Kenali Diri

My Photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Friday, September 29, 2006

Akhbar Hari ini

PM: Tingkat pengetahuan, kemahiran pelbagai bidang

Utusan Malaysia

PUTRAJAYA 29 Sept. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, umat Islam perlu memberi tumpuan terhadap usaha memperbaiki diri dengan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang demi kepentingan ummah.
Menurut Perdana Menteri, pengetahuan dan kemahiran merupakan sebahagian daripada modal insan dan tanpanya sukar bagi umat Islam untuk mencapai sebarang matlamat.
‘‘Untuk menjadi umat yang dihormati di seluruh dunia, kita perlu menambah nilai terhadap apa jua yang kita laksanakan,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa anjuran Wisma Putra, di sini hari ini.

Benarkah?

Benarkah ramai pelajar al-Azhar yang sedang menganggur?

Benarkah graduan al-Azhar tidak pandai berbahasa Arab?

Benarkah kualiti graduan al-Azhar tidak sehebat zaman dahulu?

Benarkah mahasiswa al-Azhar pemalas?

Benarkah graduan al-Azhar tidak pandai berkomunikasi?

Saya bukan mengherdik atau memperkata sesuatu tanpa sebab. Maaf, jika ada pihak yang tersinggung. Inilah realiti. Pengalaman saya pulang ke Malaysia mencipta satu lakaran kajian secara rambang tentang permasalahan-permasalahan yang timbul di kalangan mahasiswa Al-Azhar pada hari ini. Saya adalah mereka. Mereka juga pernah melalui kehidupan seperti saya. Saya penuntut al-Azhar. Saya kenal mereka. Mereka bukan semua begitu. Mereka lebih baik dari itu. Itu tohmahan.
Saya bukan sembunyikan cerita. Saya cerita perkara ini benar. Ini suatu perkara yang harus diterima akal. Saya malu untuk berkata lagi. Diam.

Sunday, September 24, 2006

Cuti - Cuti Malaysia

Lewat seminggu saya tidak ke udara di laman blog ini. Diri terpaksa akur meninggalkan sisa – sisa baki untuk meneruskan perjuangan ke Kota Kaherah yang padat dengan berjuta – juta ilmu. Pengorbanan meninggalkan kamar impian akan menjadi suatu pengalaman yang amat manis tatkala kaki ini akan terus melangkah ke sana.

Isnin – 18 September

2.30 petang Bertolak ke Seremban, Negeri Sembilan
7.00 malam Tiba di stesen bas Seremban
8.30 malam Tiba di UKM, Bangi dengan menaiki KTM Komuter dari
Seremban
11.00 malam Bermalam di UKM, Bangi

Selasa – 19 September

7.30 pagi Meninggalkan perkarangan UKM, Bangi dan bertolak ke KL
8.30 pagi Tiba di KL Sentral
9.00 pagi Menuju ke Wisma Radio, Angkasapuri, RTM, Kuala Lumpur
11.30 pagi Bertolak semula ke KL Sentral
12.00 tengahari Makan tengahari di Masjid Jamek, Kuala Lumpur
1.00 petang Menuju ke Puduraya. Menaiki bas ke Pulau Pinang
6.30 petang Tiba di Butterworth, Pulau Pinang
8.00 malam Makan malam
10.00 malam Ziarah Saudara 1
1.00 pagi Lena Pejuang

Rabu – 20 September

11.00 pagi Membantu Saudara Berniaga
4.00 petang Rehat
8.00 malam Makan malam
1.00 pagi Lena Pejuang

Khamis – 21 September

11.00 pagi Membanti Saudara Berniaga
4.00 petang Rehat
6.30 petang Riadah – Boling di Pacific Mall, Butterworth
8.00 malam Merentasi Jambatan Pulau Pinang
Ziarah Saudara 2
11.00 malam Lawatan Tidak Rasmi Sekitar Bandar Pulau Pinang
Padang Kota,Bandaraya Gurney dan lain – lain

Jumaat – 22 September
11.00 pagi Membantu Saudara Berniaga
1.00 petang Solat Jumaat
2.00 petang Makan Tengahari
4.00 petang Rehat
8.00 malam Makan Malam
10.00 malam Meninjau ke Hospital Swasta Bukit Mertajam
12.00 malam Lena Pejuang

Sabtu – 23 September

1.00 petang Makan Tengahari
3.30 petang Menaiki Feri ke Pulau Pinang
5.00 petang Melawat ke Pantai Batu Feringgi
Melawat Mangsa Tsunami di Pulau Pinang
7.00 malam Ziarah Saudara 3
8.00 malam Bertolak ke Butterworth
9.30 malam Meninggalkan Butterworth dan pulang ke Johor

Friday, September 15, 2006

Halalkah Makanan Kita?

