Langkau ke kandungan utama

FESTIVAL ASEAN : Satu Kritikan Kepada Artikel Faizal Sabhon



SAYA bertanggungjawab untuk menjawab beberapa persoalan dan perkara yang ditimbulkan oleh penulis artikel “FESTIVAL ASEAN 2009 KEMBALI LAGI”, karangan Saudara Faizal Sabhon.

Satu perbahasan yang menarik dibahas secara ilmiah di dalam artikel tersebut. Malah saya tidak menafikan artikel tersebut memberi kesan yang mendalam terhadap pembaca sama ada yang bergelar ahli PMRAM, ahli UMNO malah ahli-ahli yang lain termasuklah pegawai-pegawai Jabatan Penuntut dan pegawai Kedutaan Besar Malaysia Kaherah yang kerap kali menjadikan blog mahasiswa sebagai bahan bacaan mereka.

Tahniah. Sekurang-kurangnya mereka juga tahu pemikiran kritis mahasiswa kita yang berada di bumi Mesir ini.

Saya ingin mengulas dua perkara yang dibahaskan.

Ini yang terjadi kepada kumpulan study group saya. Salah seorang ahli kami terpaksa meninggalkan kumpulan belajar atas alasan sibuk mencari barang keperluan berniaga untuk Festival ASEAN tersebut. Malah saya yakin dan percaya tiada langsung kelas tambahan akan berjalan sepanjang tiga hari tersebut atas alasan menjalankan perniagaan dan sibuk mencari peluang berniaga.

Saya tidak menafikan perniagaan tersebut. Malah menghormati akan sunnah Nabi Muhammad SAW. Saya amat tidak bersetuju sekiranya di dalam waktu-waktu sebegini mahasiswa kita dipersibukkan dengan pelbagai aturcara yang entah di mana kelebihan pun saya tidak ketahui.

Malah, apa yang saya dapat maklum satu mesyuarat tertutup TERPAKSA dijalankan saat-saat akhir apabila pihak-pihak tertentu memikirkan program tersebut bakal tidak mendapat sambutan. Akhirnya, ‘anak-anak suruhan’ ini terpaksa menghadapi akan suruhan tersebut dan mengadakan program tersebut juga akhirnya.



Maaf jika ada yang terasa. Ini pemikiran saya. Barangkali ada yang tidak bersetuju dengan apa yang saya perkatakan. Terpulang kepada anda.

Saya ingin menemplak di atas program PIALA PRESIDEN PMRAM yang dikatakan diadakan pada bulan MAC. PMRAM telah mengadakan program tersebut pada akhir Februari tetapi bukan pada bulan Mac. Oleh yang demikian, saya mencadangkan agar penulis mendapatkan maklumat yang tepat di dalam menjawab perkara tersebut.

PMRAM, BKAN dan DPM menjalankan program bukanlah atas dasar suka-suka dan libur tanpa mendapat sedikit faedah. Malah saya yakin kepimpinan di semua peringkat sama ada di PMRAM, BKAN mahupun DPM tidak pernah mengadakan program-program yang bersifat ‘ala-parti-dangdut’ seperti yang pernah dilihat sebelum ini oleh pihak-pihak tertentu.

Bukankah mahasiswa kita ini mahasiswa Islam yang belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir? Salah satu universiti yang terkenal di dunia? Saya pernah menulis satu artikel ilmiah tentang Al-Azhar di majalah Malaysia. Sejujurnya, Al-Azhar adalah pusat keilmuan tertinggi di dunia. Ramai lepasan Al-Azhar yang telah memberikan sumbangan kepada Malaysia amnya sama ada yang berada di pihak kerajaan mahupun pembangkang.

Perbahasan kedua yang ingin saya sampaikan adalah BAZAR ASEAN yang akan dijalankan sepanjang program. Penulis mengatakan sistem pembayaran yang tidak sistematik dijalankan oleh BKAN mahupun DPM di dalam berniaga.

Seperti yang dimaklumi, saya adalah PENGARAH BAZAR ASEAN FOOD KALI PERTAMA yang diadakan pada tahun 2005. Ketika itu saya tinggal di Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA). Oleh yang demikian sukalah saya untuk membuat beberapa pemerhatian terhadap dua perbandingan yang telah berjalan pada Festival ASEAN pertama yang dipimpin oleh saya dan Festival ASEAN kedua yang dipimpin oleh ?

Saya (ketika menjadi pengarah ASEAN tersebut) menjalankan kaedah sistem perniagaan seperti mana yang dilakukan oleh PMRAM, BKAN dan DPM. Oleh kerana pengunjung terlalu ramai dan kepadatan di antara ikhwah dan akhawat bercampur-campur di antara satu sama lain, sistem ini lebih baik dijalankan.

Bukankah kita bertindak untuk mengelak percampuran di antara lelaki dan perempuan? Saya melihat apa yang telah berlaku pada Festival ASEAN yang kedua.

Pada hari tersebut, seorang pelajar perempuan (pembeli) datang ke gerai pelajar lelaki. Sambil menunggu giliran mereka berbual-bual malah bertanya khabar seperti sanak-saudara. Ini mahu berniaga atau mahu mengurat? Ada yang lebih teruk lagi sengaja ‘melekatkan’ tangan mereka untuk membayar wang kepada peniaga demi memuaskan ‘nafsu’ mereka.

Ini akhlak mahasiswa Al-Azhar hari ini yang disalut sejuta permasalahan. Ada lagi masalah-masalah lebih teruk daripada ini yang saya simpan demi kebaikan pelajar-pelajar kita di Mesir.

Oleh kerana saya sekarang sudah berada di PARTI BEBAS, maka saya berhak bersuara di atas dasar peribadi. Pihak yang di sana, usahlah menutup keaiban yang terlalu banyak. Pengalaman saya duduk di Bazar ASEAN kali pertama sudah cukup mengajar saya erti segalanya.

Saya tidak akan membongkar segala gerak kerja ‘kerajaan’ yang saya ketahui sepanjang saya menetap di ARMA dan ketika mengendalikan Bazar ASEAN kali pertama.

Akhirnya, saya mengucapkan tahniah kepada anak-anak JOHOR yang dikhabarkan ramai yang akan menyertai program ini. Sekurang-kurangnya ada juga golongan yang mahu membantu pihak-pihak tertentu. Pada saya terpulang lah kepada anda semua. Jika saya menghadiri program tersebut pun usah salahkan saya kerana saya sekarang bebas daripada pelbagai pihak.

Ingin saya tegaskan program tersebut yang didasari perkataan ‘dengan kerjasama PERSATUAN PELAJAR MALAYSIA DI MESIR’ adalah haram digunakan kerana sehingga saya menulis artikel ini, PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR sama sekali tidak dijemput menyertai program ini.

Oleh yang demikian PERSATUAN PELAJAR MALAYSIA DI MESIR itu, persatuan apa ya?

Ketika saya menjadi pengarah BAZAR ASEAN KALI PERTAMA pun, saya mengutus surat kepada TUAN HARON TUAN COB selaku Presiden PMRAM pada waktu itu untuk menjemput beliau menyertai program tersebut. Inikah akhlak kita?




Ulasan

en_me berkata…
salam ziarah akhi syafiq itteww ..
Tanpa Nama berkata…
Salam ziarah.

Pengambilan Baru Peserta Program Who Wants To Be A MillionaireBlogger.Net™ "Click Here"

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)