Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Wednesday, January 30, 2008

AKTIVITI TERKINI : KEM PENULISAN MESIR

Kem Latihan Penulis PMRAM akan mengadakan program Pengurusan Suara Kampus dan Diskusi Antologi Cinta dan Rona Kinanah seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 2 dan 3 Februari 2008 (Sabtu dan Ahad)

Tempat : Asrama Pelajar Johor, Hayyu Thamin, Kaherah.

Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang

Kepada semua peserta yang ingin menyertai, sila hantarkan NAMA, NO IC dan BKAN/DPM ke pmram30@yahoo.com atau hewipmram55@yahoo.com

Atau buat pendaftaran anda kepada Ketua Unit Penerangan dan Penerbitan BKAN dan DPM masing-masing.

Wassalam


Monday, January 28, 2008

Happy Birthday My Mum


Hari ini merupakan ulangtahun kelahiran bonda yang ke-44. Moga-moga dipanjangkan umur dan diluaskan rezekinya.

"tak terbalas jasamu...
berkorban jiwa raga"

"kami anak-anakmu...ingin memohon restu...
wahai ibuku wahai ayahku ampunkan dosa-dosaku...
wahai ibuku wahai ayahku redhakan akan diriku..."

"tabahnya... melayani kenakalan anakmu...
dari kecil hingga dewasa"

"Kasihanilah Tuhan...ibu yang telah melahirkan diriku...
bagaikan kasih ibu...sewaktu kecilku..."


Friday, January 25, 2008

PMRAM 2008 : Sudah Bersedia!

Anak-Anak Damanhur

Jika kini di Malaysia, semua kerusi DUN dan Parlimen sudah sibuk difikirkan oleh badan pilihanraya daripada BN, PAS, PKR, DAP, BEBAS dan lain-lain. Di Mesir, lain pula terjadi. Pengagihan kerusi kepimpinan PMRAM sesi 2008 telah pun dibahagikan.

Daripada satu sudut yang benar, ianya seakan-akan memberikan gambaran bahawa persediaan ke arah Muktamar Sanawi PMRAM ke-75 telah pun hampir. Dan, insya-Allah jika tiada perubahan, PMRAM akan bertukar kepimpinan pada bulan Mac nanti.

Tarikhnya? Masih belum dapat diputuskan. Namun, ada desas-desus mengatakan bahawa muktamar tahun ini akan diadakan pada minggu BKAN. Kesahihannya, masih belum lagi dapat diputuskan.

Tempat dan lokasi pilihan untuk mengadakan muktamar juga masih lagi menjadi tanda-tanya. Penganjuran program selama dua tahun di Nadi Riadhi, Madinah Nasr menunjukkan ada yang kurang bersetuju dan ada pula langsung yang terpaksa menerimanya. Mengapa?

Namun, jika tidak ada lagi lokasi yang munasabah, di mana lagi tempat pengajurannya? Adakah perwakilan sanggup membayar LE 50.00 seorang semata-mata untuk menghadiri muktamar?

Perkara ini sewajarnya difikirkan oleh semua pihak. Saya mencadangkan ada buah fikir daripada sesiapa sahaja yang boleh memberikan bantuan ini. Saya sudah berpengalaman sebagai pengarah mukmatar pada tahun lalu. Cukup perit sebenarnya di dalam mencari lokasi. Yang penting, tempatnya harus di Kaherah. Jika tempat itu baik dan selesa bagi anda, tiada salahnya menjadi pencadang tetap kepada PMRAM.

Saudara,

Kepimpinan akan datang adalah kepimpinan muda. Justeru, saya memohon agar kita selaku ahli PMRAM sewajarnya memikirkan di manakah kita wajar meletakkan generasi pewaris ini sebagai model utama di dalam menggerakkan misi dan visi ke arah kecemerlangan sebuah persatuan.

Anda semua sudah 'tidak sanggup' mahu ditaklifkan. Justeru, apa salahnya kita membantu.

Kerusi presiden sesi mendatang telah pun diketahui. Namun, siapakah yang akan merasai pintu Majlis Presiden yang lain? Timbalan Presiden? Naib Presiden 1? Nain Presiden 2? Yang penting, pembahagian telah pun dibahagikan dengan baik dan saksama. Cuma, kita wajar menantikan siapakah yang akan mengisi kekosongan itu nanti.

Nota:
Akan ada kejutan untuk pentadbiran sesi mendatang. Itu janji saya!

Thursday, January 24, 2008

Keadilan Untuk Penulis

Karya Ibnu Sina yang diteladani sehingga ke hari ini

29 Mei yang dinobatkan sebagai Hari Seniman adalah keadilan yang merupakan anugerah kepada semua anak seni. Ini termasuklah karyawan, budayawan, penulis, pelukis, dan semua yang berkaitan dengan dunia seni. Penghargaan ini jelas membuktikan YB Dato Seri Dr. Rais Yatim selaku Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia berkerja untuk kementeriannya.

Namun, daripada sudut yang lain ada nilai murni yang diharapkan tidak menjadi. Lihat sahaja daripada beberapa peruntukan yang sepatutnya dibelanjakan secara adil tidak dapat diberikan sewajarnya. Malah, adalah lebih malang industri hiburan tanah air merupakan taburan peratus tertinggi yang diperuntukkan oleh pihak yang bertanggungjawab di dalam melahirkan 'ulama-ulama neraka' pada hari ini.

Ini jelas dibuktikan apabila Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang memperuntukkan sebanyak RM 1.5 juta untuk dibelanjakan bagi mengiktiraf program tersebut. Malah, penganjuran ini menunjukkan bahawa nilai seni tidak berlaku secara saksama daripada satu bentuk seni kepada satu bentuk seni yang lain.

Cubaan ini saya buktikan apabila melihat beberapa anugerah yang diberikan kepada penggiat seni tanah air. Rentetan daripada Anugerah Skrin TV3, Festival Filem Malaysia, dan beberapa anugerah lagi yang semata-mata mem'beranak' kan lagi anak-anak hingusan dijalanan.

Malah daripada beberapa pemikiran yang cuba dicanang oleh media ini, saya kira cukup 'dangkal' penulis skrip popular mudah-mudah saja mencuat menerima anugerah. Dan, tiada satu unsur pun yang boleh dikira baik dan mampu diteladani daripada penganugerahan itu.

Adalah malang, sebagai negara yang makmur (bukan kuih makmur) melahirkan kader-kader neraka semata-mata.

Saya yakin dengan tanggungjawab dan amanah yang terpikul oleh individu yang bergelar insan yang bertanggungjawab masalah ini mampu diselesaikan dengan baik dan saksama.

Justeru, saya mencadangkan agar pihak-pihak swastwa khususnya marilah sama-sama membantu pendidikan sastera dan penulisan kita demi melahirkan karya yang bermutu dan bukan semata-mata karya popular.

Saya tidak mahu lagi bergelar Sasterawan Negara - A. Samad Said


Akhbar Utusan Malaysia, Khamis 24 Januari 2008

“SAYA kini mantan Sasterawan Negara dan tidak mahu lagi menggunakan gelaran tersebut. Saya juga tidak akan menerima sebarang jemputan ceramah atau program berkaitan Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Komsas).

“Mungkin saya lebih selesa bergerak atas nama individu dalam kegiatan-kegiatan sastera dan jika ada jemputan, lebih baik atas nama peribadi,’’ kata Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.

Beliau menegaskan, tindakan tersebut merupakan aksi demi masa depan generasi sastera dan dunia kreatif di negara ini yang kelihatan semakin terpinggir.

Ia berkaitan dengan desas-desus terbaru bahawa karya-karya Sasterawan Negara dan penerima Anugerah Penulisan SEA (SEA Write Award) tidak akan tersenarai sebagai buku yang dicadangkan untuk teks baru Komsas bagi sekolah menengah yang disemak semula dan dijangka digunakan pada 2010.

Selain itu, semakan tersebut juga tidak menyenaraikan puisi, cerpen, novel dan drama dari pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM), hadiah sastera peringkat negeri dan swasta.

Kementerian Pelajaran telah mengumumkan baru-baru ini untuk menukar teks sastera sekolah dengan novel-novel remaja popular seperti karya Ahadiat Akashah.

Antara alasan yang dikemukakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran ialah sebahagian teks sedia ada terlalu berat dan tidak sesuai untuk pelajar di peringkat sekolah menengah.

Sebaliknya, karya-karya popular yang banyak beredar di pasaran tempatan hari ini dapat mengurangkan tekanan dan kebosanan yang dihadapi oleh pelajar.

