Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Wednesday, May 13, 2009

HSKU 2008 di Istana Budaya


Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008 (HSKU 08) adalah salah satu anugerah berprestij yang julung-julung kalinya diadakan. Program tahunan ini merupakan anugerah kali ke-24.

Saya ucapkan tahniah kepada Exxon Mobil yang menjadi penaja utama kepada pemenang. Tahniah juga kepada Kumpulan Utusan yang tidak melupakan 'pengorbanan' warga sastera.

Tahun ini, HSKU akan disampaikan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 19 Jun 2009.

Apa yang lebih menarik pada tahun ini adalah Minggu Sastera Utusan 2009 yang akan diadakan bermula 12 Jun lagi. Tentunya, pelbagai acara menarik akan disusun sepanjang program itu nanti.

Penyampaian anugerah juga bakal disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Najib Tun Razak.

Saya 'kurang pasti' apakah Astro akan menyiarkan secara rasmi program ini kerana wakil Astro hadir di dalam majlis sidang akhbar pada hari ini (12 Mei 2009).

Tambahan :

1. Saya seperti warga kerja Kumpulan Utusan pula.

2. Penerima anugerah Hadiah Sastera Kumpulan Utusan saya belum ketahui.

3. Hadiah paling dinantikan adalah pemenang penulisan Novel Remaja. (Saya tidak sertai pun, tetapi entah mengapa anugerah ini yang sering ditunggu-tunggu).

4. Harap saya, moga-moga Saudara Fahd Razy 'masih kebal' menerima anugerah Hadiah Utama bagi kategori puisi. Beliau sudah menang 'hatrick' sepanjang HSKU 2005 dengan karya (Al-Andalus Menangis) HSKU 2006 (Nota Kecil di Hujung Isyak II) dan HSKU 2007 (Menggeledah Nurani).

(Saudara Fahd Razy menuntut di Ireland di dalam jurusan Perubatan. Beliau adalah penasihat kepada Grup Karyawan Luar Negara)

2 comments:

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Balik nanti bertugas dgn utusan. hehehe... ruangan sastera selalu saja ketandusan. Terima kasih uar-uarkan akan hal ini. Keputusan HSKU 2008 ... TUNGGUUUUU

typeace said...

Abang Lan,

Saya dengar pun di akhbar Utusan Malaysia sudah 'tandus' ruangan sastera. Yang ada hanya cerpen dan puisi pada hari Ahad di Mingguan Malaysia.

Risau dan merisaukan.