Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2008

Siapa Yang Salah?

(Suatu sorotan untuk 'teman') Saya dihujum dengan pelbagai salah tanggap negatif. Ya benar! Walaupun saya sudah tahu siapakah mereka 'teman' dan seangkatan dengan mereka. Pertama kali, biarlah saya memohon maaf jika ada yang terasa tentang perkara-perkara yang saya maklumkan itu. Wah! Sungguh mudah menjadi seorang penulis. Pertama, dikenali ramai dengan tulisannya. Benarlah kata-kata yang pernah saya dengar dari penulis-penulis sebelum ini, seseorang itu akan dikenali kerana karya-karyanya. Walaupun begitu, saya bukanlah layak digolongkan dengan kaum sejenis dengan mereka itu. SYEIKH Idris Marbawi terkenal kerana Kamus Marbawinya. Begitu juga tokoh-tokoh yang lain. Walaupun kita tidak sempat bertemu dengan mereka, tentunya karya mereka kita akan baca. Saudara saudari yang budiman, Tentunya saya tertampar dengan hujuman tidak berasas. Orang mengatakan saya anti-Niqab? Ya! Tentunya fakta ini benar bagi mereka yang tidak memahami konsep penulisan saya. Langsung sahaja saya

Mentafsir Pengalaman

Mungkin jarang-jarang dapat menjamah 'pizza'. Tetapi itu lumrah. Mahu basah-basahkan tekak yang kering dengan cuaca musim dingin yang sudah mahu berlalu pergi. Justeru, kelapangan ini dipenuhkan dengan meratah-ratah makanan yang sihat. Selesai. II Tentunya dalam kesibukan yang terbantut ini, masa dan pelbagai keadaan sering sahaja menghantui. Kita disibukkan dengan pelbagai acara dan program. Tetapi itu sudah jadi rutin kehidupan kita. Ini semua percaturan yang besar. Masa tidak menunggu kita, tetapi kita yang harus menghargai masa. Kesimpulannya begini, mereka sudah FAHAM kehendak saya yang entah apa-apa. Bagus! Kalau sudah faham laksanakan. Jika tidak, ada isu lagi panas saya akan lontarkan di dalam web-web rasmi. Mari sama-sama kita memohon ke hadrat Ilahi agar kita mampu menjadi manusia yang memahami dah difahami. Bahagia itu lahir dari hati. Justeru, kenalkanlah hati kita pada insan-insan yang lain. (Mereka yang tidak faham artikel ini, tinggalkan sahaja)

Jalan-Jalan Menuju Peperiksaan

Perpustakaan Iskandariah! Berapa ramai sudah menjamahnya? PEPERIKSAAN kita akan menjelang. Ya! Bukan lebih tiga bulan. Tetapi hanya berbaki sebulan lagi. Sedari itu, berapa banyak masa kita yang sudah dihabiskan dengan mengulang kaji pelajaran atau membuka diskusi bersama rakan-rakan. Kita ada masa yang terlalu singkat. Pagi, petang dan malam. Kita juga semestinya banyak bermain daripada belajar. Aduh! Kita masih leka dengan masa. Mungkin sahaja natijah peperiksaan nanti kita yang bertanggungjawab atas segalanya. Kita-kita-kita. Nanti, kita juga akan membawa nama. Yang baik-yang buruk. Orang-orang semua beranggapan kita tidak belajar. Mungkin sahaja kenyataan ini benar. Ada yang menemplak kita langsung tidka pernah ke kuliah. Ya! Mungkin sahaja fakta ini juga ada benarnya. Tetapi, kita juga punya maruah. Kita ada rasa terkilan dengan orang-orang ini. Tetapi, bukankah itu semua salah kita? Kita masih tidak adil pada diri. Masa kita buang begitu sahaja. Borak- bersembang- jenaka- hi- hu-

PMRAM Harus Bangunkan Modal Insan Yang Terancang

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir yang telah memulakan sesi pentadbirannya pada 11 April 1930 memerlukan satu anjakan yang besar untuk generasi muda pada hari ini. Selepas 78 tahun bertapak di bumi Mesir tentunya PMRAM bersedia untuk memecahkan minda mahasiswa Al-Azhar pada hari ini yang dianggap klise. Sedari awal, kepimpinan memainkan peranan penting di dalam mencorakkan pentadbiran yang didasari dengan garis panduan membentuk peribadi. Mahasiswa Al-Azhar perlu dilatih sebagai seorang pendakwah Islam yang mempunyai nilai-nilai sosial yang besar agar suatu masa nanti mereka tidak akan tumbang meredah kemajuan zaman dan teknologi. Seharusnya usaha ini harus dibantu dan disokong oleh ahli PMRAM yang berada di Kaherah mahupun di cawangan-cawangan yang berada di sekitar Mesir. Saudara-saudari sekalian, Usaha PMRAM membawa perubahan ini jelas terbukti apabila Naib Presiden I PMRAM memundak jawatan Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan. Jawatan ini dianggap serius kerana mahasiswa Al-Az

