Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Thursday, October 19, 2006

Salam Aidilfitri


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin

Daripada Seluruh Kepimpinan
Badan Pengurus dan HEWI
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2006

" GEMBLENG KEKUATAN PASAK KEILMUAN "

Ku Gagahkan Jua…


Entah berapa hari hidung ini selesema. Mungkin cuaca di Padang Kota Zahra’ amat pekat. Lantaran itu, debu-debu pasir daripada tanah gersang di hadapan rumah menghunus tajam melukai liang - liang roma hidung yang kecil ini.

Entah berapa kali aku berdengus dengan penyakit ini. Mungkinkah ini ujian di akhir Ramadan (bukan Ramadhan). Namun, aku tidak pernah menyesal akan semuanya. ku gagahi jua setiap liku dan perjuangan untuk terus hidup.

Mereka marah aku. Kenapa? Aku ke bandar Dumyat walau sedang sakit. Itu amanah. Aku perlu laksanakan. Namun, inilah kudrat yang aku ada. Walau banyak dugaan yang melanda, aku akan tabah menghadapinya.

Pejam celik, pejam celik, sudah tiba di akhir Ramadan 1427H. Pilu, sedih, risau dan macam - macam lagi keghairahan itu, adakah terasa? Diam. Jangan berkata apa- apa jika ada yang masih leka.

Badan yang sengal - sengal ini serta mata yang kuyu masih terus berdiri ampuh ke atas. Melihat cakrawala di persisiran Laut Medritenian lantas menyusuri Terusan Suez menuju ke Port Said suatu ketika dahulu.

Aku belum puas lagi akan kepenatan hidup. Masa masih panjang lagi. Ada lagi kerja yang perlu diselesaikan. Sebelum program di “tawaquf” kan oleh PMRAM serta kelas - kelas pengajian kitab pelajaran peperiksaan akan bermula, sempat juga aku menyiapkan Buku Dialek Arab Mesir yang pernah diterbitkan suatu masa dahulu. Insya-Allah, beberapa hari lagi akan terbit dipasaran. Nantikan kemunculannya.

Tuesday, October 10, 2006

Kuala Lumpur - Bahrin - Kaherah dan Ripuh

Bahrin
Bilik Penginapan
Hotel Golden Tulip, Bahrin - Penginapan
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bahrin

Ini adalah beberapa rakaman media yang saya dapat rakamkan sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bahrin dan terus ke Kaherah. Alhamdulillah, kini saya telah selamat tiba dan seminggu menjejakkan kaki di bunmi Anbiya' ini.

Pengkuliahan telah bermula. Untuk semester pertama tahun 3, lima madah yang saya akan hadapi.

1. Tafsir Ayat Ahkam
2. Bahasa Arab - Adab
3. Bahasa Inggeris
4. Akhwal Syakhsiah - Faraid
5. Manhaj Dakwah

Biarpun perjalanan yang memakan masa lebih dari 24 jam, namun banyak pengalaman dan perkara suka duka yang saya alami. Terima kasih kepada sahabat - sahabat yang bersama - sama saya sepanjang perjalanan.

Ripuh

Selepas seminggu di Mesir, keripuhan jelas terbayang. Disertakan agenda sepanjang seminggu di Mesir

Selasa 3 /10
Tiba di Mesir

Rabu 4/10
Hari Taklimat Pelajar Baru di Rumah Perak

Khamis 5./10
Hari Pengetahuan dan Silaturrahim di Rumah Johor
Mesyuarat Jawatankuasa kecil Kempen Bahasa Arab PMRAM di Rumah Kelantan

Jumaat 6/10
Program Muzakarah Berkelompok di Rumah Pulau Pinang

Ahad 8/10
Membuat pemeriksaan darah di Hospital Hussin, Azhar
Perasmian Majlis di Dumyat ( Program Majlis Kenduri Mahasiswa Cemerlang)

Isnin 9/10
Majlis Pembukaan MPS PMRAM 2006 di Mukhayyam Daim
Badar Kubro - di Rumah Johor
Jemputan Berbuka Puasa di Rumah Perak

Selasa 10/10
Slot Bersamamu PMRAM di Mukhayyam Daim

Saturday, October 07, 2006

Kahwin Lagi!

Di dalam Dewan NPC, Bandar Baru UDA

Keluarga Saya

Kawan-kawan saya

Saya seharusnya meng-entrikan semua gambar - gambar ini di Malaysia lagi. Namun, atas sebab - sebab tertentu saya tidak dapat melakukannya. Ini adalah sebahagian gambar ketika saya menyambut Hari Persandingan Kakak Saya - 27 Ogos 2006 yang lalu.

Thursday, October 05, 2006

Diari Saya

Alhamdulillah, ana selamat tiba di Mesir pada hari Selasa 3 Oktober 2006 jam 1.00 petang waktu Mesir dan 7.00 malam waktu Malaysia. Berita akan dimaklumkan kemudian. Harap menunggu. Jadual Harian Saya
4 Okt - Slot PMRAM di Rumah Perak

5 Okt - Perasmian Program Hari Pengetahuan dan Silaturrahim
Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir
- Mesyuarat AJK Kecil, Unit Promosi, Kempen Bahasa Arab PMRAM
- Jemputan Berbuka Puasa - Rumah Pulau Pinang
6 Okt - Rehat (Cuti Hari Jumaat)
7 -10 - Majlis Pengetahuan dan Silaturrahim PMRAM - Mukhayyanm Daim

11-12 - Cadangan Program Muhadharah Ilmiah - Matan Aljrumiah