Langkau ke kandungan utama

Makna 9 April

SEMENJAK tahun lalu, saya berfikir apakah makna 9 April pada kedua orang insan ini. Seorang dilahirkan pada tahun 1935 dan seorang lagi dilahirkan pada tahun 1986. Amat jauh perbezaan jarak dan umurnya. Namun, barangkali mahu mencari persamaannya mungkin terlalu mudah.

Bayangkan orang yang lahir pada tarikh yang hampir sama tetapi tidak mampu melakukan perkara yang sama. Bukankah itu suatu perkara yang pelik?

Ha? Ini teori saya. Namun, sekiranya ada yang masih tidak bersetuju dengan apa yang difikirkan ini, tidak mengapa. Saya punya tanggapan sebegini rupa.

Mengapa? 7 Ogos 1974 seorang anak muda bernama Mohd Faizal Musa@Faisal Tehrani dilahirkan. Dan, pada 8 Ogos 1985, seorang anak muda yang kini hampir masuk belia dilahirkan. Saya fikir, untuk meletakkan makna pada satu-satu tarikh lahir mungkin terlalu sukar, tetapi sekurang-kuranya ada nilai bermakna ke arah itu.

Apapun jua dan siapa kita sebenarnya adalah milik Tuhan Pencipta segala-Nya. Kita mampu merancang, Allah juga yang Maha Perancang. Lakukanlah yang terbaik untuk masa depan.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran ke-23 pada 9 April.

"Seronok tengok kawan-kawan gembira."

KARTU INI TERLALU BASAH
(Untuk Adlan)

Ini kartu basah kami
lapiklah walau ia tidak bermakna
walau ia hanya tempelan sahaja
tetapi
ia ada makna yang berharga
cinta yang setia
madah yang pujangga.

Berikrarlah selagi ada masa
yang tidak dijanjikannya
bakal menggegar alam semesta.

Kau melakar seni bahasa
sesekali lakaran itu comot
di atas kartu basah itu.

Kartu itu
adalah hadiah
buat penerus tinta perjuanganmu.

SYAFIQ ZULAKIFLI
Madrasah Tarbiah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)