Hingga kini antara pengarang karya popular yang disenaraikan ialah Ahadiat Akashah, Zaid Akhtar (Mohamad Yazid Abdul Majid) dan Sharifah Abu Salem.

Tersebar

“Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kata, perkara ini (tidak menyenaraikan karya Sasterawan Negara) belum diputuskan dan belum muktamad lagi tapi ia telah tersebar.

“Sebagai tindak balas (tidak menyenaraikan karya Sasterawan Negara), saya ada aksi dan tindakan sendiri. Saya tidak akan benarkan ia berlaku begitu sahaja, demi masa depan sastera tanah air,’’ tambah beliau.

Ketika meluahkan perkara tersebut di majlis baca puisi dan naskhah Kata Suara di Galeri RA, Kuala Lumpur baru-baru ini, A. Samad turut menegaskan para pengarang mesti berani mempertahankan hak mereka.

Dalam erti kata lain, seseorang pengarang tidak hanya tahu menulis tetapi juga berani bersuara tentang masa depan bangsa serta negaranya sama ada melalui karya kreatif atau sebaliknya.

Beliau sebagai pengarang yang lebih empat dekad bergelumang dengan dunia kreatif berpendapat, pemilihan karya-karya picisan sebagai sesuatu yang cukup berbahaya kepada pembentukan generasi baru.

Di satu sisi, penggunaan bahasa Melayu yang bersifat rojak (di selang-seli dengan bahasa Inggeris) dan beberapa istilah bahasa pasar dikhuatiri bakal meminggirkan bahasa itu.

Di sisi lain, mesej-mesej `remaja’ yang dimuatkan dalam karya-karya tersebut mungkin akan memberi impak negatif kepada para pelajar sekolah.

Kita tidak tahu, sejauh mana merajuknya A. Samad tentang peminggiran karya Sasterawan Negara, penerima SEA Write Award dan pemenang HSPM tersebut. Namun, nada suara kecewa dan sedih yang dilontarkan pada majlis tersebut cukup untuk menjawabnya.

Sementara itu, program sulung Kata Suara tersebut menghadirkan penyair, penyanyi lagu puisi dan penulis blog daripada pelbagai kaum serta latar belakang kerjaya.

Seperti yang diungkapkan oleh Pengarah Galeri RA, program bulanan tersebut bertujuan memberi peluang untuk semua penulis menonjolkan kebolehan masing-masing.

Pada majlis tersebut, penulis Fazli Ibrahim membaca eseinya yang mengisahkan pengembaraan ke Kaherah, Mesir yang turut menemukan jejak-jejak kepengarangan pengarang besar negara itu, Naquib Mahfouz.

Patricia Low pula membaca puisi dan naskhah monolog Durian yang mengutarakan kritikan sosial terhadap pihak tertentu yang terlalu memikirkan nama dan status.

Dalam pada itu, Rahmat Harun pula menyanyikan lagu puisi Hari-hari Adalah Assyura, Mana-mana Adalah Karbala dan Blues Naik Minyak manakala Haris Zulkapli pula membaca esei The World According to Rock Star dan sebuah lagi esei tentang kritik sosial.

Pada majlis tersebut, Ted Mahsun membaca sebuah cerpen berbahasa Inggeris yang mengangkat tema kedai kopi dan Sungai Rokam, Perak.

A. Samad Said ‘menutup’ majlis tersebut dengan membaca puisinya Suara Dari Dinding Madrasah yang mengangkat tema tentang isu sekolah-sekolah agama di negara ini.

Wednesday, January 23, 2008

Cairo International Book Fair CIBF 2008


Check-list of CIBF 2008

Ma'arad Kitab akan berlangsung mulai hari ini (23 Januari hingga 4 Februari) nanti. Tahun ini, masuk tahun ke-4 saya menghadiri pesta buku seperti tahun-tahun lalu.

Keseronokan hadir ke Pesta Buku Antarabangsa Kaherah ini sememangnya dirasai oleh sebahagian mahasiswa di bumi Mesir ini.

Teringat lagi, semasa tahun satu dahulu saya membelanjakan lebih daripada RM 1,000 untuk membeli buku-buku di sana. Dan kini, setelah 4 tahun bermukim di Mesir, keperluan itu sudah saya tinggalkan sedikit demi sedikit. Paling kurang pun, setidak-tidaknya saya akan membelanjakan sekitar LE200 ke LE300 sahaja.

Sedangpun begitu, ada ramai teman-teman masih mengatakan pada saya, ada lagi kitab-kitab muktabar yang saya belum beli. Benar! Kitab-kitab pun bukannya semua murah!

Dan, pada kesempatan ini suka saya cadangkan beberapa perkara yang perlu difikirkan sebelum anda ke pesta buku tersebut.

1. Pastikan anda menulis buku apa yang ingin anda beli.

Sebagaimana anda ke supermarket membeli belah, begitu juga di sini. Anda haruslah menulis tajuk-tajuk buku yang anda inginkan. Contoh: Minhaj Tolibin, Imam Nawawi. Anda juga perlu tahu bahawa pesta buku ini bukan pesta buku yang kecil. Ia seperti pesta buku dunia kerana menghimpunkan lebih daripada 200 buah syarikat buku di seluruh negara.

Pengalaman saya beberapa tahun yang lalu, saya jarang-jarang dapat menghabiskan semua "Hall Exhibition" dalam masa sehari. Paling tidak ia memakan masa sehingga 4 atau 5 hari barulah anda akan sempurna sebagai seorang pelajar yang mahu belajar.

2. Kenalpasti nama 'Syarikat Penerbitan'

Usah sesuka hati membeli buku di sana. Sememangnya anda akan rambang mata apabila melihat ada beberapa syarikat yang menawarkan harga buku yang jauh lebih murah. Usah lihat pada nama syarikatnya, namun lihatlah pada isi kandungan buku tersebut.

Anda perlu kenal Ibn Baz, Al-Uthaimin, dan beberapa tokoh ulama Wahabi. Usah sesekali menjadikan buku ini sebagai metod pembacaan anda.

Di Pesta Buku Antarabangsa ini juga, anda sewajarnya berhati-hati dengan teknik kotor sebahagian penjual yang mengenakan harga mengikut hari. Contoh: Hari ini anda datang membeli buku tersebut dengan harga LE30.00. Esok, apabila anda datang sekali lagi, dan bertanya berapa harganya, penjual akan mengatakan LE 50.00. Wah! Bijak sungguh si penjual menipu.

Kemudian, dari satu sudut yang lain, anda perlu memastikan bahawa si penjual akan menjual harga yang mahal ketika pengunjung ramai. Oleh yang demikian, usah berfikir-fikir lagi, undur saja daripada balapan itu. Mampir ke kedai yang lain.

3. Beli kerana anda tahu itu sebuah buku.

Ramai orang membeli buku tetapi tidak ada tujuan. Alasannya, 'saya lihat abang-abang senior beli buku ini'. Usah mencari helah. Beli buku yang anda tahu bahawa ia adalah sebuah buku yang ilmiah dan ditulis oleh orang yang ilmiah juga.

4. Datanglah ke pesta buku lebih daripada tiga kali.

Usah memporak perandakan diri anda dengan hanya datang sehari sahaja. Lakukan yang terbaik untuk diri anda. Anda seorang pembaca cemerlang.

5. Dapatkan bahan-bahan yang bermutu.

Belilah buku bahasa Inggeris dan majalah-majalah ilmiah yang murah untuk anda. Manfaatkan masa anda juga dengan membaca.

Mulahazah

Saya meletakkan fikiran saya terlalu jauh. Mengapa saya jarang bertemu dengan syarikat daripada Malaysia menjual bukunya di Pesta Buku Antarabangsa ini. Namun, ada kawan-kawan berkata, saya masih belum dapat mengesani!


Tuesday, January 22, 2008

Seorang Anak Murid


Seorang anak murid,
yang lelucon bicaranya dari ufuk senja

bijak mentafsir setiap perilaku gurunya

menghentam atma yang tersayat daripada tinta sukma

ketika wayu menyanyi girang.


Seorang anak murid,

tampak walang

dengan watak sepinggan senyuman secawan keriuhan

tanpa genggam pedih
menyorot naluri-naluri mesra

di sebuah sekolah.


Seorang anak murid,

menjamah rezekinya dari pagi hingga tengah hari, hingga

muazzin mendayu-dayu menyeru di corong masjid

membatu dikau dengan tas-tas tanganmu

untuk merabak buku.


Seorang anak murid,

petani kecil yang menanggung beban
menyara keluarga tatkala dewasa

mengepong batas fikir adik-adik mereka, gagah
menghenyak membalun diri, terhempas

untuk segulung sijil keraian.


