Langkau ke kandungan utama

Mahasiswa Islam : Ada Tanggungjawab?



Sumber : Utusan Online


Saya amat bersetuju dengan artikel di bawah ini. Bagi saya secara peribadi, isu lambakan mahasiswa mengisi j-QAF mampu diselesaikan segera. Kami mahasiswa pengajian Islam bukan semata-mata dilambakkan di dalam program tersebut malah lebih daripada itu kita punya harapan yang besar membawa acuan Islam di dalam negara seperti Malaysia.

Mahasiswa pengajian Islam perlu keluar dari kepompong

KARNIVAL Kerjaya dan Keusahawanan Graduan 2009 anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi di Pusat Dagangan Dunia Putra baru-baru ini mendapat sambutan hangat.

Ramai yang menyerbu karnival itu untuk mengintai peluang kerja. Ketika ini dianggarkan terdapat lambakan lebih 60,000 graduan tanpa pekerjaan.

Angka itu membuktikan kadar pengangguran berada pada tahap membimbangkan dan perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak.

Fenomena itu turut melibatkan sebahagian graduan bidang pengajian Islam. Persoalan di sini ialah mampukah para graduan itu bersaing untuk menempatkan diri dalam pasaran kerja yang semakin terhad?

Realitinya, fenomena ijazah susut nilai sudah tidak dapat disangkal lagi. Sesebuah organisasi dan majikan sama ada daripada sektor kerajaan atau swasta, bukan sahaja melihat kepada pencapaian akademik tetapi lebih menitikberatkan kepada lima ciri penting. Ciri-ciri berkenaan ialah kemahiran berkomunikasi, keyakinan diri, personaliti, pengalaman dan kemahiran-kemahiran khusus yang lain (soft skill).

Para mahasiswa seharusnya melengkapkan diri dengan semua ciri di atas. Mereka perlu berusaha meningkatkan kemahiran komunikasi dengan menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa utama iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Arab atau Mandarin.

Dengan memiliki kemahiran komunikasi ini, pastinya seseorang graduan itu akan mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi dan seterusnya mampu memikat majikan.

Para mahasiswa pengajian Islam juga perlulah memiliki kemahiran tambahan ataupun soft skill yang pelbagai.

Contohnya kemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Dalam era ledakan teknologi maklumat, majikan memerlukan individu yang mahir mengendalikan komputer serta perisiannya.

Jika mahasiswa pengajian Islam dapat menguasai pelbagai bidang ini, sudah pasti mereka mempunyai kelebihan berbanding mereka yang datang dari disiplin pengajian yang lain.

Para mahasiswa pengajian Islam juga perlulah melibatkan diri dalam persatuan dan aktiviti yang dianjurkan sama ada di peringkat kolej, fakulti mahupun nasional. Keadaan itu akan membolehkan mereka melalui proses sosialisasi dan pendedahan berinteraksi dengan lebih baik.

Selain itu, sudah sampai masanya sistem pengajian di peringkat universiti malah mungkin di peringkat sekolah dikaji semula supaya prosesnya tidak hanya terlalu berorientasikan kepada kecemerlangan akademik.

Sebaliknya ia perlu menitikberatkan soal kemahiran dan pembentukan nilai sahsiah yang tinggi dalam kalangan pelajar.

Sudah sampai masanya mahasiswa diberikan lebih peluang untuk terlibat secara langsung dalam isu kemasyarakatan tanpa sebarang gangguan sama ada melalui amaran oleh pentadbiran universiti atau akta yang sebelum ini dilihat sebagai penghalang untuk melahirkan pelajar yang berpersonaliti mantap dan bercirikan pemikiran kritikal dan matang.

Kesimpulannya, pengangguran dan fenomena ijazah susut nilai dapat dielakkan sekiranya mahasiswa dan graduan sendiri dapat meningkatkan nilai tambah dalam diri mereka.

Para siswazah tidak lagi boleh berada dalam kepompong lama. Sebaliknya perlu terus berusaha untuk memaju dan melengkapkan diri dengan segala kemahiran dan kriteria yang diperlukan untuk terus bersaing menempatkan diri mereka dalam sektor pekerjaan.

ZULKEFLY SAID Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Tambahan :

Selepas peperiksaan berlangsung, ada tugas-tugas melengkapkan diri sebagai seorang mahasiswa Islam cemerlang sedang dipergiatkan.


Ulasan

Ibnu Ali berkata…
Aku tak nak keluar dari kepompong Gerakan Islam! Apa orang nak kata aku tak peduli.

Takbir!

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)