Langkau ke kandungan utama

Erti 8 September


Barangkali siapa sangka jejak-jejak kaki melangkah ke Medan Al-Azhar dan Jamiah Al-Azhar pada hari ini memberikan pengharapan yang besar. Hampir sebulan lamanya menunggu kehidupan yang dianggap 'tidak terancang'. Keputusan peperiksaan yang keluar sebulan yang lalu hampir-hampir melemahkan jiwa dan atma sanubari.

Biarpun kalam sabar-sabar-sabar dituturkan oleh kawan-kawan dan semua pihak malah semuanya itu lebih bermakna dengan percakapan yang tulus dan doa pengharapan yang besar.

Terima kasih kepada teman-teman yang mendoakan kejayaan ini. Biarpun tekanan demi tekanan saya hadapi sehingga tarikh 8 September yang merasmikan oleh pihak pentadbiran Al-Azhar sendiri.

Mungkin hikmah tersembunyi di sebalik 'gering' yang dihadapi tanggal sehari sebelum keputusan rasmi ini keluar.

Kini saya mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi yang memberikan peluang ini. Moga ini adalah sebuah anugerah yang tidak mampu dihitung oleh jari.

Fakta kes :

Awal Ogos - Keputusan rasmi peperiksaan telah keluar. Lantas saya 'hamil' tiga madah. Sehari selepas itu, saya terus ke pusat pentadbiran universiti. Pihak pentadbiran marah-marah saya. Beliau katakan pada saya, 'kau jangan nak berangan dapat naik kerana bawa madah Al-Quran'.

Saya menulis surat kepada Dekan Fakulti Syariah Undang-Undang mengatakan saya 'tidak berpuas hati' dengan keputusan peperiksaan ini. Akhirnya, selepas 5 jam menunggu surat saya ditandatangani oleh dekan tersebut, saya telah menghantarnya ke pihak Al-Azhar semula dengan syarat saya membayar LE 50.00 untuk memohon semakan semula kertas peperiksaan.

Tengah Ogos - Hampir sepuluh hari saya menunggu keputusan. Boleh dikatakan duit saya banyak habis kerana ulang-alik universiti. Akhirnya, pihak pentadbiran tetap mengatakan, keputusan belum lagi keluar.

Akhir Ogos - (selepas Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan PMRAM). Saya ke universiti lagi. Semangat saya luntur sehingga memaksa kehidupan saya terus bercelaru. Tiap-tiap hari macam-macam dalam fikiran saya berputar. Ada niat-niat yang tidak logik difikirkan. Saya merayu sabar sahaja. Beberapa hari saya ke pusat pentadbiran universiti. Hampir setiap bilik saya masuk untuk memastikan saya boleh lulus. Saya nekad naik ke bilik 'kontrol' (bilik di mana keputusan peperiksaan dikumpul). Bilik ini susah hendak dibuka kerana doktor yang jaga bilik ini jarang-jarang hadir. (sibuk saya kira).

Saya hampir-hampir futur (kecewa). Dan saya langsung bernekad tidak lagi ke universiti untuk menunggu bulan jatuh ke riba.

Awal September (8hb)- Saya ke universiti lagi. Bertanyakan kepada Ustaz Abdul Mo'meen, selaku pihak pengurusan fakulti tahun tiga.

"Ustaz, saya mahu tahu keputusan peperiksaan saya. Sudah ada atau belum?" Saya tanya dalam nada tenang.

Dia mengangguk-angguk. Kemudian, dia mengambil sebuah fail yang tertulis 'iaadatul rasd' (surat-surat minta buka kertas peperiksaan semula).

"Nama kau sapa?" Dia bertanya kembali kepada saya.

"Syafiq."

"Syafiq Zula?"

Saya angguk membenarkan apa yang dia ucapkan kepada saya.

"Hari tu, masa keputusan keluar, dia tulis apa?" Dia kembali bertanya kepada saya.

"Keputusan hari tu kata saya gagal."

