Langkau ke kandungan utama

Rindu Pada Rumah Sendiri

Akhbar Utusan Malaysia di atas permaidani. Saya tidak membaca akhbar Harakah yang digantung satu ketika dulu. hehehe.

Kalau pergi ke tingkap itu, anda akan menyaksikan Plaza Angsana, Johor Bahru secara jelas.

Jalan di hadapan rumah sememangnya selalu sibuk. Boleh dikatakan setiap hari sibuk. Macam bandaraya Kuala Lumpur saja.

Jika dipetik suis televisyen pastinya akan berebut untuk memegang control tv

Meja makan yang akan menjadi tempat bekerja. Jarang dijadikan tempat makan. Jika saya pulang, saya akan siapkan meja pejabat saya sendiri.

Kan saya dah cakap. Meja ini bukan untuk makan. Tetapi untuk bekerja.


KALI terakhir saya menjejakkan kaki ke teratak ini pada November 2007. Ini bermakna sudah 15 bulan saya tidak pulang ke Malaysia. Tiba-tiba terasa rindu pada Malaysia. Saya pernah bercadang untuk pulang pada April tahun ini kerana Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Segalanya telah ditetapkan. Peperiksaan semakin hampir kepada puncaknya. Doakan kejayaan saya dan teman-teman.

Insya-Allah kita akan bersua dalam arena perjuangan yang tidak sama seperti tahun 2007 lalu. Ramai teman-teman sudah menempah tiket kapal terbang pulang ke Malaysia selepas peperiksaan. Tetapi saya harus menunggu keputusan peperiksaan akhir dan selesai segalanya. Jika mahu diperhitungkan mungkin sahaja 2010 baru saya dapat menjejakkan kaki ke Malaysia.
:)


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)