Seorang anak murid,

tidak berharga tanpa doa daripada

guru yang setia.


Masakin Uthman,
Mustafa Nuhas,
Kaherah, Mesir

Januari 2008

Sunday, January 20, 2008

Sekilas SMA Kerajaan Johor, Kluang


(1998 - 2002)

Sedar tidak sedar, saya sudah lebih lima tahun meninggalkan Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang. Justeru, pengalaman sebagai seorang pelajar yang berada di sana selama lima tahun banyak mematangkan saya tentang erti seorang mahasiswa pada hari ini.

Tahniah kepada pentadbiran sekolah yang masih kukuh di bawah Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Johor. Moga-moga usaha pihak Kementerian Pelajaran Malaysia ingin menjadikan sekolah saya sebagai sekolah kementerian belum lagi terlaksana.

Dan, dengar daripada seorang 'bonda' yang masih berada di sana, sistem pentadbiran telah pun berubah. Tahniah kepada guru-guru saya yang dinaikkan pangkat ke sektor lain pula. Saya doakan agar suatu hari nanti kami pula akan menyusul mengisi kekosongan di sana.

Pentadbiran Terkini

Pengetua
Ustaz Maskon bin Kadan (guru matapelajaran Tafsir semasa saya di Tingkatan 2)

Guru Penolong Kanan 1
Puan Yatimah bt Subni (guru matapelajaran Sains semasa saya di Tingkatan 4)
- terima kasih cikgu kerana menghantar saya mewakili sekolah ke Kem Sains di Sekolah Menengah Tinggi Kluang (STK Kluang)

Guru Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid)
Encik Engku Muda bin Engku Musa (guru matapelajaran Matematik semasa saya di Tingkatan 5)

Guru Penolong Kanan (Ko-Kurikulum)
Ustazah Masyitah bte Abdul Rahman (guru Tingkatan 5 Arabi yang banyak membantu semasa kami di Tingkatan 5) - saya Ketua Tingkatan ketika itu.

Dan, tahniah juga kepada guru-guru saya yang lain.

Ustaz Suliman bin Dumang - ke Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Johor
Ustaz Nasir bin Abdul Wahid - ke Pegawai Pendidikan Agama Daerah Batu Pahat

Tambahan:-

Teringat kepada ayah saya sendiri yang pernah berada di Jabatan Pelajaran Johor pada tahun 2006. Sememangnya, duduk di kerusi empuk bukan menjamin keselesaan kita.

Akur!


Parti Mahasiswa Negara - Layakkah Budak-Budak Jadi Pemimpin


Parti Mahasiswa Negara (PMN) yang berangan-angan untuk menjadi ahli politik untuk Pilihanraya Umum (PRU) kali ke-12 akan terus tetap meneruskan misi tersebut. Hal ini diakui oleh beberapa sumber berita yang diperoleh - memaksa beberapa pihak (baca: saya) mempertahankan agar ia tidak diteruskan.

Beberapa hari yang lalu, apabila saya bersama-sama conference berkenaan PMN ini, muncul beberapa pihak yang mengesahkan mereka selaku pengendali program dan slot. Malangnya, mereka yang berada di dalam laman tersebut (baca: pengendali) adalah seorang mahasiswa yang terus berangan-angan ingin menjadi seorang pemimpin sedangkan jika kalian mendengar ucapan yang dilakukan adalah cukup rendah tahap pemikiran mereka.

Mudah juga saya katakan, ada pengendali yang teragak-agak di dalam berhujah serta terpaksa berselindung di sebalik angan-angan itu.

Nah! Kita perhatikan angan-angan seorang mahasiswa ingin menjadi wakil rakyat hanya akan memperjudikan golongan belia yang semata-mata berjuang mempertahankan suara orang muda. (baca : angan-angan terlampau)

Bukan ingin menemplak golongan sendiri, tetapi inilah hakikat bahawa kerosakan akhlak pemuda hari ini disaduri dengan elemen-elemen yang menghukum semata-mata. Fahaman yang dangkal terhadap nilai-nilai moral Islam sendiri masih belum berdiri kukuh, namun angan-angan mendabik dada sebagai seorang wakil rakyat sudah menggunung.

Saya tidak nampak di mana kelebihan mahasiswa sebagai seorang wakil rakyat tetapi angan-angan mereka ini hanya akan ditertawakan oleh sebilangan kanak-kanak dengan hanya berkata;

"Abang nak bagi kami makan apa? Mee maggi sahaja?"

Friday, January 18, 2008

Pelajar kita di Mesir terlepas hukuman gantung



Petikan Akhbar Utusan Online hari ini
(18 Januari 2008)

SHAH ALAM 17 Jan. – Pelajar Malaysia di Mesir, yang dituduh membunuh rakan senegaranya Jun tahun lalu terlepas daripada hukuman gantung sampai mati dalam perbicaraan di Mahkamah Mesir 14 Januari lalu.

Bagaimanapun, tertuduh yang merupakan pelajar tahun dua, Jurusan Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar cawangan Mansourah itu dikenakan hukuman penjara 25 tahun atas kesalahan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil berkata, beliau mengetahui berita itu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar oleh pegawai Malaysia di sana.

‘‘Saya dimaklumkan, pelajar terbabit juga dibenarkan membuat rayuan bagi mengurangkan tempoh hukuman penjara yang dikenakan ke atasnya,” katanya di sini hari ini.

Abdul Rahman enggan mendedahkan identiti pelajar yang berasal dari Dengkil, Selangor dan ditaja oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) itu.

Jun tahun lalu, pelajar terbabit ditahan di Penjara Mesir selepas membunuh rakannya, Mohamad Ishak, 22, yang sedang mengulang kaji pelajaran di rumah sewanya.

Mangsa yang berasal dari Chendering, Kuala Terengganu itu ditemui mati setelah dipukul dengan kayu dan ditikam bertalu-talu di seluruh tubuhnya.

Ketika hari kejadian, tertuduh dipercayai pergi ke rumah mangsa bagi mencari kawan-kawan mangsa yang dikatakan berselisih faham dengannya.

Bagaimanapun, mangsa yang ketika itu sedang melayari Internet sambil membaca buku kemudiannya, dipukul oleh tertuduh dengan sebatang kayu sebelum ditikam bertubi-tubi menggunakan pisau.

Abdul Rahman berkata, keluarga pelajar terbabit belum dimaklumkan berhubung keputusan mahkamah Mesir itu dan beliau akan mengarahkan pegawainya untuk memaklumkan keputusan itu secepat mungkin.

Nota:

Semalam, saya kurang pasti mengapa laporan siasatan kes Allahyarham Mohamad Ishak saya buka di dalam folder Setiausaha Agung PMRAM. Saya teringat-ingat kembali detik dan waktu ketika saya berada di rumah mangsa dan melihat sendiri perkara yang terjadi.

Malamnya, ketika membuka laman Utusan Online, berita di atas yang saya dapat. Aduh! Petanda ini yang saya dapat rupanya.

Teringat-ingat kembali dengan kawan-kawan di pejabat, kami berseloroh, sekarang umur kita 23 tahun, tambah 25 tahun lagi cukuplah 48 tahun lebih kurang. Jadinya, ketika itu kau cakaplah kat cucu kau, kes tu atuk yang selesaikan di Mesir dulu. (Masa suspek dah keluar penjara la)

Kemudian, cucu pun terangguk-angguk mendengarkan.


Thursday, January 17, 2008

Jawab Isu Ahlifiqir


Tiada pendirian! Culas! Bengang! Jatidiri sifar!

Saya mulakan dengan kata-kata bobrok ini. Mungkin akan hanya membangkit kemarahan saja. Tapi, ini yang saya sememangnya pinta. Pertama, saudara sasterawan@ahlifiqir tiada pendirian. Mula-mula letakkan nama sebagai sasterawan, kini ahlifiqir. Dan, di antara insan-insan yang lemah adalah orang yang tidak berfikir sebelum melakukan sesuatu.

Saya dipinta menjawab isu ini. "Boss" saya kata, orang begini harus diajar dengan jawapan yang akan mendamaikan. Dan pesanan boss saya lagi, jika insan malang ini terus sebegini 'kita akan jawab nanti'.

Saudara sasterawan@ahlifiqir diminta untuk mendatangkan dalil yang mengharamkan meletakkan sesuatu yang tiada munasabah di dalam blog peribadi. Dan, jikalau saudara berani, mengapa tidak mahu saja dipamerkan diri saudara itu. (baca: walaupun saya sudah tahu asal saudara sasterawan ini berdasarkan maklumat)

Aduh! Sungguh malang ahlifiqir hanya berfikir sahaja. Tapi tidak bijak menilai yang baik atau yang buruk. Dan, sedari itu mungkin saya anggap saudara sasterawan@ahlifiqir belum mumaiyyiz iaitu mereka belum dapat membezakan di antara yang hak dan batil.

