Perhimpunan Penulis Muda Nasional ke-2

Penulis bersama Fahd Razy (tengah) dan Abdul Muizz di hadapan DBP Kuala Lumpur.
Fahd Razy adalah 'penerima anugerah paling kebal' HSKU selama tiga tahun berturut-turut.


Apakah faktor dan punca sehingga saya digelar sebagai pegawai di dalam program ini?
(Seorang peserta bertanya kepada saya, "Encik di mana tempat mendaftar?"
Saya menjawab, "Saya juga peserta.")



Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka akan menganjurkan Perhimpunan Penulis Muda Nasional ke-2, 2009 (PPMN 2009) bertemakan “Perjuangan Penulis Muda: Arah dan Cabaran” dijadualkan pada:

Tarikh : 22 hingga 24 MEI 2009
Tempat : Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka


PPMN 2009 ini adalah untuk mengintrospeksi perjuangan penulis muda hari ini setelah negara melalui cabaran 50 tahun mengekalkan kemerdekaan negara. Selain daripada pembentangan kertas kerja, PPMN 2009 ini membuka ruang diskusi penulis muda mapan dan baru.

Pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi Saifullizan Yahaya (03-21482480 - saif@dbp.gov.my), Wan Zaida Hj. Wan Yussof (013-6915266 – nuhamelissa@yahoo.com), atau Muhammad Lufti Ishak (013-2650876).

***

Saya hanya menggigit jari tatkala melihat warga kerja Perhimpunan Penulis Muda Nasional bersiap sedia melaksanakan program yang terlalu hampir ini.

Apakah perjuangan pena penulis muda masih kabur pada hari ini? Segalanya akan diperdebatkan dan dibahaskan di dalam perhimpunan itu nanti.

Gambar di atas adalah ketika saya menghadiri Bengkel Penulisan Karyawan Muda Luar Negara anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka di Hotel Mandarin Court, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Comments

Popular posts from this blog

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Mahasiswa Perlukan Pemikiran Kelas Pertama – Wan Abdul Halim