Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Tuesday, June 10, 2008

Penerbit Pilihan


Sektor buku Melayu sekarang sudah besar. Anda seorang kaki penipu jika anda mengatakan bahawa orang Melayu malas membaca. Orang Melayu hari ini sudah rajin. Rajin membaca, rajin menipu dan pelbagai macam lagi kerajinan yang ada.

Hanya satu sahaja masalah orang Melayu. Pemalas! Oleh yang demikian, jikalau ada teman-teman kita yang lebih suka duduk menonton drama air mata pagi-petang-malam, lebih elok, duduk menghasilkan buku. Lebih baik dan lebih untung.

Tetapi, orang Melayu sudah mula bising. Penerbit susah mahu dicari. Kalau-kalau adapun terlalu cerewet. Mahu ini dan itu. Kenapa anda tidak mahu menjadi penulis yang mahu menjaga sikap bersama-sama. Jika anda membaca "Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas" karya Zamri Mohamad terbitan PTS Millenia, tentunya anda akan tahu ragam-ragam itu.

Masalahnya, penerbit mana jadi pilihan anda? Tentunya anda mahukan penerbit 'syariah-compliant' bukan? Paling penting, designer covernya. Oleh itu bertindak segera! Jangan malas-malas.

Tambahan :
Ustaz-ustaz kita suka buang masa.

http://www.pts.com.my

1 comment:

H. Fansuri said...

Salam,

Kalau orang Melayu rajin membaca pun kakak-kakak kita rajin membaca novel cinta.

Adik-adik kita rajin membaca URTV, Mangga, dan majalah hiburan lain.

Umat Melayu kita dianjurkan berkempen membaca tetapi mereka tidak diberitau tidak dilatih dan tidak diajar asuh mengenai apakah bahan bacaan yang SEPATUTNYA mereka baca.

Peliknya, ada anjuran kempen mari memakan ulam-ulaman, makanan yang berkhasiat dan bermutu tinggi.

Kepada anak-anak kecil diberitahu pula apakah makanan yang sepatutnya adik-adik kita jauhi seperti gula-gula dan sebagainya.

Kepada yang menghidap kencing manis dan obesiti keterlaluan boleh pula diberitahu agar jangan makan benda yang manis, kurangi gula dan jauhi makanan yang masin.

Semua anjuran, larangan ini (seperti juga pantang memakan makan makanan tertentu) telah disusun dengan cukup lengkap serta rinci bergantung kepada usia anak kita sehinggalah kepada dewasa yang ada sakit-sakit tertentu.

Tetapi, tidak ada larangan anjuran supaya lebih merincikan bahan buku bacaan apa yang SEPATUTNYA dibaca dan bahan bacaan mana yang PATUT dijauhi dan kalau nak baca juga, hal itu jangan dijadikan sebagai suatu keperluan.

Tidak ada anjuran supaya bacalah buku Syed Muhammad Naquib al-Attas dan disertakan dengan tajuk buku itu sekali.

Yang ada, kempen anjuran membaca buku secara umum. Sedangkan membaca itu guna mengunyahkan ilmu meratah pengetahuan untuk dihadam ke dalam otak. Sudah tentulah perlukan rinci yang lebih kuat dan matang.

Sedangkan makanan untuk perut kita boleh rincikan dengan lebih tepat dan matang, kenapa makanan untuk akal, otak kita tidak peduli?

Ini suatu penyakit dalam masyarakat kita yang memerlukan masa untuk kita ubah bersama.

H Fansuri,
Sekolah Pemikiran Kg Baru
6:33 petang, 10 Jun 2008