PMRAM 2008 : Membawa Gelombang Pendidikan Terancang

Mahasiswa seharusnya merubah kepada hasrat keinginan yang melampau. Sikap ingin mendalami dan ingin mencari sesuatu merupakan sifat yang seharusnya dicanai oleh semua mahasiswa Al-Azhar pada masa kini. Ulama-ulama zaman silam sudah terbukti lahir sebagai pejuang yang terus beramanah mendaulatkan ilmu. Justeru, sebagai mahasiswa Islam abad ini, sikap ini merupakan tauladan yang seharusnya dijadikan contoh. PMRAM 2008 meneruskan misi dengan meletakkan harapan bahawa ahli sentiasa peka terhadap perkembangan nilai ilmu sama ada yang dibentuk daripada teori pendidikan ataupun latihan yang berterusan. Amanah mendalami sebanyak mungkin ilmu yang ada di dunia ini merupakan tanggungjawab yang besar dan harus dipikul bersama. Tema JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH adalah kunci besar utama yang perlu difahami dengan jelas oleh semua ahli. Usah membelakangkan amanah besar ini. Belajar dan terus belajar. TAMBAHAN Struktur Organisasi Kepimpinan PMRAM sesi 2008 (bermula 22 Mac 2008) Presiden (Pengerusi

Kusiram-siram Kemboja Indah

Detiknya sudah pasti. Esok, akan berlangsungnya Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-75 di Dewan Nadi Riadhi, Hayyu Sadis, berhadapan Universiti Al-Azhar, Madinah Nasr, Kaherah. Beberapa hari yang terakhir ini merakamkan gundah gulana di dalam diri sendiri. Ripuh yang seakan-akan hilang sedikit demi sedikit ini belum tentu terpadam dengan rasa rendah diri kita selaku insan yang bergelar pemimpin. Bukan rasa taklifan yang tidak terlunas, tetapi ada satu rasa tidak percaya bahawa dua penggal pentadbiran sudah ditamatkan. Rasa kekok membelah diri. Apakah nanti PMRAM akan datang bakal diwarnai dengan seribu satu warna-warna kebangkitan semangat seperti zaman-zaman lampau. Pentadbiran kian berubah. Yang kekal tetap akan meneraju kepimpinan, dan yang akan meninggalkan PMRAM tentunya terdetik dijiwa akan kepiluan melepaskan pentadbiran. Saya kurang pasti, apakah ayat terbaik mahu saya lakarkan. Dan, paling penting yang saya perlu maklumkan bahawa nyawa kita sememangnya tidak sama. Jiwa kita juga tid

Ahli Tidak Kenal Pimpinan : Siapa Yang Berhak Dipersalahkan?

Asas Kita Adalah Membaca Oleh : typeace SAYA kurang pasti berapa peratus nilai kepentingan masalah ini dipersembahkan. Adakah ia sekadar satu luahan atau satu untaian kata-kata yang tidak bermakna. Justeru, sedari awal saya tidak suka menghangatkan bicara dengan menemplak kepada mereka-mereka yang tidak bersalah. Ini bermakna sebenarnya kedua-dua di antara mereka bersalah. Baik. Izinkan saya melanjutkan bicara. Secara kasar, persoalan ini mungkin juga dianggap menarik. Mengapa? Hal ini terjadi ekoran desakan secara peribadi memaksa saya mencernakan pemikiran untuk mengumpul segala fakta yang benar. Ini kerana suatu hakikat yang perlu difahami adalah kita sebagai manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan. Baik di peringkat pemerintah ataupun yang diperintah. Pertama, ada suara-suara ahli yang berkata, "Saya tidak kenal pimpinan." Elok sahaja soalan ini tidak dijawab. Kerana, hal mengetahui bukanlah kepada pemimpin. Tetapi perkara ini perlu diambil berat oleh ahli. Saya m

