Langkau ke kandungan utama

Debaran Semakin Kencang

Beginilah keputusan peperiksaan ditampal di universiti. Calon-calon peperiksaan akan beramai-ramai dan berasak-asak melihat keputusan masing-masing. Keputusan perlu diletakkan di dalam cermin kaca, jika tidak, hari ini tampal, esok sudah hilang!

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN Fakulti Syariah Undang-Undang Jabatan Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar, Kaherah dari tahun 1 hingga 3 telah keluar.

Yang tinggal hanya keputusan peperiksaan bagi tahun akhir? Mengapa terlalu lewat? Adakah pihak universiti tidak terfikir bahawa peperiksaan (mengulang) tasfiah akan bermula pada awal September boleh menjejaskan calon sekiranya calon tidak dapat bersedia dengan keputusan peperiksaan mereka.

Barangkali juga pihak pentadbiran sudah bekerja keras melaksanakan tanggungjawab tetapi perkara teknikal membataskan segalanya. Apa jua yang berlaku saya tetap akan sabar menantikannya.

Saya mengucapkan tahniah kepada kawan-kawan yang berjaya meraih kejayaan di dalam peperiksaan. Walaubagaimanapun bagi saya, kita masih tidak boleh selesa dengan keputusan yang kita ada kerana masih ramai yang tidak berjaya mendapat Jayyid Jiddan atau Jayyid. Kita mungkin selesa dengan Maqbul atau sekadar manqul.

Biar apa sekalipun yang menjadi persepsi pihak luar terhadap golongan Azhari, saya cukup berbangga kerana mahasiswa bukan sahaja tertumpu kepada peperiksaan semata-mata tetapi lebih dari itu cemerlang di kelas-kelas pengajian luar termasuk Madrasah Imam Syafie anjuran PMRAM atau kelas-kelas di Masjid Al-Azhar.

Julang Thaqafah Bakti Dicurah

Tambahan :

Program EGP PMRAM 09 akan diadakan pertandingan pembentangan kertas kerja (PRA Master). Ayuh ramai-ramai sertai dan kita melihat ragam kawan-kawan kita dikritik kertas kerjanya oleh panel hakim.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)