SENYUMAN NAKHODA YANG DITINGGALKAN
(Mengingati P. Ramlee)
Bait-bait berbicara
menjalar menjadi segumpal tanah perwira
dalam warna layar skrin kaca
berkilau bagai sultan istana bernyawa.
Dikau perwira menyemarak gelora sukma
melukis watak tegar perajurit nakhoda
berlabuh di tengah-tengah laut keagungan
ukiran irama jadi warisan
tenggelam di dasar syair puitis belantara
memukul ombak-ombak perjuangan di atas tinta.
Agung karyamu laksana bulan purnama
menjunjung falsafah tersirat
menyulam wibawa sejagat
tak henti melagukan kenangan bersama
Aziz Sattar, S. Shamsudin dan Saloma
menghimpun di bawah sarwajagat lama.
Telah basah nostalgia seorang nakhoda
tatkala membasuh sejarah lampau
patah sauh tajam
padam dalam diam
hilang bawa zaman.
Lenyaplah dikau dalam dunia seni
membawa sebongkah senyuman
melukis sepetak pengertian
seorang seniman.
SYAFIQ ZULAKIFLI
KAHERAH, MESIR
(c) Mingguan Malaysia, 1 Jun 2008
Ulasan
Tahniah...
ko memang power,untuk makluman ko,14 Ogos nih,IKIM ada buat seminar penulisan artikel akhbar dan majalah...huhuhu
walaupun jarang berlaku,tapi saudara adalah seorang dari yang jarang-jarang itu.
terima kasih kerana singgahnya di blog. masih lagi di moscow. pulang in sya Allah ke Malaysia for good dalam bulan julai.
Siapa yang boikot?