Saya tidak pasti mengapa sukar benar untuk meng 'upload' gambar. Puas menanti untuk siap. Namun, terbengkalai juga akhirnya. Mungkin ini sebuah suratan. Tidak mengapa. Saya ada cerita yang lebih menarik untuk dikongsi. Tajuknya senang sahaja. Halal. Semua orang tahu tentang halal. Bila sebut halal, maka tergambarlah bahawa makanan halal dan minuman halal.
Namun, tahukah kita apakah sebenarnya halal ini dan bagaimanakah perlaksanaannya di Malaysia pada hari ini? Tidak mengapa. Mungkin, anda langsung tidak terfikir tentang perkara ini. Adakah hanya mereka yang berada di bidang Bio-teknologi makanan sahaja atau Sains Pemakanan yang harus mengkaji? Anda bagaimana?
Mari sama-sama kita uji minda dengan menjawab beberapa soalan saya berkaitan dengan halal.
1. Apakah agensi yang bertanggungjawab bagi mengeluarkan Sijil Pengesahan Halal di Malaysia?
a) KPDN& HEP
b) JAKIM & JAIN
c) SIRIM & JAKIM
2. Sekiranya logo halal anda dikeluarkan dari negeri Johor, apakah kod halal yang berkaitan?
a) H-01
b) H-02
c) H-03
3. Siapakah Penolong Pengarah Bahagian Pemakanan Halal di Jabatan Agama Johor?
a) Ustaz Noor Ehsan
b) Ustaz Jamaludin
c) Ustaz Fahmi
4. Apakah laman web bagi halal di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia?
Sila tekan salah satu antaranya, anda akan lihat natijahnya...
Selamat Mencuba!!!

Tuesday, September 12, 2006

Bicara JAKIM


FIQH ALAWIYAH DALAM GERAKAN DAKWAH
oleh PROF. MADYA DR. MOHD. NOR MANUTY

Prof. Al Syeikh Yusuf Al Qardhawi seorang tokoh ilmuan dan daie yang ternama pada abad ini telah mengemukakan pandangan secara terbuka bahawa Gerakan Dakwah Islam pada masa ini dan masa akan datang hendaklah memahami serta melakukan implikasi 'fiqh Al-Aulawiyat' dalam Gerakan Dakwah, menurut Al Syeikh Yusuf Al Qardhawi hilangnya dimensi fiqh Al Aulawiyat di kalangan para daie telah mengakibatkan pelbagai kesilapan dan kekeliruan berlaku. Justeru itu, beliau telah mengetengahkan orientasi bahawa dalam fiqh semasa dua buah buku beliau yang terpenting dalam menganalisiskan konsep tersebut iaitu Al-Aulawiyat Al-Harakat Al-Islamiyah Fi Al-Marhalati Al-Qadimah (Keutamaan dalam Gerakan Islam Pada Tahun Mendatang) dan Fiqh Al-Aulawiyat Dirasatun Fi Dhaui Al-Quran Wa Assunnah An Nabawiyyah (Fiqh Al-Aulawiyat - satu kajian dari perspektif Islam Quran dan Sunnah).