Saya akan memaafkan saudara sasterawan@ahlifiqir di atas isu ini, tetapi datangkan saya tujuh benda yang bermula dengan huruf 'sin' pada pangkalnya yang boleh membuatkan Tuan Guru Nuh Ha Mim memaafkan.

Nota:
Bukankah Tuan Guru Nuh Ha Mim berada di dalam novel 'Nama Beta Sultan Alauddin'.


Wednesday, January 16, 2008

Nasi Ayam

Ini nasi ayam ketika di Pulau Pinang
(Kenangan September 2006)

Sudah lama saya tidak memasak. Bukan kerana malas. Tetapi saya lebih mudah makan di luar, di kafeteria yang terletak di Hayyu Sabie. Antaranya, saya singgah makan tengah hari di Restoran Sri Kelantan dan Restoran Arau. Tentunya juga makanan tengah hari saya adalah nasi campur. Mahu masak di rumah, saya berfikiran. Saya seorang sahaja di rumah. Dan, saya harus hadir ke kelas lughah pada jam 1.00 petang. Justeru, saya sememangnya memaksa mengubah jadual harian saya sendiri.

Sudah jadi kebiasaan, orang Malaysia seperti saya akan makan makanan Malaysia. Makanan Arab bagaimana? Saya juga tidak ketinggalan untuk menikmati makanan Arab di sini. Tapi perlu jimat. Jika mahu makan firakh masywi tiap-tiap hari, boleh muflis. Tapi, kalau makan tokmiah tiap-tiap hari tentunya sudah berbaloi.

Jemaah Haji PMRAM sudah tiba. Dan, semestinya makanan yang menjadi pilihan adalah 'Air Zam Zam' dan 'Kacang Pandai'. Saya kurang pasti, dari mana asal usul nama kacang pandai. Dan, saya kira moga-moga dengan makan kacang pandai, saya juga akan pandai.

Insya-Allah, saya akan kemaskinikan maklumat berkenaan haji beberapa hari lagi.

Mahasiswa Perlukan Pemikiran Kelas Pertama – Wan Abdul Halim


Oleh SETIAUSAHA AGUNG PMRAM

KAHERAH 13 Jan. – Mahasiswa Al-Azhar digesa untuk melakukan anjakan paradigma disamping berubah ke arah minda pemikiran kelas pertama. Ustaz Wan Abdul Halim Wan Chik berkata, mahasiswa yang cemerlang seharusnya berfikiran cemerlang sebagaimana ulama-ulama silam Al-Azhar berfikir.

"Penerokaan terhadap ilmu-ilmu baru harus diterokai oleh mahasiswa Al-Azhar agar dapat menjadi sumber utama yang dapat digunakan pada masa akan datang. Kita juga ingin melihat akan wujudnya satu idea baru yang akan dilaksanakan oleh generasi pada hari ini."

Beliau mengambil contoh Koperasi Muslimin Berhad yang ditubuhkan pada hari ini adalah berdasarkan idea-idea generasi beliau yang telah disepakati bersama dan akhirnya dikembangkan seperti yang wujud pada hari ini.

Ustaz Wan Abdul Halim yang ditemui di Asrama Darul Aman, Hayyu Sabie, Kaherah merupakan mantan Timbalan Presiden PMRAM pada tahun 1979 hingga 1981. Beliau juga pernah memangku kerusi Presiden PMRAM pada tahun yang sama apabila Presiden PMRAM, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman pada waktu itu pulang ke Malaysia.

Hadir sama di dalam perjumpaan tersebut adalah beberapa orang Badan Pengurus PMRAM sesi 2007 yang diketuai oleh Ustaz Hairul Nizam bin Mat Husain selaku Presiden PMRAM.

Mengulas berkenaan Rumah Melayu yang ditukarkan dengan nama Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah, beliau berkata perkataan serta nama Melayu pada Rumah Melayu seharusnya dikekalkan.

"Pada masa akan datang, apabila negara Mesir dihadiri oleh orang yang berbangsa lain, mereka boleh mengatakan itu hak mereka kerana perkataan Melayu pada Rumah Melayu telah dihapuskan."

Beliau selaku kepimpinan pada tahun 1979 juga menceritakan kenangan pahit dan manis semasa mentadbir PMRAM dan menganggap bahawa operasi pentadbiran PMRAM yang aktif semula pada tahun 1979 merupakan sesuatu kenangan yang indah.

Ditanya mengenai kenangan yang manis ketika berada di dalam pentadbiran, beliau berkata alat muzik PMRAM ketika itu seperti piano telah dijual kepada orang Arab kerana ingin memfokuskan kepada tujuan mahasiswa datang ke Mesir adalah semata-mata untuk belajar bukan bermuzik dan sebagainya.

Beliau juga menggesa mahasiswa Al-Azhar agar tidak menjauhkan diri dengan persatuan kerana tanpa persatuan dan organisasi, pemikiran kita tidak akan berkembang.

"Kita hendaklah melihat organisasi itu sebagai sesuatu keperluan yang penting," katanya lagi mengakhiri pertemuan.

Nota:

Ini kali pertama saya dapat menulis di dalam laman web pmram. Insya-Allah, keterlibatan saya di dalam dunia berita ini akan diteruskan pada masa-masa mendatang.

http://www.pmram.org



Monday, January 14, 2008

Peluang Menjadi Editor



Jika anda berkelulusan agama dan pernah terlibat di dalam bidang penerbitan atau berminat di dalam bidangnya, tentunya anda wajar memohon. Saya tidak mahu orang 'agama' hanya menjadi ustaz dan ustazah. Malah, kerjaya sebegini harus digunakan dengan baik.

Jika saya pulang ke Malaysia nanti selepas tamat belajar, sudah tentu kerjaya ini menjadi pilihan.

Maklumat lanjut sila masuk ke

PTS Publication

Sunday, January 13, 2008

GKLN dan Adabuna di Akhbar Mingguan Malaysia


Petikan Akhbar Utusan Mingguan Malaysia (Ahad, 13 Januari 2007)

Artikel ini ditulis oleh Saudara SM Zakir

Apa yang dapat dibanggakan di Malaysia ialah kehadiran penulis-penulis muda yang sangat kukuh jati diri, etika, moral dan nilai keislamannya sehingga tidak keterlaluan jika dikatakan mereka sebagai generasi penulis ulul albab. Usaha oleh Dr. Irwan Abu Bakar melalui kelompok e-sasteranya berjaya menghimpun penulis muda yang bukan sahaja berpendidikan tinggi, ilmuwan, dan kritis tetapi juga tinggi keperibadian Islamnya.

Karya-karya generasi ulul albab ini bukan sahaja memperlihatkan mutu estetika yang tinggi tetapi kekukuhan etika dan moral yang mengagumkan. Antologi cerpen terbitan E-Sastera, Jalan Jauh ke Ramallah, antologi puisi Wilayah Cinta dan Al-Andalus Menangis menampilkan cerpen-cerpen yang cukup menarik dan bersih dari segi mutu, estetika dan nilai etika.Kebanyakan penulis merupakan penuntut institusi pengajian tinggi di luar negara yang berinteraksi di laman maya.

Sementara itu keghairahan golongan muda menceburi dunia penulisan turut melahirkan kelompok penulis Malaysia di Asia Barat yang lahir daripada interaksi di komuniti siber Adabuna. Kelompok ini merupakan penulis-penulis muda yang menuntut di Mesir. Mantan Universiti Al-Azhar, Mohd Nazmi Yaakub dan Amiza Khusyri Yusof antara yang berusaha keras menonjolkan kelompok penulis muda ini yang berjaya menerbitkan dua buah antologi karya Khali Kota Fustat serta Cinta dan Rona Kinanah.

Keterampilan para penulis muda ini dalam berkarya terlihat jelas dengan penggarapan isu serta tema yang luas, memberikan pemikiran yang kritis serta mempunyai penguasaan bahasa yang cukup baik untuk memberikan nilai estetika yang tinggi. Nilai estetika ini muncul oleh kesatuan karya yang mencakupi kesempurnaan gaya garapan cerita dan nilai etika penulisan yang terpuji.

