Saya tidak pernah menyalahkan mereka kerana diberi amanah sebagai Menteri dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam). Tetapi selepas pelbagai gagasan diperkenalkan oleh YAB Dato' Seri Najib Tun Razak (bakal jadi Tun selepas bersara) pelbagai perkara yang saya fikir.
Pertama, dimana slogan Islam Had-hari yang dibawa-bawa sebelum ini? Sudah matikah? Malah isu Islam Had-hari seolah-olah hanya retorik Pak Lah semata-mata. Kesian. Bila Pak Lah dah jadi Tun, Islam Had-hari pun dah tamat rupanya.
Oleh yang demikian, saya cadangkan baca Islam Had-Hari (Islam yang mengehadkan hari). Kalau kita mahu guna Islam, kita guna. Kalau tidak mahu kita buang sahaja.
Saya tak menentang Islam Had-hari. Malah, saya ada menulis satu jurnal berkenaan perkara ini. Ada satu kertas kerja yang saya karang berkenaan slogan ini. Dari kaca mata saya, Islam Had-hari ini 'baik' tetapi jikalau pelaksanaannya sebegini, aduh... boleh tidur tau!
Sekarang, konsep 1Malaysia pula diperkenalkan. Macam mana ya? 1Malaysia termasuk Sabah Sarawak kah? 1Malaysia termasuk Quran dan Sunnah kah? 1Malaysia termasuk UMNO, PAS, PKR dan DAP kah?
Apa ya makna 1Malaysia? Tetapi saya mahu 1Malaysia daripada perspektif Islam. Kalau ada yang mampu membantu, bagus juga.
Saya ada idea. Tapi saya peram dulu. Nanti saya call Menteri dan Timbalan Menteri ini, kerana mahu berikan idea itu. Tunggu.
Tambahan : Mahasiswa Al-Azhar mahu menyumbang untuk 1Malaysia? Tepuk dada tanya iman.
Ulasan
Bahawa konsep Islam Had-Hari itu akan dibuang sebaik-baik Pak Lah tidak berkuasa lagi memang sudah diramalkan sejak konsep itu mula diuar-uarkan.
Konsep I Malaysia pun demikian juga nanti.
Saya suka dengan konsep 1 Umat.
Semacam sudah tidak releven pelbagai konsep diperkenalkan. Naik muak pun ada juga.