RASIONAL FIQH YANG BARU
Beberapa tokoh ilmuan ternama seperti Al Syeikh Mohd. Al Ghazali, Al Syeikh Yusuf Al Qardhawi, Dr. Taha Jabir Al Auni, Dr. Hasan Al Turabi, Syeikh Rashid Al Ghanusi dan beberapa lain-lain memperihatinkan keperluan masyarakat Islam mempunyai perspektif yang baru dalam memahami fiqh. Ia tidak seharusnya terikut dengan takrif yang tradisional semata-mata. Konsep fiqh wajar diperluaskan dengan lebih komprehensif dalam Gerakan Dakwah semasa, terdapat beberapa permasalahan pokok yang telah mengakibatkan beberapa 'sit back'. Di antara permasalahan tersebut ialah kewujudan kelompok 'mutatarrif' dalam kefahaman keagamaan dan juga golongan yang 'jumud' dari segi pemikiran. Karya Al Syeikh Yusuf Al Qardhawi yang berjudul 'Assohwat Al Islamiyat Baina Al Juhud Wat-Tatarruf' (Kebangkitan Islam Di Tengah-Tengah Golonga nYang Menentang Dan Ekstrim) jelas membuktikan hakikat tersebut.
TAKRIF FIQH AULAWIYAT
Menurut Al Syeikh Yusuf Al Qardhawi fiqh Al Aulawiyat itu bererti meletakkan suatu pertempatan dengan adil. Segala jenis hukum hakam, amal dan nilai-nilai dalam Islam oleh terikat dengan fiqh Al Aulawiyat ia harus didasarkan kepada prinsip mengutamakan suatu perkara ke atas suatu perkara yang lain. Justeru itu, suatu yang kurang penting tidak wajib dipentingkan. Apa yang wajar didahulukan hendaklah diketengahkan suatu yang wajar dikemudiankan hendaklah dikemudiankan, perkara yang kecil tidak wajar dibesar-besarkan, sementara perkara yang penting tidak wajar dipermudah-mudahkan. Denga lain perkataan tiap-tiap suatu hendaklah diletakkan pada tempatnya secara berimbangan.
Allah S.W.T berfirman : 'Dan Allah telah meninggikan langit dan meletakkan neraca keadilan, supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu, dan tegakkanlah timbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu. (Surah Ar Rahman, Ayat 7-9):

Perkara asas dalam hal ini ialah semua aspek hukum, amal, nilai dan taklif tidak berada dalam suatu susunan yang sama. Justeru itu Al Quran mengemukakan hajat yang amat kuat seperti yang terdapat dalam surah At Taubah, Ayat 19 - 20 Allah S.W.T berfirman :
Maksudnya :
'Apakah orang-orang yang memberi minuman kepada orang-orang yang mengerjakan haji dan menguruskan Masjid Al Haram, kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kiamat serta berjihad di jalan Allah. Mereka tidak sama di sisi Allah dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim. Orang-orang yang beriman dan berhijrah di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah, dan itulah orang-orangnya yang mendapat kemenangan'.
Sementara hadis Rasulullah S.A.W maksudnya :

'Iman itu mempunyai 70 cabang yang tertinggi ialah kalimah La Ilaha Illallah dan yang paling rendah ialah mencabut duri di atas jalan'

Para sahabat telah mengemukakan soalan kepada Rasulullah S.A.W tentang jenis amal yang terafdhal. Lalu baginda menjawab dengan kata-kata seperti :

KEHILANGAN DIMENSI AL AULAWIYAT DALAM KEHIDUPAN UMAT
Salah astu faktor yang mengakibatkan kedaifan umat Islam pada masa kini ialah kehilangan pertimbangan golongan yang berpendidikan dan golongan awam terhadap Fiqh Al Aulawiyat. Di kalangan masyarakat belia-belia penekanan ke atas sukan menjadi lebih penting dari perkembangan intelek. Bintang masyarakat pada masa ini bukan ilmuan atau penulis, mereka menjadikan artis-artis sebagai idola. Apabila seorang ilmuan meninggal dunia, media tidak memberikan apa-apa liputan penting. Fenomena tersebut jelas membuktikan tidak ada priority dalam masyarakat. Mana yang dikatakan prinsip dan tidak berprinsip atau yang lebih penting dari yang kurang penting.

Kehilangan dimensi turut berlaku dengan serius orang yang iltizam denga agama. Adalah jelas mereka tidak memahami konsep fiqh serta tidak mempunyai ilmu yang mendalam. Al Syeikh Yusuf Al Qardhawi memberi beberapa sumbangan wang dari para hartawan muslim untuk menyebarkan dakwah serta menentang kekufuran. Para hartawan lebih mementingkan sumbangan wang untuk membina masjid-masjid di tempat-tempat yang telah banyak terdapat masjid. Fahim Huwaidi, penulis yang berorientasi Islam memberi pandangan bahawa pada saat ini umat Islam sewajarnya mengutamakan usaha menyelamatkan tragedi Bosnia Herzegovina dari menunaikan haji. Al Syeikh Yusuf Al Qardhawi menyetujui pandangan beliau.

