Sumber : Utusan Malaysia, 14 April 2009
Pekerja kita masih pilih kerja
ALOR GAJAH 13 April – Cakap-cakap mengenai rakyat tempatan memilih kerja terbukti. Kira-kira 12,000 jawatan kosong dalam pelbagai bidang gagal diisi sehingga kini.
Sambil menyatakan rasa kesalnya, Menteri Sumber Manusia, Datuk S. Subramaniam berkata, pelbagai skim latihan termasuk dalam sektor perhotelan, restoran dan keselamatan juga telah diperkenalkan.
Namun, katanya, sambutan di kalangan pekerja terutama yang telah diberhentikan untuk mengikuti latihan selama enam bulan sebelum diserap ke jawatan kosong yang berkenaan masih dingin.
“Mereka hanya memilih pekerjaan yang setaraf dengan pencapaian akademik masing-masing menyebabkan jawatan kosong yang ditawarkan itu tidak dapat diisi.
“Saya harap mereka tidak terlalu memilih pekerjaan memandangkan keadaan ekonomi semasa yang tidak begitu baik, rebut sahaja peluang pekerjaan buat sementara waktu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Terbuka Pusat Latihan Teknologi (Adtec) Melaka dan Cabaran Robot Jabatan Tenaga Manusia (JTM) di sini hari ini.
ISU pengangguran di Malaysia seharusnya tidak wujud. Masalah ketidaksesuaian kerja untuk berkhidmat sama ada di dalam sektor apa sekalipun tidak wajar dijadikan alasan oleh semua pekerja sama ada yang baharu atau lama.
Saya tidak menjanjikan kalian akan selesa di dalam bidang kerja yang tidak diminati. Namun, sekurang-kurangnya kita mampu belajar dan terus belajar di dalam apa jua bidang yang kita sandar pada hari ini.
Ulasan
Ir Nizar, tidak terus memilh kerjaya sebagai engineer. Tetapi memilih ahli politik sebagai kerjaya baru. Walaupun pendapatan sebagai engineer lebih berganda besar dari ahli politik. Apatah lagi, Ahli PAS yang sememang lebih pula benda perlu dikorbankan.
Realitinya, kerjaya perlu dipilih, and as a Muslim, just 1 jer pilihan, iaitu pilihlah yang baik dan mendapat redha Allah.
Membangun Bersama Islam.
umaq_eiman,
Rezeki itu Allah tetapkan dan kita hari mencari rezeki.