Langkau ke kandungan utama

Dunia Penulisan

KETIKA pulang ke Malaysia pada tahun 2007, saya telah membeli buku ini. Judulnya ‘Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas’ yang ditulis oleh Saudara Zamri Mohamad terbitan PTS.

Selepas saya bawa pulang ke rumah, salah seorang ahli keluarga bertanya, “sekarang sudah mahu jadi orang kaya”.

Saya tidak berkata apa-apa. Yang saya fikir adalah saya harus menjadi seorang penulis. Sama ada untung atau sebaliknya, sama ada kaya atau tidak, yang penting saya sudah memberikan kekayaan kepada pembaca.

Penipulah atau bahasa kasar (bohong) jikalau ada di kalangan penulis tidak mahukan keuntungan (royalti) daripada hasil penulisan. Tetapi, selalunya penulis akan ‘gagal’ meneruskan penulisan mereka sehingga ke titik akhir kerana tidak memperoleh idea yang berkembang satu-persatu.

Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang bermula 17 sehingga 26 April ini, saya jadi cemburu kepada teman-teman penulis yang sudah banyak menghasilkan buku terbaharu.

Antaranya, Saudara Firdaus Ariff (penulis PTS), Saudari Ummu Hani (penulis Galeri Ilmu dan Hijjaz Publishing), Saudara Hilal Asyraf (penulis Galeri Ilmu) yang masih menuntut di Jordan dan beberapa lagi teman-teman yang saya anggap seangkatan.

Paling saya cemburu adalah Saudara A. Ubaidillah Alias (mahasiswa Mesir) yang ‘meletup’ dengan karya Warkah Cinta Berbau Syurga terbitan PTS yang sudah diulang cetak sebanyak 3 kali semenjak diterbitkan pada awal 2008.

Tahniah buat semua. Moga kita akan bersua di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tahun akan datang.

Tambahan : Peperiksaan akhir yang semakin hampir...


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)