Langkau ke kandungan utama

Tarian Budaya Bangsa Kita?

Saya adalah pencinta seni. Seni budaya, penulisan, khazanah bangsa dan lain-lain lagi. Sebab itu, baru-baru ini ketika kedatangan wakil Yayasan Warisan Johor ke Mesir, banyak manfaat yang saya peroleh.

Seni itu indah. Tetapi mencorakkan seni bukan dengan jalannya adalah sesuatu yang 'parah'. Barangkali masih tidak ramai membuat komentar berkenaan Festival Asean anjuran KBMK dan JPMK dengan kerjasama (konon-kononnya) Persatuan Pelajar Malaysia di Mesir.

Saya mengesyorkan kalian membaca artikel ini yang ditulis oleh Saudara Hairul Nizam mantan Presiden PMRAM.

Saya berada di tapak konsert malam terakhir sebelum kedatangan perasmi penutup dan beredar meninggalkannya selepas tamat acara. Saya lebih awal mengisi kekosongan padang tersebut. Namun, barangkali kita harus juga 'terperanjat' dengan salah satu daripada persembahan timur yang dipersembahkan di dalam majlis tersebut.

Malam tersebut saya amat beruntung kerana disibukkan dengan panggilan bermacam-macam. Oleh kerana kesibukkan saya tersebut, saya tidak menyedari beberapa persembahan yang dipersembahkan pada majlis malam tersebut. Tetapi, selepas program berakhir cakap-cakap sudah didengari bahawa 'ISMA anjurkan program tarian', cepat-cepat saya mahu mendapatkan buktinya. Hasilnya baru-baru ini kecoh di dalam sesawang Yahoo Messanger dan Youtube berkenaan perkara ini.

Jikalau benar perkara ini tidak disengajakan, saya mampu untuk memaafkannya. Tetapi jika sebaliknya; saya menuntut perkara-perkara berikut :-

1. Mana-mana pihak yang terlibat secara langsung di dalam program tersebut hendaklah membuat surat memohon maaf secara terbuka di atas insiden tersebut.

2. Mana-mana pihak yang terlibat secara langsung di dalam program tersebut hendaklah menyesali atas jemputan yang telah dibuat tersebut.

3. Mengadakan sidang tergempar (press conference), untuk menyatakan pendirian bahawa program tersebut 'kami tidak ketahui'.

Apapun yang berlaku adalah sikap kita sendiri yang tidak punya gagasan dan pendirian tersendiri. Beringatlah sebelum terlambat.



Ulasan

Hanisah Ishak M.D berkata…
malu.

titik.
Bohemian Virtuoso. berkata…
Ustaz, selamat siang.
Sy lame da ikut blog ustaz.
Cikgu Ustaz, cikgu shamsuddin, cikgu sekolah sy dlu mase sy kt Sekolah Alam Shah kL dan Putrajaya.

Tp sy, sbg budak medic, bukan pelajar jurusan agama azhar, rase,
ade baiknya ustaz tak mudah2 tuding jari pd Isma shj.

Sy bekas ahli Isma, sy tau Isma tak mcm ni.

Lagipun dah ade penjelasan drp Isma Mesir kan.

Semoga dtgnye ustaz kt Mesir ni, menimba ilmu, jadinye sorg muallim nanti, insyaAllah...
Semoga jadinye muallim itu,
Muallim yg berbakti kpd sume umat islam..
Tak kire bulu,
Baek PAS, Umno, Isma dll. mungkin jge kpd DAP dan non muslim yg laen.

Semoga karya2 ustaz pun turut same dpt berbakti kpd sume org.

Sy pun bukanlah baik sgt.
Tp bile ade 2 pihak bergaduh,
eloklah kte tlg leraikan.
Mungkin ustaz bleh jenguk2 surah hujurat balik.

Sy ah-Peng, sy jemput ustaz dtg ke rumah sy kalo nak berbincang lagi.

Atau add saje sy kt ym syiha_baik

Sy menyeru kpd perpaduan umat islam.

Tq
thaaqhib berkata…
teringat dialog time kecik2

"dah abes cerita da~~

mari kawan2. kita mulakan balek ukhuwwah kita.

yg dah lepas2 tu..lepas lah.. sekarang, pegang tangan elok2. ok!

lepas ni..semua janji ek..x buat lagi"

Allah maha kasih dan sayang. and so we shud
UmmuL SyabinaR berkata…
sebagai pengajaran benda salah kita kena tunjuk yang mana salah kan..kalau dah tahu salah kita jangan pula nak buat2 tak bersalah..just say "soory" dan lepas ni jangan buat lagi. ana malu dengan tindakan pihak tertentu menganjurkan program yang bukan pada syariatnya.

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)