Langkau ke kandungan utama

Warkah Untuk Adlan Mokhtaruddin


Assalamualaikum w.r.b.

Menemui saudara Adlan yang dihormati, semoga saudara berada di dalam keadaan sihat hendaknya.

Saya menulis warkah ini di dalam keadaan berangkai, ini bermakna ada yang saya lakarkan sebelum, selepas malah ada ketikanya saya melakarkan di dalam keadaan ‘semasa’ saya menjawat jawatan sebagai Setiausaha Agung PMRAM.

Ada beberapa perkara yang saya perlu ceriterakan kepada saudara. Barangkali ia berbentuk peribadi. Dan, barangkali juga ia bersifat kreadibiliti sebagai seorang Setiausaha Agung. Tahniah di atas lantikan saudara sebagai Setiausaha Agung PMRAM. Selepas Ustaz Abdul Fattah Jaafar pada sesi 2006, saya mengetuai Jabatan Setiausaha Agung selama dua tahun. Dalam waktu yang terlalu panjang itu, saya belajar dan mempelajari selok-belok pengurusan dan pentadbiran.

Malah, wajar saya menyatakan bahawa ada beberapa perkara baharu yang saya dapat kumpulkan sepanjang saya memandu jabatan ini.

Saudara Adlan yang dihormati,

Saya tahu kawan-kawan kita akan tersentak ketika membaca warkah ini. Sebab itu semenjak awal lagi saya berfikir-fikir untuk menulis warkah ini. Saya risau kalaulah warkah ini bakal dijadikan bahan fitnah nanti.

Sebab itu, saya ada dua pilihan. Pertama, saya tidak akan menerbitkan warkah ini di khalayak tetapi hanya dibaca secara tertutup sahaja. Ataupun, saya akan menerbitkan warkah ini di dalam blog dengan cara menggunakan kata laluan.

Saudara Adlan yang disayangi,

Sebelum saya melanjutkan bicara, izinkan saya membongkar serba sedikit tugas sebagai seorang Setiausaha Agung PMRAM. Tugas ini bukanlah satu tugas yang mudah. Malah, sekiranya kita tidak mampu belajar dengan sempurna, kita akan diperlekehkan sahaja nanti.

Saya pernah didatangi oleh ahli PMRAM yang menghina-hina sistem pentadbiran dan kepejabatan kita. Saya pernah ditempelak bermacam-macam dugaan ketika menghadapi situasi cemas orang mencemuh tugasan kita. Tetapi, itu semua saya anggap sebagai teguran membina.

Seorang setiausaha agung dianggap telah mengetahui segala macam tugas dan bidang kerja sebagai pentadbir. Bagi saya, ahli yang terlalu ramai itu menganggap kita sudah dilatih di dalam program pentadbiran oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan pernah menjawat sebagai seorang Pegawai Tadbir (N41).

Oleh sebab demikianlah, saya belajar dan mempelajari ilmu pengurusan itu secara langsung atau tidak langsung melalui beberapa seminar dan kertas kerja yang disampaikan kepada saya.

Saudara Adlan yang dihormati,

Apapun, tanggungjawab saudara amat besar mulai hari ini. Kita perlu mendasari semua etika pentadbiran dan pengurusan sehingga berjaya mengekalkan PMRAM sebagai sebuah persekutuan yang mentadbir organisasi dengan cemerlang.

Malah, tidak salah kalau saya katakan bahawa rakan-rakan negara jiran kita turut menggunakan sistem pentadbiran di dalam PMRAM untuk menjalankan pentadbiran dan organisasi.

Saudara Adlan yang dihormati,

Saya berbangga di atas tugas kepejabatan saya yang tidak diketahui oleh umum. Ada beberapa ketika, sebagai seorang Setiausaha Agung PMRAM, kita akan hadapi masa-masa cemas dan waktu genting apabila tugas yang dipikul terlalu berat dan banyak.

Dan seingat saya, kejayaan paling besar adalah surat permohonan masuk ke Universiti Al-Azhar bagi mahasiswa yang tidak melalui Jabatan Penuntut telah diterima pakai oleh pentadbiran universiti. Tetapi, bukanlah mahasiswa itu daripada negara Malaysia.

Sebagai persekutuan yang menaungi negara-negara selain daripada Malaysia, tugas dan amanah untuk membantu rakan-rakan kita serumpun di Mesir adalah satu tugas yang besar.

Saya percaya bahawa saudara punya kelebihan yang saya tidak ketahui. Saya melihat bahawa saudara akan memandu jabatan ini dengan sebaiknya melalui beberapa sistem dan cara pentadbiran yang bakal saudara warnai.

Adlan yang disayangi dan dihormati,

Ada beberapa waktu, kita menangis kerana menyandar amanah. Ada beberapa waktu kita mampu bergelak kerana bersuka ria bersama teman-teman di dalam pentadbiran. Tetapi apa yang ingin saya nyatakan bahawa semua itu bukanlah untuk diri kita tetapi kadang-kadang untuk insan yang bernama teman.

Silih berganti teman dan kawan akan bertukar. Begitulah kita sebagai seorang manusia. Saya pernah menangis berpisah dengan seorang kawan suatu ketika dahulu kerana terlalu menyayangi dan menghormati seorang kawan. Begitulah hari ini. Fenomena itu berulang kembali.

Sebentar nanti, seorang teman kita akan pulang meninggalkan dunia Mesir. Saudara Khusaini Md Yusoff yang banyak berkorban keringat membangunkan ekonomi PMRAM sehingga PMRAM mampu berdiri kukuh dengan bantuan Allah sehingga ke hari ini.

Apapun, satu keazaman dan tekad yang saya simpan adalah yang pergi tetap akan bertemu kembali. Yang dicari tetap akan ditemui lagi.

Adlan yang dihormati,
Sebelum tirai berlabuh pergi, izinkan saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kelahiran yang ke-23 pada 9 April nanti. Saya doakan agar saudara sentiasa dipayungi oleh Allah SWT untuk terus bekerja untuk Islam dan menjalankan amanah sebagai seorang anak; menuntut dengan tekun di dalam bidang Hadis yang saudara sedang uliti hari ini.

Ada beberapa cerita saya yang terpaksa saya ‘gantung’ buat kali ini. Biarlah ia menjadi kenangan manis sepanjang saya dan kawan-kawan mentadbir PMRAM bermula tahun 2006 sehingga ke hari ini.

Salam Permisi,
Syafiq Zulakifli




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)