Politik Ala Tiga Abdul

SAYA tidak mahu komen berkenaan politik ala tiga abdul ini. Saya hanya mahu melihat, membaca, memerhati dan mengkaji sejauhmana politik ala tiga abdul ini sedang berpencak di dalam gelanggang.

Kita harus menunggu Pilihanraya Umum ke-13 sahaja.

Daripada pemerhatian saya juga (catatan rekod sehingga hari ini), PRU-13 BN masih kekal memerintah!

Ya! BN memerintah walaupun banyak negeri akan tumbang di tangan pembangkang termasuk negeri Johor.

Tambahan :

Ramai bertanya, "YB mahu bertanding di Parlimen atau DUN nanti?"

Saya tersipu-sipu malu meninggalkan kamar!


Comments

ainon mohd said…
Tuan meramalkan Johor akan tumbang?!

Apakah faktor-faktor yang menjadi asas bagi ramalan tuan itu?
typeace said…
Puan Ainon yang dihormati,

Pada hemat saya, apabila negeri dikuasai oleh rakyat kelas pertama (golongan celik) negeri itu punya harapan untuk dirampas oleh pembangkang.

Contohnya, Selangor dan Kuala Lumpur.

Popular posts from this blog

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Mahasiswa Perlukan Pemikiran Kelas Pertama – Wan Abdul Halim