Baca Lagi…

Penulis Luar Negara menjadi model utama di dalam menggerakkan sastera Melayu di luar daripada lapangan kelompok asas yang hanya tertumpu di dalam negara. Hal ini bertitik-tolak daripada usaha yang bersepadu dan berterusan demi menjaga martabat sastera tanah air sekaligus menjadikan pemikiran serta air tangan penuntut di luar negara tidak wajar disia-siakan.

Perkembangan terhadap sastera tanah air juga secara langsung diperhatikan oleh mahasiswa ini yang rata-ratanya daripada kalangan mahasiswa yang beraliran sains dan sastera. Justeru, pengalaman dan perjalanan mereka sepanjang menjadi mahasiswa di luar negara adalah satu daripada kelebihan yang memungkinkan idea-idea baru dikaji dan diterokai demi masa depan sastera tanah air.

Usaha sebegini wajar diberi penghargaan kepada mereka-mereka yang terlibat membantu memartabatkan perkembangan sastera pada hari ini.



Layakkah Sastera Popular di jadikan karya KOMSAS?

Ayat-Ayat Cinta, Karya Popular atau Karya Serius?

Apakah perbezaan di antara karya popular dan karya serius?

Saya pernah diminta untuk membaca karya-karya popular yang berada di pasaran. Tetapi, saya berpendirian bahawa sastera popular hanyalah untuk orang 'popular' dan mungkin penulis sastera 'popular' lebih popular daripada penulis sastera serius.

Adakah 'saya' tidak boleh membaca karya popular?

Tidak! Malah, sebagai seorang pembaca, kita wajar membaca pelbagai bahan. Namun, secara puratanya, saya hanya membaca 5% karya popular berbanding dengan karya serius.

Saya minta orang yang 'bijak' perlu mengkaji berita ini.

Berita Harian, 12 Januari 2008

KUALA LUMPUR: Tiada karya Sasterawan Negara tersenarai sebagai antara buku yang dicadangkan untuk teks baru Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Komsas) bagi sekolah menengah yang disemak semula dan dijangka digunakan pada 2010.

Turut tidak tersenarai ialah puisi, cerpen, novel dan drama penerima Anugerah Penulisan Sea dan pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM), hadiah sastera peringkat negeri dan swasta baik bertema Islam mahupun kemerdekaan, meskipun diberi perhatian panel pemilih.

Sumber memberitahu Berita Harian, tindakan tidak menyenaraikan karya SN dan penerima serta pemenang anugerah untuk buku teks yang baru kerana Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran, mendapati sebahagian teks sedia ada berat dan tidak sesuai untuk pelajar.

“PKK yang menyelenggara Jawatankuasa Pemilih Buku Teks Komsas mengatakan karya SN berat dan sarat dengan pemikiran sehingga sukar difahami pelajar. Justeru mereka mencari penulis popular dan teks yang mendapat sambutan pelajar dalam usaha menarik minat mereka dalam Komsas,” katanya.

Sumber itu berkata, tidak wajar SN yang mendapat pengiktirafan negara, karyanya dinafikan daripada turut disenaraikan dalam cadangan teks baru untuk Komsas kerana masih ada jalan menghormati mereka iaitu dengan memilih karya mudah agar memenuhi selera remaja.

Berita Harian difahamkan antara penulis yang karya mereka termasuk dalam senarai cadangan ialah Ahadiat Akashah, Sharifah Abu Salem dan Mohamad Yazid Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai Zaid Akhtar.

“Hanya novel Zaid Akhtar pernah memenangi hadiah sastera. Pendekatan baru PKK ini akan merugikan pelajar kerana pemikiran dan penggunaan bahasa penulis karya popular boleh dipersoalkan, di samping tidak menepati matlamat asal Komsas,” kata sumber itu lagi.

Sumber itu turut memberitahu, PPK tidak lagi melantik sarjana sastera dan pengarang sebagai ahli Jawatankuasa Pemilih Buku Teks Komsas, sebaliknya melantik Guru Pakar Bahasa Melayu dan Guru Pakar Sastera untuk mengeluarkan senarai pendek teks untuk penilaian akhir.

Jika tidak mahukan sastera serius di dalam KOMSAS, tutup sahaja program kesusasteraan di sekolah. Saya sudah mangli dengan keadaan begini. Dan, lebih elok Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia menjadi pusat pen'tarbiah'an penulis popular daripada penulis serius.

Kedua, sudah sampai masanya orang Melayu menjadi layu sahaja kerana belajar bahan-bahan picisan. Dan, apa salahnya orang Melayu, me'layu' dengan kroni-kroninya.
Ketiga, pegawai Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran sudah wajar diajar cara jadi pegawai yang baik.

Dan, saya akui 'Guru Pakar Bahasa Melayu' dan 'Guru Pakar Sastera' lebih bijak
"memakari" dengan kroni-kroninya.


Menjawab Isu

Saya harap saudara sasterawan beristighfar dengan apa yang berlaku. Malah, saya rasa ini adalah kontroversi yang paling panas sekali. Saya pernah diminta untuk menutup artikel blog tersebut, namun atas dasar perjuangan sendiri dan tidak akan merampas pendirian diri, lantas saya gagahkan juga.

Saudara sasterawan masih boleh fikir, di mana rasional saya berbuat demikian. Malah, desas-desus mengatakan saya antara penulis paling 'mengarut' sudah biasa digunakan. Saya anggap ini sebagai teguran yang amat signifikan terhadap diri. Lantas, apa salahnya kita ditegur.

Untuk pengetahuan, bukan masalah 'saya' sebagai penulis untuk menilai kelemahan diri. Dalam pandangan sudut yang berbeza saya akui perkara ini. Namun, kekadang 'tafsiran' yang salah hanya boleh mendatangkan ke'marah'an semata-mata.

Saya tinggalkan saudara dengan kata-kata berikut;

Orang pandai adalah orang yang bijak membahagikan masanya, pelajarannya, dan kerjayanya dalam satu-satu masa dengan baik manakala orang bodoh adalah orang yang tidak membahagikan masanya dengan bijak lantas kerjayanya akan menjadi songsang.

"Mari lahirkan lagi artikel songsang ini."

Novel Terbaharu

RM 27.00 / RM 30.00 (Sabah & Sarawak)
dapatkan hanya di

PTS Publication

Kak Zalisa di antara penulis yang sentiasa prolifik dengan kerjayanya sebagai seorang penulis. Saat mengintai dan berbisik-bisik sendiri, saya berkata;


"Sungguh mudah menulis novel dengan pantas."

Moga Allah berikan kudrat untuk menulis lebih-lebih lagi dalam masa yang cukup terluang ini.

Januari
1) Proses perpindahan rumah (hijrah) sempena bulan Muharam 1429H.
2) Menyiapkan kertas kerja untuk pembentangan program kepimpinan.
3) Menjadi editor untuk Buku Dialek Arab Mesir (cetakan kedua) - buku paling laku di Mesir.
4) Persediaan ke program-program penulisan; awal Februari nanti.

Saturday, January 12, 2008

TAHUN 2008 : Penuh Tanda Tanya









Seramai lapan orang yang layak kekal. Namun, hanyalah lima orang sahaja yang akan dikekalkan? Siapakah mereka?


Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM 2008 telah pun mengeluarkan senarai calon kepimpinan Badan Pengurus sesi akan datang. Ini bermakna, hanyalah Ustaz Khairul Anuar bin Ismail yang akan kekal sebagai Presiden PMRAM bersama-sama dengan 9 orang muka-muka baru Badan Pengurus PMRAM yang lain. Justeru, menjadi persoalan dan tanda tanya, siapakah yang akan menjadi Badan Pengurus kekal pada sesi mendatang.

Mengikut perencanaan lebih daripada lima orang yang akan layak menduduki kerusi kepimpinan pada sesi 2008 nanti. Bermacam-macam andaian yang saya dengar dari jauh. Paling menakjubkan adalah ramalan bakal calon Presiden PMRAM adalah benar-benar meleset. 90% daripada ahli PMRAM sememangnya tidak menjangkakan bahawa Ustaz Khairul Anuar bin Ismail akan menjawat jawatan sebagai Presiden PMRAM 2008 kerana melihatkan prestasi kedudukan beliau hanyalah sebagai Ketua Badan Komunikasi dan Bahasa Arab pada tahun 2007.

Ini mengulangi sejarah Ustaz Tuan Haron Tuan Cob pada tahun 2004 apabila beliau yang sebelum itu hanyalah Ketua Badan Sambutan dan Rehlah terus diangkat sebagai Presiden PMRAM pada tahun 2004.

Dan kini, untuk pengetahuan kalian lebih daripada lima orang badan pengurus yang layak kekal untuk sesi akan datang. Namun siapakah mereka? Daripada lapan orang yang tersenarai layak pada sesi mendatang, siapakah lima orang tersebut? Adakah Ustaz A, atau Ustaz B dan seterusnya...

