Ini adalah iklan buat seluruh umat Islam terutama mereka yang menetap di negeri Johor Darul Takzim. Barangkali ada yang masih tidak ketahuan bahawa Saham Wakaf Johor bagi membeli Asrama Pelajar Johor di Mesir telah dibuka seluas-luasnya oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor. Oleh yang demikian, sebagai umat Islam marilah sama-sama kita membantu untuk beramal jariah.
Bangunan ini bakal dirasmikan oleh Tengku Mahkota Johor pada akhir Februari ini.
Maklumat ini boleh didapati di laman web MAIJ
KONSEP SAHAM WAKAF JOHOR
“SAHAM WAKAF JOHOR” merupakan satu skim di mana masyarakat Islam membeli saham dengan harga RM10 seunit daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor. Seterusnya mewakafkan Saham tersebut kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor dengan tujuan manfaatnya diberikan kepada umat Islam.Skim ini dilancarkan berasaskan kepada penghayatan terhadap sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud
“Apabila matinya anak adam terputuslah
amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah (harta yang diwakafkannya),
ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakanya.”
Hadis riwayat Muslim
PEMBELIAN SEBUAH BANGUNAN
ASRAMA 6 TINGKAT DI KAHERAH MESIR
Majlis Agama Islam Negeri Johor menyeru seluruh kaum muslimin di Negeri ini untuk beramal jariah dengan RM10.Hasil penyertaan tuan/puan akan di sumbangkan bagi pembelian sebuah bangunan asrama 6 tingkat di Kaherah bagi tujuan dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar yang menuntut di Universiti Al-Azhar.
Lokasi Bangunan yang dicadangkan ini terletak di :
No. 53 Mohamed Masdur Street,
El-Hayyu Al-Awwal,Madinat Nasr, Kaherah,
Arab Republic Of Egypt.
PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATAN
Setiap penyertaan kepada Skim Saham Wakaf Johor akan melayakkan peserta menerima pengecualian di bawah “Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.
( No. Rujukan: JHDN.01/35/42/51/179-93-97 ).
Semoga amal jariah tuan/puan ini di berkati dan dirahmati Allah, Amin
Untuk keterangan / taklimat Saham Wakaf Johor di tempat anda, sila hubungi kaunter Majlis Agama Islam Negeri Johor di setiap daerah yang berhampiran.
Penyertaan boleh dibuat dimana-mana Pejabat Agama Daerah di Negeri Johor
Ulasan