Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Tuesday, February 27, 2007

CERITA KAWAN SAYA


UTUSAN MALAYSIA


Tajuk :Sulaiman asah bakat kepimpinan dalam Persada

Hidup sentiasa berpandu kepada al-Quran dan al-sunah. Selain itu juga hidup perlulah sentiasa bersemangat, ceria dan sentiasa melakukan yang terbaik setiap masa. Itulah mandat yang diperjuangkan oleh Pengerusi Persatuan Ijazah Sarjana Muda (Persada), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Md. Sulaiman Muhammed.

Katanya, sebagai peneraju kepimpinan Persada, adalah menjadi tanggungjawabnya memastikan kebajikan para mahasiswa sarjana muda di KUIS tidak diabaikan.

“Persada adalah persatuan yang turut berperanan dalam mengasah bakat kepimpinan mahasiswa dalam menerajui aktiviti-aktiviti persatuan dan kebajikan,” jelasnya.

Buat masa kini, Persada menaungi empat kursus peringkat ijazah yang ditawarkan di KUIS iaitu Sarjana Muda Syariah, Teknologi Maklumat (IT), Pentadbiran Perniagaan dan Teknologi Rangkaian.

Ditanya mengenai isu belia dan generasi hari ini, Md. Suleiman berkata, generasi wawasan negara perlu peka dengan isu setempat dan sentiasa prihatin dengan masalah yang melanda masyarakat.

“Generasi muda merupakan tonggak dan tulang belakang negara. Justeru mereka wajar membantu golongan yang kurang berupaya,” ujarnya.

Dalam meniti era globalisasi, generasi kini disaran mengamalkan budaya sihat dalam suasana yang sejahtera dengan slogan ‘Yang tua dihormati yang muda disayangi’. Kekuatan semangat ini secara langsung dapat melahirkan masyarakat Islam Hadhari yang harmoni dan bahagia.

Sebagai generasi kepimpinan yang bakal mencorak kepimpinan masa hadapan, antara cabaran untuk menjadi seorang yang cemerlang ialah kesanggupan menghadapi pelbagai kerenah manusia daripada pelbagai latarbelakang.

Kata Md. Sulaiman, seseorang yang cemerlang perlu pandai bersosial dan bijak memilih rakan yang baik agar kehidupan sementara di dunia dapat dimanfaatkan.

“Remaja perlu mengatur strategi dalam membahagikan masa iaitu masa untuk belajar, bersosial dan berpersatuan dengan penduduk tempatan.

“Bagi melahirkan individu yang cemerlang mereka perlu mempunyai semangat yang kental dan tidak mudah berputus asa dalam segenap aspek. Mereka juga perlu menyiapkan diri dalam pelbagai sudut untuk menghadapi dunia luar yang lebih mencabar,” jelas bekas Yang Dipertua pelajar Maahad, Johor ini.

Mengenai isu negara yang menarik perhatiannya, Md. Sulaiman berkata, kos sara hidup yang terlalu tinggi akibat kenaikan harga barangan perlu diberi perhatian sewajarnya oleh kerajaan.

Ini kerana ia menyebabkan masyarakat negara ini menanggung bebanan yang tinggi terutama bagi masyarakat di kampung.

“Justeru itu, saya mengesyorkan kerajaan mengutamakan kebajikan rakyat jelata. Sebagai rakyat kita perlu pandai merancang kewangan dengan bijak untuk kebaikan diri dan keluarga,” jelasnya.

Bercakap mengenai masa depan, Md. Sulaiman memberitahu, antara matlamat dan impiannya adalah untuk menjadi salah seorang ahli korporat yang berjaya dan disegani.

Sehubungan itu, beliau berazam memajukan diri terutama dalam penguasaan ilmu pengetahuan sesuai dengan saranan kerajaan iaitu pembelajaran sepanjang hayat.

Sebagai persediaan, Md. Suleiman menuntut di dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan dan E-Dagang untuk melahirkan budaya ilmu di kalangan masyarakat seterusnya melahirkan usahawan yang berjaya.

“Dorongan ibu dan ayah juga menjadi pembakar semangat untuk berjaya dalam bidang tersebut,” tambahnya.

Dalam pada itu, kata Md. Sulaiman, sebagai rakyat Malaysia yang sudah merdeka hampir setengah abad, generasi muda perlu bersedia dalam semua aspek dari segi kekuatan luaran dan dalaman.

