INI adalah Syafiq (kecil). Waktu ini dia tak kenal pun dunia sastera. Tak kenal agama lagi. Kerana waktu ini juga dia masih belum sekolah aliran agama. Waktu ini juga dia masih belum ke Al-Azhar, Mesir. Kiranya belum naik kapal terbang lah. Tetapi, bila sudah bertukar jadi Syafiq (dewasa), ada macam-macam yang berlaku.
Kalau mahu berkenalan dengan Syafiq (dewasa) boleh sahaja klik di sini kerana ruangan Tunas Sastera di Grup Karyawan Luar Negara (GKLN) telah memperkenalkan Syafiq (dewasa).
Ruangan Tunas Sastera sudah lama ada. Tetapi, hari ini tangan saya baru gatal-gatal nak letak. Mahu promosikan GKLN sebenarnya.
Ramai teman yang mahu ikuti perkembangan GKLN tetapi ruang tak ada. Oleh itu, saya ambil kesempatan promosikan terus. Sekurang-kurang seluruh penulis sedunia dapat berkumpul (bagi penulis yang menuntut di luar negara).
Banyak perkara yang boleh disembangkan.
Ulasan