MASIH INGATKAH LAGI anda tarikh 26 November 2007? Ulang tahun kelahiran Pak Lah yang ke-XX. Tahun tersebut Pak Lah meraikannya di Mesir kerana berucap di hadapan hampir 4,000 orang mahasiswa di Mesir.
Karnival Kerjaya Timur Tengah 2007 yang dianjurkan bersama Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia juga beberapa agensi sektor awam dan swasta pada hari tersebut banyak memberi kesan positif.
Tetapi, apa yang ingin dikongsikan di sini adalah beberapa catatan berkenaan program tersebut.
Pertama : Di dalam klip video di atas (anda kena lihat sendiri), tatkala Presiden PMRAM pada waktu itu menyampaikan ucapan dan soalan kepada Pak Lah, hadirin telah bertepuk tangan. Tahukah anda, 'tepuk tangan' kepada Presiden PMRAM tersebut menunjukkan hampir 95% mahasiswa memberi sokongan kepada PMRAM.
Malah selepas majlis berlangsung, dikhabarkan 'tepuk tangan' tersebut dibincangkan oleh jawatankuasa pelaksana. Ada yang bersungguh-sungguh menyatakan, bagaimana PMRAM (Presiden PMRAM) boleh mendapat peluang untuk berucap di dalam majlis tersebut kerana jawatankuasa sudah menyusun 'strategi' agar orang tertentu sahaja yang dibenarkan berucap.
Begitu juga hal keadaan yang berlaku tatkala YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ke Mesir pada tahun lalu. Orang-orang yang ditugaskan untuk bertanya sudah 'dihimpunkan' dan mikrofon sudah dibekalkan kepada puak-puak yang tidak akan bertanya soalan-soalan panas.
Soalan saya. Adakah anda takut dengan PMRAM di dalam program-program kerajaan? Adakah anda takut soalan-soalan panas dibekalkan kepada anda? Saya mohon istighfar banyak-banyak kerana kami juga manusia dan tidak salah kami selaku mahasiswa bertanya.
Sebab itu kita yakin dan percaya, program-program yang dianjurkan oleh wakil-wakil kerajaan, PMRAM jarang sekali dijemput secara rasmi kerana takut soalan panas tersebut akan keluar.
Paling mengecewakan kita, selepas tepukan gemuruh diterima oleh Presiden PMRAM di hadapan Pak Lah sendiri, seorang Menteri Kabinet (pada waktu itu) telah berani mengkritik semula Presiden PMRAM di dalam ucapannya pada keesokkan harinya.
Pada hemat saya, jikalau PMRAM yang berjasa ini masih tidak dapat diterima oleh wakil kerajaan, bagaimana pula nanti apabila PMRAM berdaftar secara rasmi. Adakah layanan akan diberikan atau kritikan juga yang ditempelengnya?
Moga-moga PMRAM bersabar menghadapi mehnah yang berlaku. Sudah 79 tahun PMRAM bertapak di Mesir. Malah sejarahnya sudah banyak disimpan di Arkib Negara Malaysia. Apapun, moga-moga PMRAM masih kuat.
Tambahan :
Saya belum bongkar lagi apa perbualan saya dengan seorang wakil UMNO yang datang ikut serta Pak Lah pada malam tersebut. Untuk pengetahuan, malam tersebut saya ke City Star dengan seorang wakil UMNO. Untung saya tidak bawa pita rakaman. Hehehe...
Ulasan
Hehehe