Langkau ke kandungan utama

PMRAM : 1930 - 2008 (78 Tahun)


"BELAJAR DAN BERBAKTI"

PMRAM : Kenali Dan Cinta

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) merupakan satu-satunya persatuan induk yang menaungi mahasiswa/wi di bumi Mesir ini. Persatuan yang telah tertubuh sejak lebih 70 tahun lalu bermatlamatkan menyatukan suara anak-anak Melayu serta menjaga kebajikan mereka di Perlembahan Nil ini. Namun, untuk merealisasikan hadaf dan misi murni ini, PMRAM tidak dapat lari daripada segala tribulasi yang mendatang.

Cabaran dan mehnah yang sering mengganggu gugat kestabilan PMRAM tidak mematahkan semangat, malah PMRAM terus mengorak pantas menuju matlamat. Kini, PMRAM mara ke hadapan mencapai puncak seiring dengan kehendak semasa berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.

Ia semakin utuh dan tetap teguh dipertahankan sehingga mencapai usia kematangan tujuh dasawarsa yang gemilang.

HADAF DAN VISI

1. Menyatukan suara anak-anak Melayu yang tinggal di Republik Arab Mesir.

2. Mengambil berat tentang urusan anak-anak Melayu yang tinggal di Republik Arab Mesir, dan menolong mengatasi kesulitan-kesulitan mereka khususnya yang berkaitan dengan pelajaran.

3. Memajukan lapangan pelajaran, sukan dan sosial serta bekerja untuk bertukar-tukar kepentingan dengan pertubuhan-pertubuhan lain yang ada di Republik Arab Mesir yang dihubungi oleh ketiga-tiga lapangan tersebut.

4. Menguruskan bantuan atau pertolongan kepada pelajar-pelajar yan berhak menerimanya di kalangan anggota.

5. Kawasan persekutuan ini bertugas ialah Republik Arab Mesir, dan pusat jabatannya ialah Kaherah, dan tidak boleh mencampuri masalah-masalah politik ataupun kepercayaan agama.

PENTADBIRAN PMRAM


PMRAM ditadbir oleh 15 orang Badan Pengurus dan 15 Ahli Jawatankuasa Tertinggi Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI). Pentadbiran diketuai oleh Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden 1, Naib Presiden 2, Naib Presiden 3 dan Setiausaha Agung PMRAM.

TALIAN ANDA

Pejabat PMRAM : +202 - 2631719
Presiden PMRAM : +2010-5839069 (Khairul Anuar Ismail)

TAMBAHAN

Kepada sesiapa berminat untuk menyalurkan idea ataupun sebarang cadangan kepada PMRAM, anda dialu-alukan berbuat demikian. Emelkan cadangan tersebut kepada : pmram30[at]yahoo.com.

Mana tahu cadangan anda akan menjadi realiti nanti.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)