Langkau ke kandungan utama

Surat Terbuka Kepada Pengarah JPMK


Surat Terbuka Kepada Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah

Adalah dengan ini saya memohon jasa baik pihak Yang Berbahagia Dr. untuk mengambil maklum berkenaan perkara-perkara berikut :-

1. Membatalkan program FESTIVAL KEBUDAYAAN DAN SUKAN ASEAN 2009 yang dianjurkan oleh Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah yang dijadualkan akan diadakan pada 9 hingga 11 April 2009.

2. Untuk pengetahuan Yang Berbahagia Dr., program tersebut pada saya adalah terlalu besar dan mampu memberi tekanan kepada mahasiswa yang sedang bertungkus-lumus menghadapi peperiksaan pada bulan April dan Mei ini.

3. Saya yakin bahawa pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah bersetuju dengan pandangan saya bahawa kecemerlangan akademik mahasiswa perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Saya yakin sekiranya pihak jabatan penuntut memberikan ruang kepada mahasiswa kita mengambil ruang masa yang ada untuk menguasai ilmu akademik dengan sebaiknya, banyak manfaat yang kita bakal peroleh.

4. Demi memastikan mahasiswa kita mendapat manfaat daripada program-program yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, saya dengan ini mencadangkan agar pihak jabatan mempelbagaikan program kecemerlangan akademik khusus meningkatkan motivasi mahasiswa agar tidak leka dan alpa untuk berhadapan dengan sistem peperiksaan Al-Azhar yang melalui pelbagai ujian dan dugaan.

5. Mahasiswa kita juga dinasihatkan agar tidak sibuk ‘menjalankan aktiviti perniagaan’ tanpa berusaha gigih untuk mencapai kecemerlangan di dalam bidang akademik.

Sekian, terima kasih.

Yang amat berharap,

SYAFIQ BIN ZULAKIFLI
Mahasiswa Tahun 4,
Fakulti Syariah dan Undang-Undang,
Jabatan Syariah Islamiah,
Universiti Al-Azhar, Kaherah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)