HARI ini Ulang Tahun kelahiran Ustaz Jamal Najmuddin yang ke-2X (dirahsiakan). Salam Ulangtahun buat Ustaz Jamal Najmuddin. Semoga sentiasa di dalam perlindungan-Nya dan beroleh keberkatan di dunia dan di akhirat.
Kami bersama Badan Pengurus meraikannya. Di dalam kesibukan dengan imtihan (peperiksaan) masing-masing, teman-teman saya tidak akan lupakan. Mungkin 'sudah tua' menjadikan kasih sayang terpaksa dibahagi sama rata. :)
Hari ini mungkin kita boleh bersama-sama dengan teman-teman seangkatan, esok lusa pastinya tidak tahu. Usah dikata bertemu, mahu bersembang apatah lagi.
Oleh itu, saya sedang 'belajar menghargai teman-teman'. Kalau tiada teman di sisi dalam fatrah (musim) peperiksaan ini, siapa lagi yang akan 'menyekolahkan' kita.
Bermula 5 Mei lalu, hari lahir Muhammad Nu'aim. 6 Mei, Ustaz Rafzan Razak. 7 Mei, Mohd Firdaus Adam aka Matadam 8 Mei, Ustaz Jamal Najmuddin dan 10 Mei nanti Ustaz Muhammad Labib Abdul Jalil. Tentu meriah kalau dapat meraikan semua hari lahir teman-teman.
Dalam keripuhan yang amat terbatas ini, moga-moga diberikan keampunan yang berterusan kepada saya dan teman-teman. Insya-Allah, moga usaha teman-teman akan dibalas dengan kebaikan dan ganjaran yang berlipat kali ganda daripada Allah. Moga sama-sama berjaya dengan cemerlang.
Ustaz Mu'izz (kiri sekali) sebagai 'abang sulung' yang sentiasa memberi galakan kepada adik-adiknya untuk bekerja dengan lebih gigih dan cemerlang. Tahniah!
Saya pinjam kata-kata ini daripada seorang 'teman' :
Katanya : "Tak malu untuk bermula dari bawah..."
Kata saya : "Akan kupinjam semangatmu itu..."
Tambahan :
Minggu hadapan ada seorang yang lebih 'special' menyambut hari ulangtahun. Nantikan.
Minggu hadapan ada seorang yang lebih 'special' menyambut hari ulangtahun. Nantikan.
Ulasan
selalu kena kek pisang..coklat..
to en jamal, smoga tetap muda dgn usia yg menuju angka yg besar..
nk kek yang lagi sedap, lagi besar, lagi ekstravaganza.. jadilah BP lagi pd thun depan...hoho