Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Sunday, April 12, 2009

FESTIVAL ASEAN : PMRAM Boikot?


BOIKOT!!! BOIKOT!!! BOIKOT!!!

ISTILAH yang saya paling benci semenjak saya berada di dalam pentadbiran PMRAM. Malah istilah ini sudah menjadi makanan harian mahasiswa dan mahasiswi di Perlembahan Nil ini.

Apalah dosa PMRAM sehingga dituduh sebegitu rupa? Sehingga artikel ini ditulis, saya mendapat laporan daripada sesetengah individu yang bergelar pemimpin mahasiswa, mereka menyatakan bahawa PMRAM telah memboikot program tersebut dengan alasan ‘ahli’ PMRAM tidak timbul sepanjang program tersebut.

Ya. Jika fakta ini diberikan saya mengakui. Sepanjang dua hari kehadiran saya di dalam program ini, saya mendapati hampir tiada mahasiswa dan mahasiswi kita yang sebelum ini terlibat secara langsung di dalam program PMRAM. Namun, pada saya bukanlah alasan untuk kita sandarkan bahawa PMRAM memboikot program sebegini.

Jika kehadiran saya di dalam program ini tidak melabelkan saya sebagai seorang ‘mantan pemimpin PMRAM’ barangkali ini juga satu penafian. Malah, pada hari penutupan rasmi, tiga orang pemimpin PMRAM telah turun bersama-sama saya di dalam program ini iaitu Setiausaha Agung PMRAM, Naib Presiden III PMRAM dan Timbalan Setiausaha Agung PMRAM.

Oleh yang demikian, saya tidak bercadang untuk mengulas panjang berkenaan isu ini.

TAHNIAH

Sejujurnya saya mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur kerana berjaya mengadakan program seumpama ini. Program yang saya anggap mencecah lebih LE 50,000 ini wajar disandarkan kerana program sebegini mendapat tajaan daripada wakil-wakil kerajaan. Barangkali kemudahan ini tidak dinikmati oleh mahasiswa kita di dalam PMRAM kerana tidak mendapat peruntukan daripada mana-mana pihak.

Walhal daripada satu sudut, PMRAM juga telah berjaya membuktikan program-program besar sebelum ini telah berjaya diadakan dengan jayanya.
Semalam, persembahan 'Tarian Saman' kali ketiga saya menonton di Mesir.

Sebagai contoh program tahunan PMRAM, Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan (PMHK) merupakan program mega PMRAM yang saban tahun diadakan. Semangat kebangsaan di samping cinta negara adalah salah satu produk penting kerana sebagai seorang rakyat Malaysia perkara ini wajar diberikan.

Saya sebenarnya ‘terlalu kecil hati’ kerana program tahun lalu (PMHK) tidak dihadiri oleh pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) walaupun surat jemputan telah diberikan. Walaupun kehadiran TYT Datuk Duta selaku perasmi penutup memberi kredit kepada PMRAM, tetapi masih kedapatan suara mahasiswa yang menafikan hubungan PMRAM dengan pihak Jabatan Penuntut Malaysia dan KBMK.

Masih wujud sentimen mahasiswa kita yang berpendirian bahawa PMRAM mengamalkan sikap mementingkan diri sendiri tanpa mengambil berat hubungan PMRAM dengan KBMK dan JPMK. Jika perkara ini masih menjadi buah mulut saya harap perkara ini sudah lama ditutup dan dikunci.

Di mana kita, siapa kita dan ke mana kita, pada saya kita adalah satu rumpun yang berakhlak mulia dan menjaga tatasusila dan budaya. Kita menjalankan tanggungjawab kita secara profesional dan tidak membuat sebarang kenyataan sebelum pemimpin membuat kenyataan rasmi.

SEGERAI BERSAMA SEHATI SEKATA

“Abang, tolong masukkan nasi tu dalam plastik ni.” Seorang pelajar wanita menyuakan plastik kepada pembantu gerainya.

Anda pernah melihat adegan ini di dalam Festival ASEAN kali ini? Jika tidak pernah melihat tentunya anda tidak menghadiri program ini. Jika mahu dikatakan tiada ikhtilat di kalangan pengunjung, fakta ini mungkin benar kerana tidak ramai mahasiswi turun di dalam program ini. Tetapi hubungan besar berlaku di dalam gerai tertentu dengan keadaan mahasiswa dan mahasiswi duduk di dalam gerai yang sama, malah saya boleh sebutkan satu persatu nama mahasiswa dan mahasiswi kita itu kerana saya amat arif dengan mereka.

Faham-fahamlah mereka daripada julat negeri yang mana satu. Oleh kerana saya mengenali mereka, tentu mereka juga mengenali saya kerana kita dalam SATU negeri sahaja. Itu yang dinamakan ‘segerai bersama sehati sekata’.



Seronok juga duduk dalam gerai yang sama. Boleh adik tolong abang. Dan abang tolong adik. Macam suami isteri lah pula. Betulkan? Kan? Kan?

Jika inilah perangai mereka di khalayak, benarlah seperti yang didakwa bahawa kelompok mereka ini jugalah yang telah ‘menjalankan’ adegan-adegan kurang sopan di dalam kereta baru-baru ini. Mereka membawa mahasiswi kita berjalan menaiki kereta, menyelinap masuk ke dalam rumah dan bermacam-macam lagi sehingga hampir tertangkap!

Oleh hal yang demikian, suka saya menyatakan bahawa sebelum AKHLAK MAHASISWA ISLAM ini dilumpuhkan dengan turunnya BALA dari ALLAH, adalah lebih elok perkara ini dihindarkan.

Saya malu menjadi saksi kepada kalian menjalankan ‘hubungan sulit’ ini.

“Saya mengucap panjang….” Astaghfirullah…


1 comment:

toqki said...

Salam..

Pening ana..gaduh dan gaduh..bilah boleh berdamai..