Secara peribadi saya meramalkan bahawa sesi 2008 adalah sesi paling menggemparkan kerana ramalan dan tanggapan kita untuk menentukan siapakah yang akan menduduki kerusi kekal sukar ditafsirkan. Apapun, sebagai orang yang 'lama' berada di dalam kepimpinan PMRAM ini, saya amat berterima kasih kerana PMRAM telah mengajar saya erti mengenal, mengatur dan memikir. Hasilnya, kini saya telah menjadi 'orang'.

Saya mendoakan agar kepimpinan mendatang akan menyebarluaskan program-program thaqafah khususnya dan medan PMRAM adalah semata-mata memastikan mahasiswa Al-Azhar disuapkan dengan ilmu-ilmu berguna sebagai bekalan untuk pulang ke Malaysia nanti. Kebajikan adalah perkara utama, disamping juga keperluan-keperluan yang lain nanti.




Thursday, January 10, 2008

Terasa Bagai Semalam Baru Berlalu


Sungguh! Gambar-gambar ini dirakam pada Oktober 2004. Mereka ketawa berkekehan sendiri. Mungkin malu dengan usia tiga tahun yang lalu. Tetapi, bukankah semuanya telah mendewasakan kita? Kini, kita sudah pandai menyebut 'ala tul, asob, 'ala ghambik, husy, syuaiah...


Isu Fiqah dan Fikah

Isu ini saya akan jawab selepas saya berhubung dengan Pengarah Jabatan Perkamusan, Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Mengapa masalah ini boleh terjadi?

Di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, muka surat 411 memang ada menyatakan bahawa ejaan فقه adalah seperti fiqah, tetapi di dalam rujukan lain (melalui karyanet) perkataan berikut adalah seperti berikut

fikah Ar = ilmu ~ pengetahuan tentang hukum dlm agama Islam.

rujukan : KARYANET

Pesanan : Kepada (saya) yang tidak beremosi, moga-moga diberikan taufiq daripada Allah s.w.t.

Hijrah dan Saya


Kali pertama saya menyanyikan lagu hijrah, ketika saya Darjah 1 sekolah kebangsaan. Mungkin terlalu lama sudah ianya terjadi. Malah, dalam satu sudut yang lain, mengikut perkiraan saya sudah 16 tahun ia berlalu. Namun, kenangan itu tetap indah.

Bagi mereka-mereka yang lahir pada 10 Januari pada tahun ini di Malaysia, tentunya hari amat bermakna bagi mereka. Manakan tidak, tarikh 1 Muharam ini adalah tarikh yang signifikan dengan peristiwa pernghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekah ke Kota Madinah.

Saya menyorot kembali nostalgia lama. Dalam simpanan saya ada sebuah cerpen yang saya tulis tentang 'Muharam' tetapi masih belum lagi sampai ke penghujungnya. Mungkin kalian boleh membacanya pada Muharam 1430H nanti.

Hiba hati tiada siapa yang tahu. Apakah peristiwa yang berlaku pada saya ketika tarikh ini? Saya telah kehilangan seorang insan. Walaupun beliau tidak hidup di dunia ini, namun roh beliau yang telah memimpin setiap pergerakan saya. Pada fikiran saya, beliaulah yang telah mendoakan saya sehingga saya tiba ke Mesir ini.

Jiwa saya tiba-tiba menangis sebak. Jikalau 'almarhum' masih hidup, beliau sudah berumur 12 tahun pada tahun ini. Dan, semestinya beliau akan menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun 2008.

Saya teringatkan 'adik' saya di negeri sendiri. Mungkin beliau faham kekerdilan saya terhadap perkara ini. Merintih, mengharap dan ingin memperelokkan diri lantas taubat nasuha di atas kealpaan diri selama 22 tahun ini.

Isi hati yang berkarat ini sukar ditafsirkan. Malah sebagai hamba Allah yang amat kerdil mengenal diri, saya kekadang jadi tidak menentu. Ada saja yang tidak mengenainya. Namun, doa yang dipanjatkan ini moga-moga akan dipimpin oleh nusrah Allah yang Maha Esa.

Peristiwa hijrah ini adalah peristiwa bersejarah di dalam diri sendiri. Al-Fatihah untuk Allahyarham Abdul Hai bin Zulakifli (1 Muharam 1417H)
Masa terlalu cepat berlalu.

Wednesday, January 09, 2008

Prof Diraja Ungku Aziz 'Sound Direct'


Di Mesir, antara insan yang memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara adalah saya.

Ketika mendengar wawancara bersama Profesor Diraja Ungku Aziz di TV3 berkenaan isu bahasa dan pendidikan, saya ketawa terkekeh-kekeh. Dalam hati terasa bahawa si perantara seperti terkena smatch pukulan tajam daripada bekas Ketua Pengarah DBP ini. Apabila perantara bertanyakan profesor berkenaan kemajuan Multimedia Supercorridor wajar setanding dengan kemajuan bahasa, dan bahasa yang dimaksudkan adalah bahasa Inggeris, dengan selamba Pak Ungku pun berkata;

"Multimedia Supercorridor tu, sesuai ditubuhkan jika kita nak jalan atas koridor, tapi kalau kita nak berjalan atas bahasa, kita mesti belajar bahasa."

Fenomena yang amat besar pada hari ini adalah berkaitan pengajaran Sains dan Matematik di sekolah dalam bahasa Inggeris. Pemimpin negara terlalu sibuk memperjuangkan pengajaran matapelajaran tersebut di dalam bahasa Inggeris, tetapi tidak ketahuan bahawa pelajar-pelajar di sekolah bandar pun masih terkial-kial lagi untuk memahaminya.

Buktinya, saya sendiri yang pernah mengajar pelajar bandar pun masih lagi terpaksa menerima hakikat pelajar bandar terlalu dungu untuk belajar bahasa Inggeris. Di manakah kepentingan bahasa Inggeris?

Saya yang dah dewasa ini pun dapat mengatakan bahawa belajar bahasa adalah dengan seni pertuturan dan bukan belajar bahasa dengan kaedah. Hasilnya berapa ramai yang belajar nahu (kaedah tatabahasa) bahasa Inggeris dari kecil sampai besar tetapi langsung nak sebut perkataan bahasa Inggeris terlalu lemah. Yang mereka tahu I love you, you love me. Kalau tidak percaya, lakukanlah pembelajaran itu dulu. Saya tahu kerana saya mempelajari satu lagi bahasa iaitu bahasa Arab.

Malaysia adalah negara Melayu. Justeru, mengapa mereka tidak mahu memartabatkan bahasa mereka sendiri. Sibuk mahu belajar bahasa penjajah. Kenapa tidak diwajibkan belajar bahasa Arab kerana bahasa Arab itu bahasa al-Quran dan bahasa Inggeris itu adalah bahasa ego.

Buku Terkini


Terima kasih kepada Ustaz Hairul Nizam Mat Husain yang men'jual' bukunya kepada saya. Wah! Buku Malaysia sebegini jarang dapat bertemu di Mesir. Namun, terima kasih kerana ada yang sudi menjualnya.

Kedua, kenapa anda perlu baca buku ini. Buku ini bukan sebarang buku. Malah buku ini adalah hasil pengumpulan 100 orang tokoh yang paling berpengaruh. Tahukah kalian, siapakah tokoh pertama?

Tokoh pertama adalah Nabi Muhammad s.a.w. yang merupakan pesuruh Allah s.w.t. Mengapa Michael H. Hart yang menulis buku ini mengatakan bahawa Nabi Muhammad adalah tokoh utama?

Beberapa komentar yang saya jumpai:-

Apa alasan Hart menempatkan Nabi Muhammad pada peringkat pertama? Mengapa pula Nabi Isa menempati peringkat ke-3, sedangkan Isaac Newton peringkat ke-2, John F. Kennedy termasuk ke dalam seratus tokoh, tetapi mengapa Mahatma Gandhi tidak? Siapa yang lebih berpengaruh, Karl Marx atau Kong Hu-Cu? `Umar bin Khattab atau Alexander yang Agung?

Seratus Tokoh penuh dengan argumentasi, penuh pula dengan humor, diterjemahkan dengan gaya kocak Mahbub Djunaidi. Dan inilah antara lain pendapat pers:

Keseratus bahasan riwayat hidup ini mudah dicerna, singkat-padat dan tajam; sedang bukunya sendiri akan merupakan tambahan yang berharga bagi lemari referensi pembaca.

