Langkau ke kandungan utama

Tutup Pengajian Islam

BARANGKALI artikel yang saya tulis kelmarin amat bertepatan dengan perbahasan daripada Ustaz Hasrizal Jamil

Sila klik artikel beliau di atas. Tajuknya mudah. "Pengajian Islam Sudah Tidak Releven?"

Secara peribadi, saya sebagai penuntut ilmu agama juga terkesan dengan kajian beliau. Lebih-lebih lagi sebagai seorang daripada sejuta individu yang mempelajari ilmu agama dan syariah.

Sebab itu saya fikir bahawa jika mudah ilmu pengajian Islam ini mudah-mudah sahaja didagangkan oleh pengkaji bukan dalam aliran agama sebenar, kita wajar tutup pengajian Islam di universiti.

Kerana, ilmu agama ini mudah sahaja diketik dengan tetikus di laman sesawang internet dan boleh dibahaskan melalui pemahaman dan pemikiran kita.

Bukan saya menafikan golongan cendiakawan yang mahu mengkaji Islam tetapi bagaimana metod pemikiran dan pengolahan ilmu itu disusun dan tidak mendatangkan kesan negatif kepada institusi agama.

Lihat sahaja masalah perdebatan di dalam membincangkan ilmu-ilmu agama ini sehingga ada pihak yang mahu melaga-lagakan pandangan mereka sedangkan Islam mendidik kita saling meraikan pandangan.

Melabelkan puak A sebagai XY dan puak B sebagai XX tanpa ada bukti kukuh juga merupakan metod khilafiah yang sememangnya akan menjadi perbahasan yang tidak akan sampai ke peringkat akhir.

Oleh yang demikian, bukan semua orang dibenar membicara soal agama hatta mereka adalah orang agama!

Tambahan :

Risau terhadap metod ilmu agama yang dipermudah-mudahkan.

Ulasan

Puan Ainon Mohd. berkata…
Di PTS, kami mengambil banyak lulusan pengajian Islam dari Jordan, Mesir, UKM dan UIA.

Semua 6 pegawai PTS Islamika adalah lulusan UIA dan UKM (syariah), Mesir dan Jordan.

Dua orang pegawai internet marketing adalah lulusan Jordan dan Mesir, mereka melakukan tugas-tugas applied-programming.

Ketua unit Komik-M adalah lulusan Mesir.

Editor buku wanita di PTS Millenia adalah lulusan syariah (UIA).

Seorang credit controller di Jabatan Sales adalah lulusan syariah (UIA).
Tarbus Merah berkata…
Puan Ainon yang dihormati,

Kita amat berbangga kerana ramai lepasan pendidikan agama diberi peluang memasuki pelbagai industri di dalam syarikat swasta.

Terima kasih.

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)