"Aik? Bukan keputusan hari tu kata awak tak datang periksa ke?" Ustaz Abdul Mo'meen mula berdalih. Saya hampir menjadi pelik dengan kata-katanya.

Dia mengarahkan saya membuka almari besi di hadapannya. Seterusnya, saya mengambil fail kuning (besar) yang tersimpan segala rahsia keputusan di dalamnya. Kemudian saya suakan kepadanya dan dia membukanya. Dia tiba-tiba hafal nombor giliran saya. Saya sudah tidak keruan. Seolah-olah keputusan terbaik memihak kepada saya.

"Quran tahun 2 yang kau semak semula, LULUS!"

Saya mengucapkan syukur depannya seperti tidak mempercayai apa yang dituturkan. Akhirnya, pengorbanan saya tidak sia-sia untuk naik ke tahun 4. Kemudian, saya bertanya lagi, apa yang harus saya lakukan. Beliau mengatakan, "Sila ke pusat pentadbiran tahun 4 pula. Nama awak ada di sana."

Seraya itu, dia mengucapkan tahniah kepada saya dan terus saya mampir ke bilik tahun 4.

"Assalamualaikum. Boleh saya tahu, nama saya ada di tahun 4 atau tidak?" Saya cuba bertanya kepada pihak pentadbiran.

"Siapa nama kamu?"

"Syafiq."

Dia membelek-belek kertas yang berada di atas mejanya.

"Syafiq Zulakifli. Ada. Tahniah!"

Saya meninggalkan kamar Universiti Al-Azhar, Kaherah dan akan datang semula esok untuk mengambil pengesahan kuliah.

-TAMAT-

Ulasan

Ibnu Ali berkata…
besar maknanya dari 16 september.

Tahniah alfu mabruk.. leh belikan kitab aku... huhu
Ezo berkata…
Tahniah Syafik...

Teruskan Usaha,mudah-mudahan berjaya....tahun empat paling mencabar....tumpukan perjatian sepenuhnya.

Paling penting,Qodhoya Fikhiyyah yang penuh dengan istilah-istikah ekonomi dan teori ekonomi konvensioal dan ekonomi islam.

Kadang-kadang,kerana satu subjek tuh sahaja,ada orang yang kebingungan berhari-hari hanya kerana istilah.

Al Quran,habiskan dahulu.Pastikan habis sebulan sebelum exam.Aku ada teori ramalan soalan Al Quran dan Al Hamdulillah,betul setelah aku kaji soalan2 yang telah keluar beberapa sebelumnya.

Qawaid Fekh,agak killer gak,sebab pensyarah yang mengajar adalah kebiasaannya dari jabatan fekh am,dalam kepala mereka terpendan pelbagai kaedah dari pelbagai mazhab.

Kunci segalanya adalah HADIRKAN DIRI SEPENUHNYA KE KULIAH!!! WAKAFKAN DIRI UNTUK KE SANA SETIAP HARI!!!!

Teringat kenangan bersama Hafiz Jamaluddin,tak pernah tak hadir kuliah semasa tahun empat(dan sememangnya sejak sebelum tahun empat lagi,tapi tahun empat dia amat komited dengan kuliah).

Pernah satu ketika Hafiz suruh aku rakamkan kuliah sepanjang hari yang dia tidak dapat hadir kerana menghadiri MUKTAMAR PMRAM!!!

oklah....semoga berjaya,pastikan kau TAKHARRUJ pada bulan SEPTEMBER dengan gambar memegang skroll.

Wassalam...
thaaqhib berkata…
alhamdulillah~ ana jumpe ustaz tadi.. di arma,tapi segan~ takut ust masih marah ana~huhu

erm.. ade sikit nak kongsi

"ana baru ablek dari buat kasfyu natijah di azhar husen.. fuh~macam biasa la.. amat melecehkan.. dalam pada itu, dtg sorang arab ni.. salam ana dan kata.. tapi sesungguhnya hidup ini lagi susah!!! "

ya allah..indahnya kalamnya

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)