Selanjutnya beliau memberi contoh tentang sekumpulan pemuda-pemuda di dunia arab yang begitui ikhlas dengan agama. Mereka adalah pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus-kursus profesional seperti perubatan, kejururawatan, arkitek, perakaunan, pertanian dan sebagainya apabila sahaja mereka menumpukan segala tenaga dalam bidang dakwah. Mereka sewajarnya kekal dengan profesion tersebut kerana dari segi hukum syarak ilmu-ilmu tersebut adalah bersifat fardhu kifayah. Umat Islam yang mempunyai kelayakan profesional amat berkurangan jika dibandingkan dengan yang bukan beragama Islam.

Pada hakikatnya umat Islam pada hari ini telah mengabaikan kewajipan khilafiah seperti penguasaan segala jenis ilmu pengetahuan sains dan teknologi. Umat juga tidak dapat menyaksikan dinamik ijtihad dalam fiqh dan istinbat hukum, penyebaran Islam secara besar-besaran, perlaksanaan syura Umat Islam juga tidak menempatkan apa yang disebut 'faraidh aini' seperti kewajipan amar ma'ruf dan nahi munkar di mana Al Quran mendahulukannya dari solat dan zakat. Ini dibuktikan dalam surah At Taubah : 17.
Di dalam masyarakat Islam semasa, ada golongan yang mementingkan suatu rukun ke atas rukun yang lain. Mereka mengutamakan puasa dan zakat. Al Quran menekankan kewajipan solat dan zakat sebanyak 27 kali. Terdapat juga sebahagian umat Islam yang menekankan perkara-perkara yang sunat (Nawafil) seperti zikir, tasnih dan wirid dari perkara-perkara yang difardhukan selain dari rukun Islam yang lima itu. Mereka tidak melayani ibu dan bapa, mempertautkan silaturrahim, ihsan dengan tetangga, ramah dengan golongan yang lemah, memperihatinkan golongan fakir dan miskin, menentang kemungkaran dan kezaliman dalam institusi politik.

Masyarakat Islam juga lebih mementingkan ibadat fardhiyah dari ibadat ijtima'iyah prinsip jemaah, syura al-'adl, hak-hak kemanusiaan dan lain-lain masih terabai. Mereka juga lebih mementingkan al-furu' dari al-usul. Sebuah prinsip yang terpenting yang telah dirumuskan oleh orang-orang yang lalu ada menyebut : 'Min Dhiai al-Usul Hurmul Usul'. Umat Islam leka dengan kewajipan yang lebih utama iaitu membina asas akidah, iman dan tauhid serta ikhlas denga agama Allah S.W.T. Kecenderungan sebahagian masyarakat menentang perkara-perkara yang jelas haramnya adalah jelas menunjukkan betapa ceteknya kefahaman mereka terhadap fiqh dan ilmu usul fiqh.

HUBUNGKAIT FIQH AL AULAWIYAT DENGAN FIQH AL MUAZNAH (FM)
Fiqh Al Aulawiyat begitu berkait dengan FM. Yang dimaksudkan FM ialah kepunyaan seorang individu yang berkelayakan untuk membuat pertimbangan memilih di antara masolih dan manafi' atau al-akhirah al-masru'ah. FM juga bermaksud untuk memilih mana yang dikatakan mafasid dengan mudhar dan sementara FM turut memberi ruang untuk membuat pertimbangan yang paling tepat dalam memilih di antara perkara yang masalih dan mafasid. Dalam kategori yang pertama - prinsip-prinsip dharurriyyat, hajiat dan tahsinat adalah penting dikaitkan dengan fiqh Al Aulawiyat. Bahkan dalam konteks dharuriyyat agama (al-Din) dijadikan sebagai prinsip terpenting dari lain-lain prinsip an-nafs, an-nasl, al-akal dan al-amal, an-nasl, al-akal dan al-amal, sementara al-maslahah mempunyai status yang amat anjal. Peristiwa 'Sulh al-Hudaibiyyah' membuktikan sikap dan tindakan futuristik Rasulullah S.A.W begitulah juga kedudukan al-madhar dan al-mafasid. Kedua-duanya amat bergantung kepada kadar kemerbahayaan masing-masing. Fiqh Al Aulawiyat mempunyai kaitan yang rapat dengan Fiqh Al-Maqasid.

