guru-guru tidak rasmi yang saya sanggup gadaikan tidur dan waktu mereka iaitu Ustaz Hairul Nizam dan Ustaz Mohd Fakerei.

Kelima-lima guru ini adalah mahasiswa peringkat Ijazah Sarjana.

Semuanya saya serah kepada Tuhan untuk membalas apa yang kami telah kerjakan. Moga dibantu oleh-Nya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)