Langkau ke kandungan utama

SASTERA : Karya Puisi


Puisi

NUR DARI KITABULLAH


Kalbu kami membilang mendung awan
mentafsirkan makna dalam firman-Nya
saat Rasulullah membawa khabar
dari pohon tamar mujarab
menghampiri suku abad lamanya
satu dan persatu.

Kota Mekah menghimpun kesegalaan-Nya
tika memaknakan kalimah 'ya-ayyuhannas'
resah menjangkau tiga belas sanah
yang mematikan buta jahiliyyah
dan lagak Musyrikin
memulau seorang Rasul pembawa amanah.

Sedekad ayat Tuhan bercantum di Yathrib
kisah Munafiqqun membongkar dan
menterjemahkan kelahiran baharu
kala berjela kalam Tuhan difirmankan
pengertian yang mendalam.

Nur yang kami intai
dari kulit ke kulit
dari ayat ke ayat
dari surah ke surah
dari juzuk ke juzuk
masih belum lusuh dijamah
walau kekasaran merobek
dengan tangan Musailamatul Kazzab
bakal mencium neraka azab
dan dengan kaki liberal Islami
terhumban dalam sepi
kontang hidup jahili.

Betapa roh dan jasad nur disuntik
dari subuh ke dini hari
membangkitkan syahwat yang ditenggelami
kealpaan menerobos diri
dan membengkak di dasar hati.

Sekotak mekar bunga
adalah kelopak segar
tumbuh dalam kalbu
yang hina ini.

SYAFIQ ZULAKIFLI
Kaherah.

(c) Mingguan Malaysia, 05 Julai 2009

Ulasan

Wahyu Budiwa Rendra berkata…
assalammualaikum sdr.syafiq. tahniah, dan terus cerlang berkarya.
Tarbus Merah berkata…
waalaikumsalam Sdra Ren. Anda seorang penulis Johor yang lebih matang dari saya.
Melihat Kesunyataan berkata…
Syafiq,
sajak yang menarik. Tahniah.

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)