“Lebih-lebih lagi dalam memantapkan jati diri yang ampuh serta keazaman menjadi manusia yang boleh dibanggakan keluarga, agama, bangsa dan negara,” katanya.

Biodata

Nama: Md. Sulaiman Muhammed
Tarikh lahir: 26.07.1985
Umur: 22 tahun
Alamat: No.2 Kg. Parit Abas
82100 Benut, Pontian Johor
Status: Bujang
Hobi: Melancong dan mencuba sesuatu yang membina diri
Pekerjaan: Mahasiswa

Thursday, February 15, 2007

Mari Makan


Sudah lama tidak menikmati makanan dan juadah negara sendiri, Malaysia. Mee rebus, nasi ayam, roti canai, mee bandung dan ais kacang adalah makanan yang menjadi pilihan saya. Ada yang berpendapat, duduk di negara orang harus menikmati dan merasai juadah negara orang. Namun, itu tidak bagi saya. Menikmati ketupat asli, lemang daripada buluh dan lontong dari daun pisangnya adalah asas yang tidak boleh berubah.

Pernahkah kalian mendengar perkataan gizi seimbang? Pemakanan yang mempunyai keseimbangan dalam kandungannya merupakan suatu perkara yang perlu diambil perhatian. Kajian mendapati bahawa 30% manusia di dunia ini mati kerana makan. Teringatkah saudara, baru-baru ini seorang kanak-kanak mati tercekik kerana menikmati kuih buah melaka yang dijual di kantin sekolah?

Seingat saya, ketika menuntut di darjah 4 sekolah rendah, hal demikian juga berlaku kepada saya. Alhamdulillah, nyawa saya masih panjang. Jika tidak, pasti saya tidak akan memblog seperti hari ini. Hehehe.

Vitamin Apa Dalam Makanan?

Makanan yang halal mempunyai vitamin yang baik berbanding makanan yang tidak halal. Saya tidak pasti fakta ini. Kehidupan yang tidak seimbang tanpa vitamin boleh menjejaskan sistem pencernaan. Fakta ini juga saya tidak pasti. Justeru, saya bercerita atas dasar untuk memberikan fahaman tentang makanan yang seimbang sahaja. Kalian tentu tidak faham apa yang saya ceritakan.Hahahaha.

Kesimpulan yang saya nak lontarkan adalah kekhuatiran saya terlalu tinggi jika BKPJM tidak membuat bazar pada bulan Mac ini kerana saya ingin menikmati juadah negara sendiri. Roti canai satu!

SODP: Bertuahnya Mereka?

Sejauhmanakah mereka berfikir?

Manusia dikurniakan anugerah akal untuk berfikir. Namun, sejauhmanakah kudrat yang dicampakkan oleh Allah swt kepada manusia ini dapat digunakan dengan sebaiknya. Ada manusia yang meletakkan akal mereka di atas kepala. Ada pula yang menggunakan akal semata-mata hanya menyempurnakan amanah akal.

Sejak berkurun-kurun dahulu, manusia yang terencat akal atau dikatakan "sindrom-down" lebih dikenali daripada manusia yang normal. Pendapat dan pandangan ini pernah ditolak lantas manusia yang normal berasa hebat daripada manusia yang para-normal.

Baru-baru ini "Seminar Otak dan Pemikiran" telah diadakan secara tertutup. Seramai 345 orang peserta terpilih dalam seminar itu termasuklah saya. Saya merupakan salah seorang peserta dan bertindak sebagai wartawan untuk membuat liputan dari awal hingga akhir majlis. Seminar yang bermula sejak jam 8 pagi dan berakhir 10 malam menampilkan 5 orang pakar otak yang terhebat.

Daripada hasil kajian, saya mendapati seminar itu dapat menarik perhatian sidang hadirin mengenai pemahaman manusia normal dan paranormal berkaitan dengan fungsi akal dan otak yang digunakan oleh manusia pada hari ini. Selepas majlis berakhir, saya dijemput untuk menghadiri sesi dialog khas untuk dimuatkan di dalam majalah kelab itu nanti.

Terima kasih kepada pihak penganjur yang melantik saya sebagai seorang wartawan dalam majlis itu.

p/s : Orang gila pun, mahu mengkaji sebab-sebab mereka gila. Saya dilantik sebagai Setiausaha Program untuk majlis akan datang pula. Terima kasih.


Wednesday, February 07, 2007

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh,
Syafiq bin Zulakifli

Pendahuluan

Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir.

Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut.

Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar.

(maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)