PESAWAT Egypt Air yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah tidak berisi kosong. Barangkali juga terbeban memikul muatan yang berlebihan. Sepanjang tempoh lebih sebulan bercuti di Malaysia, saya tidak terfikir bahawa beliau akan menggendong buku yang banyak seperti ini.
Yang disangka lima, tetapi yang dapat empat belas. Terima kasih kepada Saudara Ishaq Hanis yang memborong empat belas buah buku untuk saya. Saya tidak menyangka akan menerima sedemikian rupa sedangkan bukan jumlah besar jadi pilihan saya.
Kedua, saya mengucapkan terima kasih juga kepada beliau kerana membelikan buku-buku yang sememangnya saya belum miliki. Saya fikir beliaulah yang amat memahami jiwa dan personaliti saya kerana hampir ke semua buku menjadi inspirasi saya.
Paling teruja dengan sebuah buku berjudul 'Belajar Menjadi Wartawan' karya Jeniri Amir terbitan PTS yang sengaja beliau belikan kerana melihat perangai saya yang amat gemar menjadi seorang wartawan percuma tidak bergaji.
Ramai teman yang melihat saya menerima buku ini semalam berkata, "Kau dah nak balik pun sempat membaca buku-buku ini semua?" Fikir saya, bukan itu jadi masalah. Yang saya tahu, ada sesuatu yang ingin saya lihat dan saksikan.
Apa yang berlaku, saya ucapkan terima kasih kepada teman saya ini yang sememangnya banyak berkorban untuk pembelian buku-buku ini.
Bagi saya, ini adalah hadiah hari lahir yang akan jatuh pada hari esok.
Ulasan