Persiapan Terakhir

SAYA dan kawan-kawan barisan kepimpinan sesi 2007 sedang bersiap sedia mengemaskan meja pentadbiran masing-masing. Sistem pemfailan dibukukan untuk generasi mendatang, bahan-bahan rujukan yang perlu dikemaskini dan banyak lagi tugas yang terpaksa dilaksanakan menjelang Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-75 yang akan berlangsung pada 19 Mac ini. Lumrah. Setahun perjalanan tanpa noktah dengan pelbagai dugaan, cabaran dan rintangan khususnya secara peribadi menjadikan saya lebih yakin dan percaya bahawa adik-adik bakal menggalasi tugas yang berat ini pada sesi mendatang. Apapun, sedari awal saya masih akan tetap membantu pentadbiran walaupun susah senang bekerja di dalam organisasi yang tertua ini. Inilah fenomena yang harus diterima. Pertukaran kerusi kepimpinan tidak bermakna yang bertukar tidak hebat dan begitulah sebaliknya. Apapun yang pasti, saya mendoakan usaha yang kita lakukan selama ini akan mendatangkan kebaikan kepada kita bersama. Siapakah yang bakal menduduki takhta Setiausaha Ag

Kekalahan BN Dalam Pilihanraya : Satu Kajian Peribadi

GELORA pilihanraya masih ada bahangnya. Di sana sini sibuk berceritera tentang kebaikan dan keburukan pilihanraya. Sama ada ianya berhasil positif atau negatif, telahan itu dibawa kepada semua pengundi. Kesepakatan yang ditunjukkan oleh semua pengundi maka terilhamlah sudah lima buah negeri menjadi milik Barisan Alternatif. Suka atau tidak, itu kehendaknya. Walaupun ada suara-suara rajin yang melirik bahawa masih ada kedapatan 'pengundi hantu' di dalam pilihanraya, namun itu semua harus diketepikan. Apa jua yang perdebatan yang menghangatkan tinggalkanlah ketepi. Yang utama, kerajaan yang sudah dibentuk harus berdiri kukuh dan menunaikan amanah rakyat dengan model baharu. (jika kerajaan yang diperintah oleh orang baharu) Kekalahan BN di dalam pilihanraya menjadi bual bicara sebahagian mahasiswa. Sama ada sedar atau tidak, remaja yang sudah menginjak usia ke 20 tahun ke atas sudah ghairah memikirkan tentang politik negara. Tidak adil sekiranya remaja juga tidak dibenarkan berce

PILIHANRAYA KE-12 : Antara Pahit dan Manis

SELESAI sudah keputusan pilihanraya ke-12 yang menyaksikan pertarungan sengit di antara pihak Barisan Nasional dan Barisan Alternatif. Tentunya impian BA merampas beberapa buah negeri menjadi kenyataan sementelah yang difikirkan tidak sebegitu. Terduduk sebentar Pak Lah di atas kerusi sofa yang kematu. Mungkin juga memikirkan masa depan Barisan Nasional. Namun, sebagai manusia biasa, saya yakin dan percaya Pak Lah juga banyak 'menginsafi' diri terhadap kezaliman-kezaliman peribadi atau kekurangan diri. Akur dengan pilihan pengundi yang mahukan kerajaan adil dan beramanah. Secara peribadi, tokoh-tokoh Islam Hadhari yang dijual oleh Pak Lah kurang menjadi untuk PRU kali ini. Multaqa Islam Hadhari juga yang dianggap sebagai salah satu momentum kepada kerajaan Islam Hadhari yang diharapkan oleh UMNO juga serba sedikit merencatkan tektik Pak Lah. Apa yang penting media cetak mahupun media televisyen 'kerajaan' akan berhenti mengulas isu-isu pro-pro-pro kerana tekanan

Amanah Penulisan

REALITI yang berlaku hari ini adalah sesuatu yang benar. Selaku kepimpinan di pusat (PMRAM) saya meninjau bahawa Kelantan adalah di antara negeri yang aktif di dalam penghasilan majalah ataupun buletin. Dengan berbekalkan semangat dan iltizam memanjang saya kira, hasil karya melalui Buletin An-Naba, Suara Kampus Edisi Kelantan (SKEK) dan beberapa lagi penerbitan berjalan dengan baik dan sempurna. Ustaz A Ubaidillah Alias (senior kita) telah pun menerbitkan novel keduanya di PTS Publication. Ia berjudul 'Warkah Cinta Berbau Syurga'. Saya belum mendapatkan lagi novel terbaharu ini. Mungkin saya jika ada kesempatan nanti, mahu sahaja saya peroleh dari penulis sendiri. Mereka yang berada di Mesir tentunya akan mendapatkan novel ini kerana ianya berlatarkan Mesir. Perjuangan KPKM, BKASM dan PMRAM dilakarkan dalam novel ini. Kurang pasti sejauh mana kebenarannya kerana saya masih belum membacanya.

