Langkau ke kandungan utama

PMRAM dan Pihak-Pihak Atasan


PROGRAM TAHUNAN PMRAM, Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan (PMHK) kali ke-50 telah diadakan di Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA) pada akhir Ogos 2007. Pada waktu itu juga adalah kali terakhir program PMRAM diadakan di bangunan milik kerajaan Malaysia itu.

Sehingga hari ini, ada sesuatu yang menjadi ke'pelik'an dalam diri. Mengapa kadang-kadang PMRAM diizinkan menggunakan bangunan tersebut dan mengapa kadang-kadang PMRAM tidak diizinkan menggunakan bangunan tersebut?

Saya ada beberapa pemikiran. Pertama, kita harus mengenali KBMK dan JPMK. Dua buah badan berbeza yang berfungsi di Mesir. KBMK diketuai oleh seorang ketua yang dinamakan Duta Besar Malaysia Kaherah dan JPMK diketuai oleh seorang Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah.

Apa yang mahu dibangkitkan di sini adalah; apakah seorang ketua mempunyai 'kuasa' untuk membenarkan penggunaan dewan tersebut?

Atau, adakah mereka perlu berhajat kepada pihak atasan untuk mendapatkan pengesahan menggunakan bangunan tersebut?

Tambahan :

1. Dahulu ketika kerajaan Selangor ditangan kerajaan UMNO, Dataran Hayyu Asyir di Kaherah hanya perlu berurusan dengan pihak kerajaan negeri Selangor. Tetapi, selepas kerajaan Selangor ditadbir oleh sebuah kerajaan yang telus, Dataran Hayyu Asyir di Kaherah perlu mendapat keizinan daripada Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah.

2. Persoalannya, siapa yang mengarahkannya? Semestinya kerja-kerja pihak atasan!


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)