Ada tokoh tak?
Husni Mubarak (Presiden Mesir) pun pening kerana saya suka-suka masuk bilik dia.

TERKINI, isu yang sedang hangat diperkatakan adalah kepimpinan tertinggi PAS (Parti Islam Se-Malaysia). Isu keabsahan sama ada Presiden dan Timbalan Presiden PAS wajarkah dipimpin oleh mereka yang bukan daripada kalangan dan tokoh ulama.
Oleh kerana telinga saya bingit mendengar perkara-perkara ini, lebih-lebih lagi ada satu akhbar 'kerajaan' ini yang bermati-matian mahu menjadikan isu ini 'cover page', naik muak saya membaca.
Tetapi, semenjak saya berada di dalam kepimpinan PMRAM, apa yang saya lihat adalah sekiranya kepimpinan dipimpin dan diketuai oleh tokoh ulama adalah lebih baik.
Sebuah organisasi Islam seharusnya dikepalai oleh mereka yang 'arif' segala hukum-hakam agama. Semasa saya menjawat jawatan sebagai Setiausaha Agung PMRAM pun, ada satu panggilan daripada ahli menerusi talian telefon;
"Ustaz, saya ingin bertanya, esok raya ke tidak?" Saya yang tersengih-sengih ini pun berkata, ya, esok raya.
PMRAM juga selalu mendapat panggilan seperti Majlis Fatwa Kebangsaan pula untuk menjawab hukum-hakam Islam. Alhamdulillah. Kita belajar.
Tambahan : Gambar di atas adalah ihsan Bilik VVIP, Stadium Tertutup Nadi Madinah Nasr Ar-Riadhi.

Ulasan
Selamat menjalani peperiksaan semoga mendapat keputusan yang cemerlang.