Langkau ke kandungan utama

Bursa Saham Yang Memeningkan


Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Jabatan Syariah Islamiah tahun akhir menetapkan pembelajaran SAHAM MENURUT PERSPEKTIF ISLAM.

Oleh kerana, mahasiswa kita masih belum bermain saham, masalah yang timbul adalah memahami apa itu saham dan bagaimana ia diperdagangkan.

Saya yang menjadi calon untuk kertas ini pun boleh 'muntah' dengan pelajaran sebegini.

Kertas peperiksaan ini diletakkan pada jadual akhir (8 Jun) nanti.

Ini adalah keratan akhbar hari ini. Siapa yang faham sila angkat tangan!

Harga saham KL ditutup bercampur-campur

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini, apabila pelabur terus menjual pegangan saham masing-masing sebelum bercuti hujung minggu, kata peniaga.

Mereka berkata, kaunter kewangan dan perladangan yang mencatatkan keuntungan turut menyekat kerugian hari ini, yang memastikan indeks utama kekal untung sepanjang hari ini.

Sehingga jam 5.00 petang, penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) ditutup meningkat 2.22 mata kepada 1,014.21. Ia dibuka naik 5.43 mata kepada 1,017.42 pada pagi ini.

Seorang peniaga berkata, pasaran dibuka secara perlahan-lahan mengalami kerugian sehingga tengah hari selepas Kementerian Kesihatan mengesahkan kes pertama Influenza A (H1N1) Malaysia yang membabitkan seorang pelajar.

Katanya, pedagang mengambil sikap berhati-hati di tengah-tengah kekurangan petunjuk baru.

Sehingga ditutup hari ini, Indeks Kewangan meningkat 34.81 mata kepada 8,030.02, Indeks Perusahaan menokok 2.25 mata kepada 2,245.21 dan Indeks Perladangan menokok 11.05 mata kepada 5,091.31.

Indeks FBMEmas meningkat 6.08 mata kepada 6,764.00, FBM30 naik 39.12 mata kepada 6,492.14, tetapi FBM2BRD turun 128.79 mata kepada 4,526.424 dan FBM-MDQ merosot 91.32 mata kepada 3,994.05.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 580 kepada 169 manakala 169 kaunter tidak berubah, 317 tidak diniagakan dan 32 digantung.

Volum merosot kepada 2.066 bilion saham bernilai RM1.697 bilion daripada 2.692 bilion saham bernilai RM1.894 bilion pada Khamis.

Di kalangan kaunter aktif, KNM turun 5.0 sen kepada 76.5 sen, TA-WB dan Talam turun 2.0 sen setiap satu masing-masing kepada 4.0 sen dan 10.5 sen, Iris turun 1.5 sen kepada 19.5 sen.

Bagi saham berwajaran tinggi, Sime Darby meningkat lima sen kepada RM6.60, Maybank menokok dua sen kepada RM5 manakala Tenaga dan Bumiputra-Commerce meningkat 15 sen setiap satu masing-masing kepada RM7.40 dan RM9.00.

Volum di Papan Utama merosot kepada 1.674 bilion saham bernilai RM1.605 bilion daripada 2.058 bilion saham bernilai RM1.749 bilion semalam.

Perolehan di Papan Kedua merosot kepada 147.732 juta unit bernilai RM49.680 juta berbanding dengan 224.720 juta unit bernilai RM76.474 juta sebelum ini.

Volum di Papan Mesdaq merosot kepada 202.046 juta saham bernilai RM35.628 juta daripada 369.693 juta saham bernilai RM61.822 juta Khamis.

Waran, bagaimana pun meningkat kepada 24.195 juta unit bernilai RM4.360 juta daripada 20.793 juta unit bernilai RM3.637 juta.

Berasaskan sektor, produk pengguna mencatatkan 54.068 juta saham diniagakan di Papan Utama, produk perusahaan 379.098 juta, pembinaan 111.344 juta, dagang/perkhidmatan 519.421 juta, teknologi 39.986 juta, prasarana 36.403 juta, kewangan 199.399 juta, hotel 10.901 juta, hartanah 292.596 juta, perladangan 27.693 juta, perlombongan 192,800, REIT 3.138 juta, dan tertutup/dana 73,800. - Bernama

Ulasan

firdausahmad berkata…
tggu ana exam qodoya hari ahad ni dulu...pastu ana trgkn kt anta...hehe~
starz berkata…
salam....ni subjek saya sepanjang sem lepas dan diploma dulu...cuma saya tak tahu muqarrar ustaz macam mana...lain agaknya....sebab saya belajar dari sudut konvensional...bukan perspektif Islam...tapi kalau ada yang boleh dibantu silakan beritahu....kalau mampu saya bantu....=)

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)