Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Wednesday, June 04, 2008

Hadiah Pertama Di Dalam Kampus Sastera


TAHUN LALU, ketika bercuti di Malaysia, saya rajin-rajinkan tangan menyertai Sayembara Cerpen Dalam Tulisan Jawi Sempena Ulangtahun ke-50 Kemerdekaan. Tentunya di dalam keadaan sibuk mengajar ditambah dengan malas-malas badan saya gagahkan juga menulis skrip cerpen tersebut.

Tentunya juga menulis cerpen sepanjang 4000 patah perkataan jarang-jarang dilakukan. Biasanya, cerpen untuk penerbitan majalah dan akhbar sekitar 2000 patah perkataan. Justeru, kegagahan itulah menyebabkan ada nilai yang 'tersangkut'.

Pertama, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Muhammad Firdaus bin Sulaiman alias tete yang telah mengeposkan karya tersebut. Jika beliau tidak berbuat demikian, tentunya saya tidak mencapai kejayaan ini. Saya sebenarnya terlalu takut dengan karya ini. Pertama, saya menghantar di dalam keadaan tergesa-gesa. Tarikh tutup 15 September 2007. Tarikh penghantaran pula pada 13 September 2007. Galau memang terasa. Tentunya juga tidak senang duduk dibuatnya. Kemudian, pada saat getir itu, pagi 13 September saya bermesyuarat di Yayasan Bandaraya Johor Bahru dengan En. Norazlan Sarmudan. Tentunya risau saya terus mendadak.

Saya gagahkan diri. Dan akhirnya, karya itu terpaksa saya minta 'teman' yang kirimkan melalui sistem pos laju. Alhamdulillah, Disember tahun lalu, surat pengesahan telah pun tiba di rumah saya. Tentunya hampir sembilan bulan menunggu keputusan, majlis penyampaian hadiah akan terjawab segalanya pada 23 Jun ini.

Tak sabar melihat pengisi hadiah itu nanti. Dan, saya telah dihubungi oleh pihak penganjur sebagai pengisi-pengisi itu. :)

Tambahan :

Di dalam keripuhan menunggu pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan, ada pula penantian yang baharu. (buat diri saya)


2 comments:

Fahd Razy said...

Salam. Wah, Tahniah! Langkah awal yang cemerlang! Teruskan.

typeace said...

Terima kasih Fahd. Orang baru. Kita belajar daripada sesuatu.