Dalam gerakan dakwah masa kini, Al Syeikh Yusuf Al Qardhawi mengingatkan para daie memahami dengan jelas dan tepat apa yang dikatakan Al Aulawiyat fi majal al-Islah. Di antara isu-isu yang mesti dipertimbangkan denga adil dan cermat ialah keutamaan gerakan intelektualisme, keperluan (kewajipan) mewujudkan aliran al-wasitah, apakah melaksanakan hudud atau mengaulawiatkan pendidikan penerangan tentang Islam.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) www.islam.gov.my

Diari Simposium Pelajar Islam Johor

Khamis (7 September 2006)

Panggilan telefon daripada Ustaz Syukri memaksa kaki melangkah pergi meninggalkan bandaraya Johor Bahru buat seketika. Perjalanan terus diatur dengan menghubungi Rasul untuk ke Kg. Serkat, Pontian.

Setiba di bandar Pontian tepat jam 9.00 malam. Aku dijemput oleh Syukri dengan kereta pacuan empat rodanya. Malam itu, kami menghabiskan masa bersama di Kg. Serkat, Pontian. Mendapat layanan istimewa daripada keluarga angkat tempoh hari Ibu Norleda dan Ayah Jaafar. Terima kasih buat kalian.

Jumaat (8 September 2006)

Keadaan sememangnya bosan sejak dari pagi. Tiada cadangan hendak ke mana – mana detinasi. Sekeluarga mengambil cuti kerana menghadiri upacara persandingan adik di Batu Pahat. Kami bertiga tidak tahu ingin berbuat apa. Hujan tujun dengan lebat menandakan mata yang utuh ini layu dimamai lagenda mimpi yang menusuk kalbu. Enaknya tidur. He he he…

Usai solat Jumaat di Masjid Jamek Nooh Gadot, aku melangkah kaki ke rumah semula. Hidangan makan tengah hari telah terhidang. Petang itu juga, kami telah bertamu ke rumah Ayah Amin, bapa angkat dan keluarga Rasul. Bercerita tentang zaman – zaman silam amat menyeronokkan. Dulu, rumah ini sungguh riuh, namun kini bertukar menjadi sepi lantaran cuti persekolahan sudah tamat.

Malam pula, kami bertiga tidak melepaskan peluang menziarahi rumah Abang Shuib dan Kak Minah. Ayah kepada Safura, Amir Syafiq, Amir Abdul Rashid dan Amir apa ntah… Berceloteh di warung makan di Kukup memaksa aku pulang ke rumah sekitar jam 11.30 malam. Maafkan kami ibu dan ayah!

Sabtu (9 September 2006)

Hari yang dinanti telah tiba. Program Simposium Pelajar Islam Johor bermula pagi ini. Program anjuran Pejabat Agama Daerah Pontian ini banyak memberikan peluang dan ruang kepada kami mengenali dengan lebih rapat pegawai Jabatan Agama Johor dan pegawai agama pejabat daerah.

Program bermula sekitar jam 11.00 pagi. Kehadiran peserta dan fasilitator yang datang jauh menyebabkan banyak perkara dan terpaksa ditangguh. Sebermula program dengan majlis taklimat oleh Ustaz Azhar Samadon dan taaruf di kalangan urusetia dari Pejabat Agama Daerah Pontian. Sementelah itu, taklimat Kem Kaizen Gunung Pulai oleh wakil daripada Kem Kaizen tersebut. Banyak perkara dan asal usul cerita yang disampaikan kepada kami sebagai salah satu cara kami mengenali kawasan ini.

Petangnya, kami dihidangkan dengan ceramah oleh Ustaz Anuar selaku pakar motivasi. Gerak badan, gaya, persembahan yang meyakinkan mencuri perhatian peserta dan fasilitator yang tidak kering gusi terhibur.

Selepas solat Asar, aktiviti riadah dijalankan. Melukis logo kumpulan dibentangkan sebagai modul untuk peserta. Kemudian, acara ‘Dadu Gergasi’ menyaksikan perdebatan hangat antara barisan komiti pejabat agama dan pelajar al-Azhar selaku peserta yang bersama- sama memeriahkan program.

Pada sebelah malam pula, kuliah maghrib telah disampaikan oleh Ustaz Wan Syarifuddin wakil kami dari Badan Kebajikan Pelajar Johor di Mesir. Kemudian, pembentangan logo kumpulan telah dikendalikan pula oleh Ustaz Mohd. Zaini bin Salleh, Penolong Pengarah, Bahagian Undang – Undang Keluarga, Jabatan Agama Johor.