Roger Bonham, dalam Columbus Dispatch

Cara Hart menempatkan kedudukan seseorang tampaknya seperti keterlaluan bagi sementara orang …, tetapi buku ini merangsang pikiran dan sangat mengasyikkan.

Douglas Cox, dalam Los Angeles Times

Judulnya saja buku Seratus Tokoh, tetapi nilainya bisa jadi paling sedikit sama dengan seribu perbedaan pendapat. Dan justru itu yang diharapkan penulisnya.

Scholastic Magazine

Para pejuang hak-hak wanita boleh mencatat kenyataan dicantumkannnya hanya dua orang wanita dalam daftar Hart.

Do Carter, dalam Seattle Post-Intelligencer

Buku Hart, disamping merupakan rangkuman sejarah dunia yang bermanfaat, juga merupakan sumber perdebatan sengit yang tak akan ada habisnya.

Detroit Free Press

Seratus Tokoh adalah sebuah buku yang memuat peringkat tokoh-tokoh sejarah menurut ahli astronomi Michael H. Hart, dan mengundang para pembaca untuk melawan pilihannya.

Kenneth L. Woodward, dalam Newsweek

Karya Hart mengagumkan dalam hal tidak chauvinistisnya ... Sebuah buku tebal yang besar dan berat penuh fakta-dan-pertentangan yang disebut Seratus Tokoh dan ditakdirkan untuk menjadi sebuah buku yang laris.

Shaun Usher, dalam Daily Mail

Sumber : http://media.isnet.org/iptek/100/index.html

p/s : Mungkin saya adalah manusia yang jauh ketinggalan. Buku ini ditulis pada tahun 1978 dan saya membacanya ketika tahun 2008. Ini bermakna saya 'tertinggal gerabak' selama 30 tahun!

Cipta Peribahasa


Ruangan Sudut Pandai Bahasa sudah lama tidak menjelma. Pun begitu, kali ini saya akan berikan satu lagi pedoman bahasa yang dianggap serius. Saya berkunjung ke laman blog seorang sahabat, wah puja -memuja saya nampaknya di dalam laman blog beliau. Terima kasih kepada Taufiq Adib yang memberikan sesuatu 'point' kepada saya.

Ada beberapa perkara yang perlu ditulis di dalam ruangan kali ini. Pun demikian, saya memetik beberapa perkara yang dirasakan perlu diulas daripada blog beliau. Beliau menukilkan satu peribahasa baru iaitu "Masa Itu Umpama Kilat." Adakah salah peribahasa sebegini?

Jawapan saya, tidak! Malah ini adalah salah satu pemikiran baharu. Saya pernah membaca beberapa hasil tukangan penulis veteran yang amat risau berkenaan peribahasa lapuk yang masih lagi digunakan sehingga hari ini. Tetapi tidak bermakna, peribahasa lama sudah tidak sepatutnya digunakan. Malah, peribahasa lama adalah keperibadian seni orang-orang sastera lama.

Hasilnya, saya membuat kesimpulan bahawa pemikiran Saudara Taufiq Adib ini wajar diterima.

Saya pernah menghadiri bengkel penulisan yang dibimbing oleh Puan Zaharah Nawawi. Beliau amat mengesyorkan anak-anak didiknya menulis falsafah-falsafah baru yang belum dikemukan oleh dunia.

Sebagai contoh, peribahasa lama, bagai aur dengan tebing. Namun, tidak salah bukan kini kita menggunakannya sebagai bagai cpu dengan pc. Saya berkata di dalam aspek pemikiran baharu, bukan mencela sastera dan peribahasa lama.

Dan, kita seharusnya mempelajarinya satu demi satu.

Tuesday, January 08, 2008

Subjek Kesusasteraan Perlukan Perubahan

Oleh: Ammu Amni

Kesusasteraan Bahasa Melayu adalah salah satu matapelajaran yang diajar di sekolah pada peringkat STPM. Malah, para pelajar menengah rendah pula telah didedahkan lebih awal dengan Kompenan Berdasarkan Sastera (KOMSAS) semenjak dari tingkatan satu lagi. Hal ini dilihat sebagai kewajaran Kementerian Pelajaran Malaysia menetapkan penggayaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai agen utama di dalam mengetuai silibus matapelajaran ini.

Namun, ada beberapa pihak sudah tidak senang lagi dengan komponen ini. Malah, ada yang mempertikaikan dasar DBP memilih karya. Saya sependapat dalam masalah ini. Namun, bukanlah tanggapan penulis sekadar melontarkan batuk ditangga dan mengherdik sesama sendiri lantas tiada sokongan dan galakan untuk memartabatkan kesusasteraan Melayu sebagai teras jatidiri bangsa dan budaya.

Melihatkan fenomena ini menjadi topik hangat sesetengah pihak terutama golongan akademik, penulis tercuat seketika meneliti ke'malap'an sastera yang harus ditangani. Justeru, beberapa cadangan perlu diambil perhatian sewajarnya.

1. Komponen Sastera adalah komponen yang menarik. Pelajar boleh berinteraksi dengan sebaiknya melalui audio video di sekolah. Bilik ABM (Alat Bantu Mengajar) dan Pusat Sumber Sekolah (PSS) perlu digerakkan. Para pelajar perlu diberi latihan yang bukan sahaja teori semata-mata malah menekankan aspek pembelajaran sebagai praktikal.

Contoh : Penghayatan teks drama boleh dilakukan dengan mementaskan drama tersebut sebagai drama pentas sekolah. Juga, menjadikan genre cerpen dan puisi sebagai teknik gaya P&P yang berkesan.

2. Dewan Bahasa dan Pustaka perlu menyedari akan kewujudan para pelajar yang berminat di dalam sastera. Justeru, sewajarnya DBP mengambil peluang mengadakan road-show di semua sekolah menengah dan menampilkan tokoh-tokoh sastera tanah air sebagai medium perlaksanaan memperjuangkan semangat dan gelaran 'orang sastera' di kalangan mereka.

3. Kementerian Pelajaran dicadangkan memberi peluang mata pelajaran bahasa Melayu khususnya pendidikan sastera diajar melalui beberapa kaedah yang baru setanding dengan perkembangan semasa tanah air. Kelas pendidikan sastera perlu diwujudkan. Contoh : Tingkatan 1 Sastera. Dan, pelajar-pelajar ini akan mempelajari teknik penulisan, pementasan, penulisan skrip, dan sebagainya melalui satu matapelajaran tambahan yang diajar di dalam kelas tersebut. Hakikat ini disedari oleh penulis apabila melihat wujudnya kelas Tingkatan 1 Okestra dan 1 Simfoni yang menekankan aspek muzik. Bukankah para pelajar ini akan menelusuri bidang seni selepas pendidikan menengah dan menjadikan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) sebagai modal pendidikan masa depan.

Justeru, peluang ini wajar difikirkan oleh pihak-pihak yang terbabit. Semua pihak perlu berubah!





Pesanan Terakhir


Mungkin kerana ini pesanan terakhir kita jadi prihatin. Sesungguhnya, setiap sesuatu itu amat memberikan makna. Bukan sahaja tulisan, namun percakapan juga memainkan peranan. Justeru, mengapa kita perlu kehairanan apabila melihat setiap kata-kata, setiap perbuatan dan setiap tulisan dibukukan sebagai jurnal kehidupan.

Meneliti mesej ringkas ini, saya jadi termenung seketika. Mengembalikan nostalgia bersama tatkala bumi yang dipijak ketika itu hampir nyata.

Sesama kita rasa, perit dan jerih - kepayahan yang banyak nilainya. Bukankah ini yang dinamakan 'Sayembara Kemanusiaan'?




Monday, January 07, 2008

Dunia Ini Berputar


Memang ada benarnya dunia ini berputar. Kekadang di atas, kekadang di bawah. Lumrah ini tidak dapat disangkal. Yang pergi akan tetap pergi dan akan tiba masanya nanti akan ada pengganti. Begitulah seputar dunia Badan Pengurus. Yang lama, akan pulang dan yang baru pula akan timbul kembali.

Dan, apabila waktu dan ketikanya saya juga akan turut meninggalkan kamar kepimpinan ini. Sudah puas bergelumang dan menyaksikan angkatan-angkatan ini bekerja hanya untuk mempersatukan hati-hati yang lemah. Lantas, lahirlah keduniaan yang berputar pada paksinya.