Program Di Waktu Kuliah : Ahli Salahkan Kepimpinan PMRAM?

Berapa banyak sangat program yang dilakukan oleh PMRAM selepas sesi semester kedua? Jika mahu dihitung dengan jari, program DPM dan BKAN lebih belambak. Ini belum termasuk dengan program-program bersifat "Hari Keluarga", "Bazar", "Forum Mahasiswa" dan bermacam-macam lagi yang tidak terjangkau akal fikiran. Benar! Tidak dapat dinafikan, PMRAM mengadakan program pada hari kuliah. Itupun bukan program menyeluruh dan melibatkan penguasaan yang terlalu ramai. Jika mahu dihitung, saya lemparkan pandangan kepada BKAN mahupun DPM yang berlumba-lumba mengadakan program. Yang pelik, apabila di'tuduh' mereka berlumba-lumba membuat program, mereka tidak mahu pula mengaku. Malah mereka sendiri mengatakan, semua itu program PMRAM. Wah, perbandingan ini jelas membuktikan bahawa istilah "KITA PMRAM" hanya bermain-main di dalam gusi dan rahang mulut sahaja sedangkan perkara yang realitinya tidak terungkap di dalam hati. Sedari maklum, saya sudah basi den

Motivasi Diri dengan Berfikir

memang sukar menyediakan modul pemikiran untuk para pelajar (Program Kem Ihya Ramadan - Savannah Hill, Ulu Tiram, Johor 2007) Jenis-Jenis Kemahiran Berfikir Apakah komponen utama kemahiran berfikir (KB)? Komponen utama KBKK: * Berfikir secara kritis, * Berfikir secara kreatif. Apakah kemahiran berfikir secara kritis? KB secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti. Apakah kemahiran berfikir secara kreatif? Kecekapan menggunakan minda untuk: * menjana dan menghasilkan idea, * mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan. * menerokai dan mencari makna , pemahaman dan penyelesaian masalah seacara inovatif. Apakah contoh-contoh kemahiran berfikir bagi setiap komponen itu? Co

Bahasa Pilihanraya

Kuliah Syariah yang sudah lama tidak dikunjungi "Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melancarkan manifesto Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yang diyakini mampu meningkatkan peranannya sebagai hab logistik pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (Koridor Utara)." (Dipetik daripada keratan berita 1) "Datuk Seri Najib Tun Razak meminta pengundi Cina memilih calon Barisan Nasional (BN) kerana hanya parti itu yang mampu mengekalkan pertumbuhan ekonomi pesat di Pulau Pinang dan di seluruh negara." (Dipetik daripada keratan berita 2) "Pas tidak perlu terus menimbulkan isu pengundi hantu kerana rakyat masih belum lupa tentang dakwaan 'pengundi mati' pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir yang terbukti sebagai satu pembohongan." "Beliau menegaskan, justeru taktik Pas yang terus menimbulkan kesangsian terhadap proses pilihan raya tidak ubah sebagai hanya mempersiapkan alasan kepada penyokong sekiranya kalah di samping m

Filem Ayat-Ayat Cinta Membosankan

Semalam, saya menyudahkan tayangan Filem Ayat-Ayat Cinta yang diadaptasi melalui karya novel Ayat-Ayat Cinta, tulisan Habiburrahman EL Shierazy. Sungguh geram di hati. Maksud dan penilaian penulis saya kira langsung tidak sampai kepada maksudnya. Lihatlah beberapa plot-plot cerita yang kelam-kabut di samping mereka yang tidak gagah membaca novel langsung sahaja tidak mengetahui cerita ini dengan baik. Mungkin saya boleh beranggapan bahawa pengarah filem seakan-akan berangan-angan tinggi untuk menghasilkan filem yang terbaik berdasarkan jualan novel yang best-seller, namun segalanya meleset. Benar! Novel Ayat-Ayat Cinta bukanlah menggunakan sastera tinggi. Ianya jauh sekali berbeza dengan penulisan tokoh sasterawan negara seperti A. Samad Said, Shahnon Ahmad, S. Othman Kelantan, dan bermacam-macam lagi. Mungkin juga 'sastera pop Islami' ini keterasingan di dalam mendapat tempat bagi menggayakan penulisan novel yang baik. Sementelah itu, saya hanya seorang yang mampu berbicara so