Langkau ke kandungan utama

Dalam Usia Yang Senja

TERHARU. Barangkali itulah kalimah tayyibah yang mampu dilafazkan. Lafaz terima kasih buat semua kepimpinan Badan Pengurus PMRAM yang bersama-sama meraikan ulangtahun ke-24 di Pejabat PMRAM.

Darah yang mengalir dalam lipatan sejarah saya di Mesir adalah bermula di dalam pejabat PMRAM. Menyantuni dan menghargai setiap satu perjalanan panjang seorang mahasiswa di dalam ruang pentadbiran ini.

Terima kasih kepada semua.

Walaupun sambutan tersebut saya adakan sehari sebelum 08 Ogos (hari Jumaat), tetapi kegembiraan itu bagi saya adalah sama.

Selepas asar pula, seorang teman yang banyak memberi inspirasi dalam bidang pendidikan mengajak ke Nile City yang terletak di kawasan Tahrir. Terharu dan teruja.

"Terima kasih Yed yang terlalu memberi. Barangkali pemberian ini bukanlah yang terakhir kali. Selamat pulang ke Malaysia pada 10hb ini."

Moga jumpa lagi.

Semalam, 08 Ogos 2009 malam paling keramat di samping ulang tahun kelahiran yang ke-24, PMRAM telah membuka rasmi majlis perasmian pembukaan dengan acara yang paling gemilang.

Bagi saya, ilustrasi yang digambarkan oleh saya tetap menjadi! Terima kasih kerana melaksanakan kehendak saya.




Ulasan

hai dah senja ke syafiq?

awal lagi
Ibnu Ali berkata…
24... mude lagi...
Tarbus Merah berkata…
rahman,

memang dah senja...hahaha

ibnu ali,

baru aku tahu yang 24 itu muda

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)