Hanya Untuk Dia

Hanya Untuk Dia
Hanya Untuk Dia
Hanya Untuk Dia
Hanya Untuk Dia
Hanya Untuk Dia
Hanya Untuk Dia
Hanya Untuk Dia
Hanya Untuk Dia
Hanya Untuk Dia
Hanya Untuk Dia

Anda akan lihat huruf apa yang dominan!
hehehe...( tak sedih pun)

100 Meter Lari Berganti-ganti

Mungkin sukar benar untuk menulis berkaitan dengan sukan. Dan, saya bukanlah arif tentang sukan sebenarnya. Namun, atas dasar ingin menyampaikan saya gagahkan jua.

Pun begitu, saya tidaklah berniat berlayarkan bahtera kalam ini dengan hanya cerita-cerita khali yang tiada maknanya.

Sebermula, telah diketahui akan gambar yang menjadi latar topik ini tiada kena mengena dengan sukan. Kerusi. Bukanlah kerusi ini diambil daripada Antologi Kerusi, KOMSAS Tingkatan 5. Namun, ini adalah sebuah kerusi kepimpinan. Kerusi yang tiada mengenai sukan. Walhal saya telah mulakan ceritera ini dengan 100 meter lari berganti-ganti. Aneh.

Lari Berganti-Ganti

Itulah nama sinonim yang dapat ditulis di dalam tajuk ini. Apabila kita menghayati konsep larian berganti-ganti, ia seakan-akan telah sinonim dengan situasi gerbang kepimpinan. Mudahnya begini saja. PMRAM. Bukankah kalian tahu, setiap tahun apabila tibanya Muktamar Sanawi PMRAM, maka akan berubah tampuk kepimpina? Seorang demi seorang akan bertukar dan akhirnya yang lama akan turun juga.

Mengapa kita perlukan gantian?

Ada beberapa faktor yang dilihat sebagai punca seseorang menamatkan tugasnya. Lihat seperti di bawah :-

1. "Ana dah tak sanggup ustaz. Ana nak kena pulang awal Malaysia."

2. "Alhamdulillah, ana dah lima tahun jadi Badan Pengurus. Jadinya, sudah sampai masa untuk ana turun."

3. "Ana tak boleh la nak concentrate dalam kepimpinan ni..."

4. "Insya-Allah, ana akan pulang pada XX Jun 20XX. Jadinya, minta Ustaz XXX pangku ana. Ada bantahan?"

5. "Terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan pada ana. Terima kasih sekali lagi. Jumpa lagi."

Beberapa situasi ini kekadang benar-benar terjadi. Dan, kekadang tidak pula terjadi sedemikian. Pun, begitu ada beberapa sebab seseorang itu mahu berundur.

"Ustaz, ana nak minta TASRIH. Esok ana nak!"

Lihatlah situasi ini. Wah! Mudah sungguh meminta sesuatu. Saya bukan pemerintah kuku besi. Jika ikutkan hati, tidak ingin saya turutkan kehendaknya. Malah, khabar seperti ini boleh sahaja dikatakan tidak sesuai sebagai seorang mahasiswa yang mengetahui erti kepimpinan.

Aduh! Malang sungguh kepimpinan PMRAM hari ini yang menjadikan isu ini remeh. Malah, ada pula yang berseloroh,

"Alah, nak tasrih pun kena ada surat ke?"

Nah! Mahu sahaja saya katakan, kalau nak makan kat kedai pun mesti ada duit! Bukankah begitu. Sungguh tampak hinakah menulis sehelai surat. Dan, ada beberapa kes yang saya terima hanya menggunakan khidmat pesanan ringkas.

Ini hanya membingitkan hati lantas kekadang rasa terhiris. Tetapi bukankah saya diajar erti sabar.

Ada juga beberapa kes yang terpaksa dihadapi dan diharungi dengan rintangan dan cabaran. Dan ini pun, akan termuat di dalam Buku 33 Dalil, Mengapa Saya Harus Berundur?

Tasrih adalah surat kebenaran yang dikeluarkan oleh pihak persekutuan atas dasar keselamatan semasa perjalanan.


Saturday, January 05, 2008

Puisi Imtihan


Masa,
sudah singkat.

Waktu,
sudah sendat.

Imtihan,
kian dekat.

Ayuh,
bangkit berjuang hingga ke medan terakhir.

Asrama Rumah Melayu Abbasiah,
Kaherah.
5 Januari 2008.

Friday, January 04, 2008

Ilmu Peperiksaan - Ghanimah dan Fai'

بسم الله الرحمن الرحيم

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الأَنفَالِ قُلِ الأَنفَالُ لِلّهِ وَالرَّسُولِ فَاتَّقُواْ اللّهَ وَأَصْلِحُواْ ذَاتَ بِيْنِكُمْ وَأَطِيعُواْ اللّهَ وَرَسُولَهُ إِن كُنتُ مُّؤْمِنِينَ


Apakah perbezaan antara Ghanimah dan Fai'?


Ghanimah adalah harta yang diambil secara paksa daripada kafir harbi, sama ada dalam bentuk harta boleh alih atau harta tidak boleh dialih, sama ada ia diambil ketika peperangan masih berlangsung ataupun ketika memburu musuh yang melarikan diri.

Manakala fai' pula adalah harta yang diambil secara paksa bukan pada waktu peperangan.

Tambahan :

Salab ialah harta atau senjata peribadi yang ada pada mayat tentera musuh yang dibunuh.

Perbincangan daripada ayat di atas :-

1. Apakah yang dimaksudkan dengan (Anfal)?

Anfal adalah ghanimah.

2. Adakah ayat di atas adalah ayat muhkamah ataupun ayat mahsuhah?

Ulama berselisih pendapat di dalam membahaskan perkara ini. Pandangan pertama mengatakan bahawa ayat di atas adalah ayat muhkamah dan bukan ayat mansuhah tetapi ayat 41, Surah Al-Anfal memperincikan dengan lebih jelas lagi tentang kedudukan ghanimah.

Pandangan kedua mengatakan bahawa ayat ini adalah ayat naskhah daripada ayat 41, Surah Al-Anfal. Pendapat ini adalah pendapat yang dhaif.

3. Apakah itu tanfil?

Tanfil adalah pemberian bahagian kepada mujahidin yang pergi berjuang sebelum harta-harta tersebut dibahagikan mengikut pembahagian ghanimah.

Wednesday, January 02, 2008

Pencalonan Sudah TUTUP!!!


Pencalonan Sudah Tutup

Tutup
Tutup
Tutup
Tutup
Tutup

Tutup - tutup.

Anda yang melakukan
Saya lihat perlakuan anda

Anda tertawa sendiri
Dan hasilnya

Anda akan ketahui nanti


Siapa muka-muka baru
Siapa abid anda selepas ini
Siapa

Siapa

Siapa
Siapa

Siapa! Siapa! Siapa!

Jawab sendiri.


Ini sebuah puisi eksperimen. Kali pertama saya menulis puisi ini. Puisi eksperimen selalunya ditulis oleh AGI (Abdul Ghafar Ibrahim) yang merupakan penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (S.E.A Award) tahun 2005.

(Gambar di SMK BBU suatu ketika dahulu sebagai seorang guru)

BIDAAH BUKAN BID'AH.

2 Januari 2008

Semalam, 1 Januari. Hari Ulang Tahun Kelahiran seorang sahabat. Tetapi saya berkira-kira untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir. Saya kurang pasti apa sebabnya. Namun, mungkin itu perubahan diri saya untuk tahun 2008 ini.

Orang ramai bising.

"Ustaz Syafiq ni banyak songel la. Semua salah. Itu salah, ini salah!"

Saya meneliti 'bakal suara kampus negeri' yang akan diterbitkan. Perkataan bidaah masih di tulis dengan bid'ah. Saya bukan mahu salahkan Jawatankuasa Istilah, Dewan Bahasa dan Pustaka. Tapi, sekurangnya-kurangnya kita sudah berada pada tahap itu. Belajar!

Kalau kita mahu komen, silakan sahaja. Datang DBP sendiri. Tapi, inilah masalahnya, buat artikel tak buka kamus. Hasilnya, itulah. Hampeh!

Maaflah jika ada yang tersinggung. Kalau saya diberikan peluang untuk berada di dalam Lajnah Pentashih Bahasa, mudah-mudah sahaja kena kutuk dengan saya. (baca : maaf la kalau ada yang rasa, saya ni macam budget best sangat!)

Ada pula nak complain, perkataan feqah kenapa ditulis fikah dalam KDBP. Dan, perkataan ulamak kenapa ditulis ulama. Sungguh pelik bukan?

Saya bukan orang Dewan Bahasa dan Pustaka. Sebab itu saya katakan, jangan banyak songel, buat kamus sendiri!

Tuesday, January 01, 2008

ABC

Hari ini hari pertama. Hari ini juga kita kenal huruf semula.