Kami diberikan peluang lena selama 2 jam pada malam tersebut. Seperti yang dijanjikan pada jam 3 pagi, rombongan bertolak ke dalam hutan untuk menyempurnakan aktiviti Jungle Tracking. Dengan hanya berpandukan tali, kami meredahi kawasan belantara dan alhamdulillah, semua peserta telah berjaya keluar jam 4.30 pagi.

Ahad (10 September 2006)

Keesokkan harinya, aktiviti riadah seperti biasa dijalankan. Pada jam 7.00 pagi, semua peserta menyertai aktiviti sukan yang dikendalikan oleh Encik Mokhtar selaku Kem Komanden. Kemudian, pada jam 8.30 pagi pula, peserta melalui aktiviti terakhir iaitu Kembara Iman yang memakan masa hampir 4 jam. Banyak laluan – laluan berhalang yang dilalui termasuklah para fasilitator. Sebanyak 28 laluan berhalang disediakan yang memastikan semua peserta akan merasai air dan lumpur sebagai hidangan dalam ekspedisi. Memang menyeronokkan.

Pada jam 11.30 pagi pula, semua peserta diminta untuk menyediakan perahu masing – masing sebagai aktiviti kembara terakhir. Kami barisan fasilitator tidak melepaskan peluang bersama – sama dengan fasilitator mengadakan aktiviti tersebut. Kami telah membina perahu yang berjaya sampai di atas air namun, tenggelam juga akhirnya. Ikat tak kuat bang…

Selepas solat Zuhur, majlis penutup secara ringkas telah disempurnakan. Majlis berakhir sekitar jam 2.30 petang. Peserta dan fasilitator meninggalkan Kem Kaizen pada jam 3.00 petang. Banyak kenangan suka dan duka sepanjang program berlangsung. Terima kasih kepada yang terlibat. Penghulu program, Adik Mohd Kamal bin Jumali dari Maahad Muar yang telah membantu kami dalam program ini, kami ucapkan terima kasih.

Penghargaan untuk ;

Pejabat Agama Daerah Pontian
SMKA Maahad Muar – 8 orang
SMA Masriah, Simpang Renggam – 3 orang
SMA Al-Khairiah, Segamat – 11 orang
SMA Bandar Tenggara, Kulai – 4 orang
Urusetia dan Fasilitator
Dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak di dalam program ini.

Thursday, September 07, 2006

Sabarlah

Oleh : typeace

dia menanti
aku menanti
penantian suatu penyeksaan
sabarlah...

lagi sunyi
malam- malam esok
bila bersua lagi...entah
dilema membungkam perasaan

tiada terdaya
aku bisu lagi
bila harus menanti
sabarlah...

kata rindu...memang rindu
tapi bila lagi?
penantian memang menyeksakan...

tunggu aku pulang;
bawa keazaman yang baru ini...
sabarlah...

Monday, September 04, 2006

Hujung Bicara Ini


Ke hulu hilir aku bawa dia. Dari utara sampai selatan. Tapi aku tidak tahu bila mulut ini akan bersua. Dia faham perasaanku. Riak wajah ala – ala cina membuatkan perkenalan kami mesra sejak dua minggu yang lalu. Kerana sebuah program. Bukan aku yang pinta semua ini. Ia berlalu dengan pantas.

Hari ini aku pinjam dia lagi dari mama dan ayahnya. Kataku, ingin membawa dia keluar menghirup udara segar. Sambil tangan mengusap – usap rambutnya yang hitam, dia faham akan aku. Dahagakan kasih dan sayang.

Sukar untuk ku percaya bahawa masa sungguh singkat. Aku dan dia bakal berpisah. Mungkin untuk suatu masa yang panjang dan lama. Jauh di sudut hati ingin meninggalkan dia. Tapi aku tetap menyambung perjuangan.

Dua tahun lagi dia akan menghadapi peperiksaan UPSR. Bukan mudah katanya. Sebagai anak bongsu, dia perlu belajar dan terus belajar. Aku faham. Dia mahu berjaya. Namun, aku jauh. Bagaimana harus aku membantunya.

Lewat malam tadi, aku mengheretnya ke kolej aku. Bawa bersiar – siar ke bandar menemankan diriku yang sepi keseorangan. Orang – orang sekeliling bertanyakan hubungan aku dengannya. Lantas, anak jawapanku. Dialah insan terpilih.

