Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Monday, May 11, 2009

HSKU 2008 : Terlalu Hampir


Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008 (HKSU 2008) terlalu hampir. Ya. Demikian dinyatakan oleh penyelenggara tahunan, Abang Rozlan Mohamed Noor. Klik di sini

Anugerah berprestij ini pada saya (penggemar sastera) adalah anugerah terbesar kepada karyawan dan pencinta sastera. Karyawan dan penulis di dalam lapangan novel, cerpen dan puisi diiktiraf. Terima kasih kepada Exxon Mobil yang menaja hadiah bagi pemenang. Tahun ini anugerah ini masuk tahun ke-24. Harapan saya agar anugerah tahun ini tidak 'diheret' artis yang bermacam-macam seperti tahun lalu.

Orang ramai bising (penulis dan pengkarya) kerana anugerah ini menampilkan artis-artis yang pelik-pelik.

Apapun, HSKU 2008 sudah terlalu hampir.

Tambahan :

1. Di antara nama-nama popular yang menerima anugerah adalah Faisal Tehrani, Nisah Haron, Zaharah Nawawi, Mawar Shafie, SM Zakir, Zaid Akhtar, Nasriah Abdul Salam, Ummu Hani Abu Hassan, Fahd Razy (pemborong Hadiah Utama Puisi), Siti Rahayu Yusof, Serunai Faqir (sekadar menyebut beberapa nama).

2. Saya mencadangkan agar 'Anugerah Tokoh Sastera Kumpulan Utusan' diperkenalkan di samping 'Anugerah Penulis Muda Sastera Kumpulan Utusan' juga diberikan.



1 comment:

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Cadangan dalam catatan TAMBAHAN mencetuskan idea. InsyaAllah untuk tahun2 yg akan dtg boleh dimajukan ke peringkat jawatankuasa induk. itupun kalau ada bajet!! :)