Langkau ke kandungan utama

SELAMAT BERTUGAS USTAZ!

Pegawai sedang berbincang dengan ahli jawatankuasa tadbir

SELAMAT bertugas ustaz! Itulah kalam permulaan yang seharusnya diberikan kepada Tuan Haji Ahmad Hanif bin Naim, Pegawai (Khas) Kebajikan Pelajar Johor di Mesir yang telah mula berkhidmat mulai 1 Januari 2009.

Beliau telah tiba bersama keluarga tepat jam 6.00 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, Terminal 1. Kehadiran beliau disambut oleh Yang Dipertua Badan Kebajikan Pelajar Johor di Mesir (BKPJM), Saudara Firdauz bin Noh dengan diiringi penasihat dan ahli jawatankuasa tadbir yang lain.

Menurut Tuan Haji Hanif, beliau telah diamanahkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor untuk membantu mahasiswa Johor di Mesir sama ada yang menuntut di dalam bidang pengajian Islam mahupun perubatan, sama ada di dalam urusan pengajian mahupun kebajikan.

Secara peribadi, saya mengucapkan tahniah kepada Tuan Haji Hanif di atas pelantikan dan pemilihan beliau sebagai seorang pegawai yang akan mentadbir urusan anak-anak Johor di bumi Mesir.

Beliau juga merupakan bekas (mantan) mahasiswa Universiti Al-Azhar, Mesir yang telah pulang dan berkhidmat di Malaysia semenjak tahun 1994 lagi. Sebelum ini, beliau merupakan Pegawai Tadbir Agama Daerah Muar atau lebih ringkas disebut Kadi Daerah Muar.

Seperti yang dimaklumi, kebiasaannya seseorang pegawai yang akan berkhidmat untuk urusan pelajar adalah merupakan seorang pendidik atau yang memegang kerusi bidang pendidikan seperti wakil Kementerian Pengajian Tinggi atau Kementerian Pelajaran.

Namun, seorang pegawai tadbir yang dihantar ke Mesir merupakan satu anugerah kepada mahasiswa kerana pengalaman dan segala cabaran sebagai seorang pegawai tadbir yang pernah dialami boleh dikongsi bersama.

Semestinya sepanjang bertugas sebagai seorang kadi, pelbagai cabaran yang telah dihadapi.

Menurut Tuan Haji Hanif juga, beliau akan mula bertugas di pejabat rasmi selepas kelengkapan di Asrama Pelajar Johor Baru siap.

“Insya-Allah, kalau tiada perubahan pada 21 Februari ini, Tengku Mahkota Johor akan merasmikan bangunan baru yang terletak di kawasan Rabaah,”ujarnya.

Ujarnya lagi, beberapa minggu sebelum itu, rombongan daripada Majlis Agama Islam Johor akan tiba bagi menemuduga mahasiswa yang memohon mendapatkan zakat dan persiapan menjelang majlis perasmian tersebut. Ke Bawah Duli Tuanku, semoga semua berjalan sempurna. Amin.

Tambahan:

Sehingga kini, negeri-negeri berikut telah dihadiri oleh pegawai:-
-Johor
-Negeri Sembilan
-Selangor
-Kedah
-Terengganu
-Pahang
-Sabah
-Perlis dan Melaka (pernah ada pegawai)


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)