Langkau ke kandungan utama

Terima Kasih Panel Hakim

ENTAH apa bentuk ucapan saya perlu ucapkan buat panel hakim yang memilih karya saya sebagai pemenang tempat pertama bagi Sayembara Puisi Berunsur Islam Grup Karyawan Luar Negara (GKLN). Terima kasih saya ucapkan. Pihak penganjur telah membuka penyertaan pada akhir tahun 2008.

Setelah menunggu keputusan, semalam (13 Mei) secara rasmi keputusan pertandingan diumumkan. Tahniah juga kepada teman-teman daripada Mesir yang memenangi pertandingan sayembara penulisan puisi ini.

Berikut adalah keputusan pertandingan :

Tempat Pertama: Syafiq Zulakifli (Kaherah, Mesir)

Judul puisi:
1) Bumi Kita Sudah Koyak
2) Nur di Kota Kaherah
3) Mengenal Hakikat Islam

Tempat Kedua: Rifhan Rasuli (Dublin, Ireland)

Judul puisi:
1) Simfoni Bangsa Yang Bangkit
2) Dunia Kaca
3) Memagari Usia

Tempat Ketiga: Nurul Lailati Mahat (Mansurah, Mesir)

Judul puisi:
1) Warkah Tiga Ruang Masa
2) Lelaki Ultra
3) Transaksi

3 Pemenang Saguhati:

Nurul Badriyah binti Ali (Morocco)
1) Sirna sinar purnama.
2) Bisa Panah Jahiliah.
3) Pelangi takwa Ayub.

Mohd Dhiaul Iman bin Muhamad Shaifuddin (Ibnu Reza) (Mesir)
1) Badar Metropolitan
2) Kabinet Alam
3) Jari

Mohd Safwan Bin Fital (ApunPital) (Saitama, Jepun)
1) Bangun
2) Pelangi
3) Wasilah

Ulasan

hamada hamdi berkata…
mabrouk...pastikan anda juga kebal untuk tahun-tahun mendatang..
Ibnu Ali berkata…
Tahniah ustaz syafiq. Bila nak berganding dengan Dinsman? Harap nanti ada persembahan dengan dia nanti!
Owwhhh...baru perasan la sahabat! Tahniah2..moga terus diberi kekuatan & idea..dgn pena juga, dakwah Islamiyyah dpt disebar-luaskan dgn berkesan..alf mabruk!
Tarbus Merah berkata…
Hamada Hamdi,

Kekebalan seseorang bergantung kepada kekuatan karya seseorang. Saya juga tidak sekebal Fahd Razy

Ibnu Ali,

Saya teringin bergandingan bersama Dinsman dan Pak Samad. Moga-moga ada jodoh.

Mohd Shahrizal Nasir

Terima kasih sifu

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)