Sayang, masa akan berlalu pergi. Aku akan meninggalkannya. Maafkan ustaz, andai layanan tidak sempurna. Selamat berjuang adikku, Mohd Azim Mahdi bin Ab Alim

Saturday, September 02, 2006

Ada Apa Dengan Dua Tahun

Ada Apa Dengan Dua Tahun
Oleh : Syafiq bin Zulakifli

Ada apa dengan dua tahun
Hanya bermain?
Hanya melancong?
Atau belajar dan belajar.
Nahu dan sarf sudah cukup?
Feqah dan tauhid sudah mantap?
Pening memikirkan lagi.

Ada apa dengan dua tahun
Rasa macam kosong
Jiwa jerit melolong
Fikiran jadi bingung
Dek ilmu yang belum dijunjung.

Ada apa dengan dua tahun
Sirah Imam Syafie belum dikaji
Quran dan hadis belum khatami
Pelik sungguh hari ini
Bicara sedih menduga diri
Entah…
Diri ini hilang diterbang nafsu duniawi.

Ada apa dengan dua tahun
Tak puas hati ini lagi
Meratapi kekesalan yang parah ini
Entah bila akan berubah
Lagi dua tahun…

Dua tahun telah meninggalkan pergi
Dua tahun juga bakal diharungi
Segulung ijazah menjadi saksi
Apa dia?
Apa ada dengan dua tahun.

***Penulis merupakan mahasiswa Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang Syariah Islamiah, Kaherah yang akan menyelusuri Tahun 3, sesi 2006/2007 pada bulan September ini.

Friday, September 01, 2006

Ekspedisi ke Kuala Lumpur


Selasa (29 Ogos 2006)

6.30 petang : Dari Johor Bahru ke Melaka
9.30 malam : Tiba di Melaka Bandaraya Bersejarah
11.00 malam : Lena Pejuang

Rabu (30 Ogos 2006)

8.00 pagi : Siap Siaga
9.00 pagi : Bertolak ke Kuala Lumpur
11.00 pagi : Tiba di Terminal Komuter KTMB – UKM
12.00 tghari : Tiba di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena
Bulan Bahasa dan Sastera Negara 2006 (BBSN 2006) di tingkat 3.

4.00 petang : Bertolak semula ke Universiti Kebangsaan Malaysia
6.00 petang : Lawatan Tanpa Rasmi ke UKM, Bangi
9.00 malam : Makan Malam di Restoran Puteri Bongsu, Bangi –
kedai makan nenek saudara
11.00 malam : Lena Pejuang

Corat – Coret
Saya ke Kuala Lumpur dengan satu tujuan iaitu untuk menghadiri BBSN 2006 di PWTC. Saya telah menyertai empat buah pertandingan. Berikut adalah beberapa pertandingan dan hadiah yang saya peroleh :-

- Pertandingan Penyampai Citra dan Juruhebah (DJ)
Keputusan : Tempat ke-4
Hadiah : Baucer Buku RM30 serta Hadiah Iringan daripada DBP

- Pertandingan Trankipsi Jawi ke Rumi
Keputusan : Johan
Hadiah : Baucer Buku RM30 serta Hadiah Iringan daripada DBP

- Pertandingan Roda Bahasa
Hadiah : Cawan DBP dan Penanda Buku

- Pengunjung Bertuah – ke 200
Hadiah : Beg Rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka

Selain itu, saya berpeluang mendaftar sebagai Rakan Dewan demi memenuhi hasrat dan cita – cita sebagai seorang aktivis sastera suatu masa nanti.

Terima kasih kepada DBP kerana memberi peluang untuk saya menghadirkan diri di BBSN 2006.

Khamis (31 Ogos 2006)

8.00 pagi : Bertolak ke Kolej Universiti Islam Malaysia
8.30 pagi : Tiba di Nilam Court, Nilai, Negeri Sembilan
9.00 pagi : Sarapan Pagi
10.00 pagi : Melawat Nilai 3
12.30 tghari : Bertolak ke Melaka
2.00 petang : Tiba di Melaka Bandaraya Bersejarah
Rehat

Jumaat (1 September 2006)

8.00 pagi : Bertolak ke Bandar Tangkak
10.00 pagi : Menaiki Bas Cepat Sedia Ekspress ke Johor Bahru
12.45 tghari : Tiba di Johor Bahru

Tambahan
Ini adalah coretan ringkas saya sepanjang perjalanan ke Kuala Lumpur. Banyak kenangan yang manis yang terukir di dalam perjalanan pergi dan pulang. Sekalung penghargaan buat semua yang terlibat di dalam ekspedisi ini. Sekian.